Khamis, 22 November 2012

Latihan Lukisan Kertas 2 Seni Visual












sumber: google

Lukisan di atas adalah latihan yang menekankan kepada komposisi (lihat, tidak ada lukisan kaki meja, ya!) nilai cahaya dan bayang, bentuk, jalinan pada objek (bola takraw), sifat bahan seperti lembut (kain) dan keras (kertas surat khabar). Pada kertas surat khabar juga perincian diberi pada tulisan dan imej.


Selamat mencuba!

Selasa, 7 Ogos 2012

BUKU TEORI SENI VISUAL DALAM BAHASA MELAYU

Bagi para pelajar IPT yang mengambil jurusan Senillukis dan Senireka di mana-mana Universiti, mencari bahan rujukan ilmiah Seni Visual dalam Bahasa Melayu  sememangnya mencabar. Buku rujukan sangat penting bagi mengenalpasti teori seni yang dapat dijadikan panduan oleh semua orang dalam industri ini.
Bagi para pelajar Seni Visual STPM pula, sebuah buku teori Seni Visual sangat penting kerana wajaran markah untuk kertas 1 lebih tinggi berbanding kertas lain.  Buku-buku rujukan di pasaran memang ada tetapi lebih kepada nota tanpa rujukan secara ilmiah justeru sebuah buku yang menepati kehendak pensyarah, guru-guru, penggubal sukatan pelajaran dan penggubal soalan peperiksan terutamanya para pelajar sendiri sangat dinantikan.

Hassan Mohd. Ghazali (HMG) tidak asing lagi sebagai penulis buku rujukan Seni Visual sejak tahun 80an hingga kini. Sumbangan beliau sangat besar dalam dunia Pendidikan Seni Visual hinggakan Bilik-bilik Seni tentunya mempunyai koleksi buku-buku beliau. Kini, HMG bergiat cergas sebagai salah seorang ahli panel penggubal sukatan dan soalan Seni Visual STPM. Sebagai menyahut keluhan guru-guru dan para pelajar Seni Visual STPM yang perlukan bahan ilmiah Seni Visual di dalam Bahasa Melayu, HMG telah menghasilkan buku SENI VISUAL .






Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB seperti butir di bawah:
 
Bank     : CIMB
Nombor Akaun :  05110003318208
Bayaran : RM48
 
Selesai transaksi, sms butir-butir seperti Nama, Alamat Pos, Bilangan Buku dan Bayaran, Tarikh Transaksi dan sms ke 0192695642. Pos adalah percuma hanya untuk anda!

Rabu, 25 Julai 2012

Penghasilan Model Arca Awam

Penghasilan MODEL arca awam bagi soalan Seni Visual STPM Projek Penghasilan Karya haruslah ditekankan kepada perkataan MODEL itu sendiri. Ini bermakna, pelajar bukan menghasilkan arca yang memerlukan ciri-ciri seperti tahan lama, kukuh dan keindahan bahan arca. Bila menghasilkan model, bermakna anda boleh guna bahan yang lebih mudah dibentuk, ringan tetapi kemasan akhir diwarnakan seolah-olah anda menggunakan bahan untuk arca.

Sebagai contoh :

1. Gunakan span bunga.
2. Ukir mengikut bentuk yang dikehendaki
3. Sapukan gam PVA dan lekatkan dengan kertas suratkhabar yang telah  DICARIK sedikit demi sedikit menutupi keseluruhan span (sama seperti proses anda hasilkan piring kertas). Proses hendaklah dilakukan sekurang-kurang dua lapisan atau lebih untuk dapatkan effect yang keras dan kukuh. 
4. Setelah kering, sapukan dengan wall filler atau putty filler  (dapatkan di kedai hardware), keringkan dan gosok dengan kertas pasir hingga licin. 
5. Sapukan dengan warna putih (atau emulsion/undercoat) sebagai lapisan warna dan gosok hingga licin. 
6. Warnakan mengikut idea anda untuk bahan Arca Sebenar . Jika idea arca sebenar anda kononnya daripada stainless steel, gunalah spray cat warna tersebut. 
7. Span hanya sesuai diguna jika arca anda dalam bentuk yang besar. Jika dalm bentuk bergarisan, atau tiang, gunakan dawai dan ulang semula proses 3 dan seterusnya.
8. Anda boleh juga gunakan barang-barang terpakai yang telah ada bentuk-bentuk yang dikehendaki, digabungkan dengan cara gam dll, kemudiannya tutup dengan kertas surat khabar atau tisu yang telah diCARIK  kecil-kecil; seterusnya ulang step 4.

Arca Awam biasanya dihasilkan menggunakan bahan-bahan seperti berikut: (sumber dari http://www.ramlanabdullah.com/)

TitleWahdah
Year1997
MediumStainless Steel,Granite & Polyester Resin
CollectionCollection of The Prime Minister's Office.DBKL, Kuala Lumpur
TitleCelebration of Sarawak
Year1994
MediumCopper,Brass,Mild Steel & Marble
CollectionProperty of SEDC,Kuching Waterfront,Sarawak,Malaysia
Celebration of Sarawak 1994 
A sculpture emphasizing the dynamistic and the stability of Sarawak and the piece itself as a symbol for Sarawakian to celebrate. The "roof" of the sculpture symbolizes progressive society using motif of warrior house and also depict shelter of the Sarawakian people thriving in finding prosperity.


TitleStrength
Year1999
MediumGalvanised Iron
LocationToyomura Organizing Committee,Japan
Strength 1999
The sculpture revolves around the issue of strength and unity. The form of the sculpture which is compact but seems vulnerable resemble the horn of a buffalo. The keris-like shape of the main body of the sculpture depicts the strong yet gentle concept of Asian community. The idea of using structural construction yet aesthetically acceptable sculpture is to generate further understandings between human and technology.

TitleGrowth
Year1995
MediumBrass,Steel & Marble Rock
CollectionFumio Asakura Museum,Oita,Japan
RemarksGrand Prize 2nd Oita Sculpture Competition
Growth 1995 
"Growth" is about the process of learning, a metaphor for possibilities. To me, death defines life, despair defines hope and dream defines reality. This sculpture design is about natural heritage and the Asian culture. The idea is derived from a plant where questions of growth being lambasted upon the plant on why they grow and how they grow. After much pondering, the form materialized. Each curved bronze sheet structure that has various character of strips on the surfaces represents the local patterns of the east. Various stripes suggest the unity of varying growth in the culture, race, language and religion of Asian countries.

TitleForm and Soul
Year1997
MediumStainless Steel
CollectionSheraton Perdana Hotel,
Langkawi
Form and Soul 1997
Collection of Sheraton Perdana Hotel,
Langkawi



Khamis, 24 Mei 2012

CATAN TEMA KEMELUT OLEH LORA ZOMBIE.

Cikgu bias dengar muzik grunge, pertama kali jumoa Seni Grunge.. Yang jawab soalan kemelut,  bnykkan eksperimentasi media dan teknik catan.  Lora Zombie ni guna cat air dan dakwat (pen) . Cekidout...

Grunge Art by Lora Zombie - Psychedelic Paintings



Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 9 Mei 2012

1HARI 1LAKARAN

Sketch-A-Day: Daily Sketches from Industrial Designer, Spencer Nugent - Page 2

 

SILA KE PAUTAN DI ATAS UNTUK MEMBUAT LATIHAN 1HARI 1LAKARAN SELAMA 365 HARI




Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 8 Mei 2012

Latihan 1 HARI 1 LAKARAN

IDSKETCHING.COM's Sketchbook | Industrial Design Sketching and Drawing Tutorials

Cikgu sering berpesan kepada para pelajar cikgu supaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu lakaran sehari. Tapi biasanya dia orang blurr saja apa yang nak dilukis. Kalau ada objek yang nak dilukispun, teknik pula yang tak kena. Pautan / link website di atas bolehlah mengatasi masalah 'tak tahu nak lukis apa hari ini'.. Ada bnyk lakaran yang boleh diimitasi semula setiap hari.

Lakaran-lakaran di sini juga sangat sesuai buat pelajar praU yang baru saja mendaftar ke Tingkatan Enam Rendah pagi tadi. Walaupun kertas 2 (Lukisan) hanya dinilai pada tahun hadapan, sangat penting untuk anda mahirkan diri dengan disiplin-disiplin lakaran dari pelbagai bidang seni visual; contohnya grafik dan industrial design.

Jadi, JANGAN LUPA! 1HARI 1LUKISAN, TAU!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 17 April 2012

'TINGKAP' SERIES - entri khas untuk Azian Tahir













Yan, serius aku respect kerajaan itali. Depa guna sains dan teknologi untuk pelihara senibina dan hasil seni warisan dari nenek moyang depa. Depa bangga juga dengan bahasa ibunda, orang itali tak pandai cakap bahasa inggeris!

Published with Blogger-droid v2.0.4