Khamis, 21 November 2013

LATIH TUBI PENGGAL 2 LUKISAN

      Tahniah kerana telah berjaya mengharungi peperiksaan Penggal 1 bagi semua subjek yang diambil. Cikgu harap korang semua dapat buat yang terbaik terutama bagi subjek Seni Visual. Walaupun dah habis exam Penggal 1, perjuangan belum selesai. Masa cuti penggal nilah korang semua nak lembut-lembutkan tangan bagi menghadapi Kertas 2 Lukisan.

      Jangan fikir lukisan tu senang sangat, boleh conteng-conteng dan pakat dok gelak lukisan sendiri. Ada dalam kalangan calon yang tak mahir melukis sebab bukan hobi  dia melukis dari kecik. Jadinya, gunakan masa cuti penggal ni untuk melukis setiap hari. Ada pautan-pautan dalam blog ni yang anda boleh tiru lukisannya sebagai satu bentuk latihan. Klik saja pada pautan dengan label LATIH TUBI KERTAS 2 (TUGASAN MASA CUTI) di sebelah kanan blog ni. Boleh juga download dan print gambar-gambar tu .

      Kalau memang tak pandai lukis langsung, cikgu sarankan korang mula dengan lukisan struktur
dan rangka dulu. tak payah shading dulu. Kenalpasti bentuk-bentuk  asas objek yang korang lukis.

      Kadang-kadang korang akan cepat bosan melukis sebab selalunya akan "macam tak cantikkk ja"; "cam tak jadiii ja"...  Tulah kelemahan korang. Cepat sangat putus asa. Lukisan yang baik tak siap dalam 10 minit. Teruskan lagi sejam dan tengok hasilnya!

     Time depan tv, bawak jugak kertas dan pensil. Tangan tu conteng-conteng ja buat garisan lurus lah, bulatan lah, bujur lah, buat banyak-banyak biar terkoyak kertas tu ditindan-tindan dengan garisan. Latihan ni untuk 'lembutkan" tangan korang yang dah kematu tu. Buat 1000 kali untuk kepuasan maksimum.

     Dah bosan buat garisan, ambil gambar-gambar yang didownload tu. lukis atas lukisan tu. ikut saja garisan-garisan pada gambar tu. Buat berkali-kali sampai koyak jugak gambar tu. Dah confident sikit, baru cuba lukis sendiri gambar-gambar tu. Simpan lukisan anda dan kertas conteng tu semua. Simpan  dalam fail. Masuk Penggal 2 nanti, tunjuk kat cikgu betapa rajinnya anda berusaha.

    Bodek cikgu di Penggal 2 supaya masa Penggal 3 nanti dapat markah lebih sebab cikgu yang bagi markah. Ha ha. Jangan percaya kata-kata di atas. Yang sebenarnya, kalau dah buat latihan yang banyak, mestilah ada peningkatan kemahiran, mesti la lukisan dah cantik jadinya Penggal 3 nanti confirm dapat A!

    Selamat berusaha!

Selasa, 10 September 2013

Contoh format kertas kerja terbaru 2013

Berikut adalah format kertas kerja terbaru yang dihasilkan pada 2013. Program pun dah berjalan dengan jayanya.

 Kertas Kerja Pesta Buku Batu Kikir by Noraida Ahmad

Isnin, 9 September 2013

Persiapan Pameran Seni Visual STPM 2013

As salam, 
Harapan cikgu semua calon STPM Seni Visual 2013 sedang bertungkus lumus menyiapkan lakaran akhir dan seterusnya karya akhir . Dalam masa menyiapkan portfolio seni, anda juga diberi tugasan membuat persiapan untuk berpameran. 

Di sini, cikgu mohon izin kepada pemilik-pemilik kertas kerja, contoh-contoh katalog pameran dan lain-lain yang mungkin berguna untuk para pelajar. Allah saja yang membalas jasa baik anda berkongsi ilmu pengetahuan dengan kami semua. 

Kepada para pelajar, paparan ini adalah contoh dan cadangan sahaja. Berbincang dengan guru pembimbing dari masa ke masa.

Cadangan Persediaan PAMERAN SENI VISUAL STPM 2013

Pertama -  Lantik Jawatankuasa kerja yang terdiri daripada calon-calon Seni Visual STPM 2013. Semua calon perlu terlibat. Berikut adalah contoh kertas kerja yang mengandungi perincian tugasan kepada semua AJK. Perincian tugasan ini penting supaya AJK faham bidang kuasa mereka dan tidak bertindan antara satu sama lain.
Berikut adalah cadangan jawatankuasa yang penting untuk Pameran (letakkan nama sebenar individu):

Penasihat
Pengetua Sekolah

Pengerusi
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam

Penyelaras
Guru Seni Visual

Pengerusi
Pelajar

Naib Pengerusi 
Pelajar

Setiausaha

Pen. Setiausaha

Bendahari

Pen. Bendahari
Jawatankuasa Kerja:

J/K Peralatan
J/K Persiapan Pameran
J/K Seranta (backdrop, banner)
J/K Katalog Pameran 
J/K Kebersihan 
J/K Dokumentasi
Jika melibatkan Majlis Perasmian, perlu ditambah
Pengerusi Majlis,
J/K Jamuan
J/K Sambutan
J/K Cenderahati
J/K Buku Program 


2. Contoh katalog Pameran



Selasa, 25 Jun 2013

Cadangan Kertas Cadangan Pengkaryaan soalan 1


1.1 Pernyataan permasalahan Kajian 
      1.1.1-Taip balik soalan dn kehendak soalan
      1.1.2- definisi 
                i- Bandar,ii sihat,iii bersih,iv penduduk
      1.1.3 rangkumkan definisi Bandar bersih, p.ddk sihat bermaksud .......



1.2 Penentuan Tema, Subjek, Konsep dan kandungan
      1.2.1 Permasalhan tema yang saya kaji adalah........

               a. Nyatakan lokasi kajian anda (bandar) , gambar beserta penerangan.
               b. Huraikan aktiviti berkaitan 
      1.2.2 subjek kajian saya adalah.... (masukkan gambar beserta penerangan)*contoh kalau
                gotong- royong, masukkan gambar berkaitan gotong royong.
      1.2.3 konsep-definisi berkaitan subjek yg dipilih,/ sejarah/, ciri-ciri/ , peranan.
      1.2.4 kandungan-
               * letak gambar berkaitan subjek kajian dan huraikan.

1.3  penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan. (40m)
       1.3.1 jenis-jenis catan bahantara air
             a) cat air
             b) cat akrilik
             c) guoche
             d) tempera
             e) fresko
             * SEDIAKAN contoh GAMBAR dan penerangan
      1.3.2 teknik-teknik catan bahantara air * google dan cari gambar sekali.
      1.3.3 pengaruh karya
               a)tokoh catan cat air luar negara
               b) tokoh catan cat air dalam negara.
                  *google impressionisme, water colour painting dll

       1.3.4 gaya penampilan
               a. realistik
               b. semi abstrak
               c. abstrak
                     * letak gambar.

1.4 Penyataan Kepentingan Projek dari keaslian (20%)

1.5 Biliografi. (10%)

Jumaat, 21 Jun 2013

Contoh Penulisan Proposal

Berikut adalah contoh bentuk penulisan yang anda boleh gunakan untuk menulis proposal karya anda. Bagaimanapun, contoh ini bukan muktamad dan anda hendaklah sentiasa merujuk kepada guru yang membimbing

Kerja Kursus Sv Stpm @ Fakhrur by Noraida Ahmad

Rabu, 5 Jun 2013

Penggal 3 (Kerja Projek)

PANITIA SENI VISUAL STPM NEGERI SEMBILAN
RANCANGAN PELAJARAN SENI VISUAL PENGGAL 3
MINGGU
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
1
10-14 JUN
  1. Mengedarkan Manual PBS
  2. Mengedarkan soalan dan perbincangan

2 dan 3
17-28Jun
a.    Pelajar menuliskan idea/proposal berdasarkan tema soalan
b.    Membentangkan proposal serta perbincangan bersama guru
Markah BRMKCC
4 dan 5
1-12Julai
  1. Pelajar membuat kajian visual (sumber idea)

6 - 8
15-26Julai
  1. Lakaran Idea
  -kajian motif
  -kajian komposisi

9
29 Jul-2 Ogos
  1. Lukisan Akhir
Markah BRMKCC
10-11
5-18 Ogos
 Cuti Penggal

12-13
19-30 Ogos
  1. Kajian Media dan Teknik
  2. Kajian Warna

14-15
2-15 September
  1. Penghasilan karya akhir


17-27 September
  1. Pentaksiran peringkat sekolah
Markah BRMKCC

2-3 Oktober
PAMERAN SENI VISUAL STPM (PENYELARASAN NEGERI)
Markah BRMKCC

11 Oktober
e-submission
MPM



SIRI GALERI GURU

Nampak tak lelaki pakai baju biru yang sedang melihat lukisan tu? Haa.. Beliau adalah pemilik Cerdik Publication, sebuah syarikat penerbitan yang sedang top dengan buku-buku soalan peperiksaan awam. En Redza, merupakan pengerusi kepada MBBY (Malaysia Books of Board for Young people) dan juga IBBY (international) di mana 70 buah negara menjadi ahli kepada pertubuhan yang menjadi nadi penggerak penghasilan buku kanak-kanak dan remaja.

Kalau nak tahu lebih lanjut, tanya saja kepada Google tapi cikgu sebenarnya nak cerita mengenai hasil bengkel penulisan dan illustrasi buku yang cikgu sertai pada tahun 2011 dulu. Pada masa tu, En Redza telah dijemput untuk melihat hasil bengkel mana tahu yang beliau sangat suka dan berminat untuk menerbitkan buku-buku tersebut. Alhamdulillah, pada tahun ini, Siri Galeri Guru dengan rasminya telah diterbitkan dan akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 4 Mei.

Setinggi penghargaan kepada yang berusaha Pn Yati,  pelukis Yusof Gajah dan isteri Mama Zakiah, Pn Alimah Salam, En Ahmad Redza dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga terbitnya buku pertama cikgu. Harapan cikgu, lebih ramai yang berminat menjadi penulis buku kanak-kanak di Malaysia supaya rakyat Malaysia terasuh menjadi rakyat membaca sejak dari kecil lagi.

Salam, jumpa lagi






Lukisan Pengkaryaan : Teknik Crosshatching

Latihan lukisan ini dihasilkan oleh Mohd Mustopa  SMK Batu Kikir (Model Khas)

Rabu, 3 April 2013

JOM KE PESTA BUKU!



Text Box: JADUAL AKTIVITI PESTA BUKU BATU KIKIR 2013
TARIKH
MASA
AKTIVITI
TEMPAT AKTIVITI
PENYERTAAN
BAYARAN
13  – 16 April
(Sabtu – Selasa)
8.00 pg – 10.00 malam
·             Pameran dan
           Jualan Buku
·             Teka Silang Kata
·             Kuiz 1 Malaysia
Dewan Za’ba
Terbuka

13 dan 14 April
(Sabtu dan Ahad)
9.00pagi– 5.00petang
·             Jualan Makanan
·             Jualan Barangan
·             Lukisan Potret
·             Bengkel dan Jualan Kraf
Sekitar Dewan Za’ba
Terbuka

13 April
(Sabtu)
9.00 pg - 11.30 pg
·             Sesi Melukis Bersama  
          Uneh Raja Pensil Warna
 (hasil lukisan dipertandingkan)

Khemah Perasmian
Tebuka Kanak-kanak 7 tahun ke bawah
Bayaran Penyertaan  RM10
Hadiah Tempat 1 hingga 5
9.00-11.00pagi
·             Strategi Menjawab Matematik PMR
Bilik Gerakan
Calon PMR dan guru
Bayaran Penyertaan RM10
2.30 ptg - 5.00 ptg
Sesi Melukis Bersama Uneh Raja Pensil Warna (hasil lukisan dipertandingkan
Khemah Aktiviti
Terbuka
Peserta dikenakan bayaran RM10
Hadiah Tempat 1 hingga 5

Penampilan Khas :
Ramah Mesra
... bersama Zizan Nin
Khemah Perasmian
Terbuka

2.00-4.00petang
Penulisan Kreatif Novel dan Cerpen oleh Dr Lim Swee Tin
Bilik Gerakan
Terbuka

14  April
(Ahad)

·             Penampilan Khas : Bobiboy

9.00pg-10.30pg
10.30pagi-12.00tenga- hari
·             Baca Lancar
- Kategori  Tahap 1 (BM)
·             Baca Lancar
- Kategori Tahap 2 (B1)
Khemah Aktiviti

Khemah Aktiviti
Murid-murid Tahun 1- Tahun3
Murid-murid Tahun 4- Tahun 6
Hadiah Tempat 1 hingga 3

Hadiah Tempat 1 hingga 3
11.00pg – 1.00ptg
Strategi  Peperiksaan
      Prinsip Perakaunan
      SPM bersama
      cikgusila.blogspot.com
Bilik Gerakan
 Pelajar Tingkatan 4 dan 5

15 April

9.00pagi – 12.00 thari
Bengkel SPM Teknik Mewarna Bersama Uneh Raja Pensil Warna
Khemah Perasmian
Pelajar Tingkatan 4 dan 5
Bayaran pendaftaran RM10
2.00-5.00ptg
Bengkel STPM Teknik Mewarna Bersama Uneh Raja Pensil Warna
Khemah Perasmian
Pelajar Pra Universiti dan Guru
Bayaran pendaftaran RM10
2.30ptg - 3.30ptg

3.30ptg- 4.30ptg
·         Spell it right
               - Kategori Tingkatan   
                  1 hingga  3
Khemah Perasmian
Pelajar Tingkatan 1-3

16 April


9.00 pagi-4.00 petang
Pameran Kesihatan dan Kempen Derma Darah
Khemah Aktiviti
Terbuka

10.00pagi-4.00petag
Program Dewan Bahasa dan Pustaka : Majalah Dalam Kelas
Bilik Gerakan
Pengawas Pusat Sumber dan Pra Universiti

17 April
9.00pagi – 5.00 petang
·             Jualan Peralatan
          Seni Visual
Sekitar Dewan Za’ba
Guru Seni Visual Peringkat Daerah

9.00pg-12.00 tghri
·             Bengkel Bergurindam/Lagu Puisi 
Kanak-Kanak  bersama
Pn. Mahaya Yasin
Bilik Gerakan
Pengawas Pusat Sumber

2.00 petang
Majlis Penutupan Rasmi
Khemah Perasmian
Pegawai, Guru dan Pelajar Urusetia