Sabtu, 26 Mac 2011

Contoh folio SPM 2010 (kereta)

Kerja Kursus ini adalah hasil kerja pelajar MRSM Gemencheh di bawah bimbingan cikgu Mohd. Jasmen bin Jamil . Layannn...















Contoh folio SPM 2010

Cikgu selalunya akan terlebih-lebih teruja kalau tengok hasil karya para pelajar yang cantik-cantik. Kepada guru-guru lain, janganlah berkecil hati kalau saya sellalu labelkan 'Folio Terbaik' dan sebagainya di sini; bukanlah bermaksud terbaik dari seluruh negara, tak kisahlah kalau terbaik di peringkat sekolah atau kelas sahaja.

Folio di bawah merupakan hasil kerja pelajar JULIANA LEE MEI YEN dari SMK Tunku Besar Tampin di bawah bimbingan gurunya En Suffian dan En. Mohd. Noor. Kebetulan semasa Bengkel SPM tempoh hari, Cikgu Mohd. Noor bawa bersama, justeru dapatlah guru-guru lain berkongsi maklumat. Terima kasih kepada beliau, dan tahniah kepada sdri Juliana. Juliana telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Grafik di Lim Kok Wing.

Ada satu lagi contoh Folio (soalan Kereta Masa Depan) daripada pelajar MRSM Gemencheh. Kalau ada masa, nnti cikgu uploadkan.

Khamis, 24 Mac 2011

Contoh folio dan artifak Kerja Kursus SPM (rekacorak piring dan cawan))





Salah seorang guru peserta bengkel, ralit mewarnakan piring dan cawan-cawannya. Banyak pulak tu! Beliau gunakan media akrilik tanpa mencampurkan air ke atas piring dan cawan kaca. Kawasan yang hendak diwarnakan, akan disapu lapisan akrilik putih sebelum guna warna. Cikgu suka cawan dengan gambar pepatung dan bunga orkid tu. Katanya, hanya guna watercolour, beliau guna Alpha Watercolour. Cantik, kan?

Di bawah ini adalah presentation daripada kumpulan guru yang berbengkel Soalan Piring dan Cawan. Tahniah kepada guru-guru seni Negeri Sembilan.


Bengkel KRSV (cawan)

Rabu, 23 Mac 2011

LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH)

seseorang telah e-mail kepada cikgu presentation ini.

seorang yang hebat,
pemikirannya tidak terjangkau dek akal
tapi
kalbunya kudus
menyentuh hatiku.

kongsi bersama

Contoh folio dan artifak Kerja Kursus SPM (ArcaKapal Layar)


Contoh Perkembangan Idea untuk Folio Arca Assemblaj (hasil kerja guru-guru Seni Visual Negeri Sembilan). Semua ni, siap tak sampai satu hari pun! Apsal korang buat 5 bulan pun tak siap? Bak kata Nabil, Lu pikir la sendiri!











Selasa, 22 Mac 2011

BENGKEL KERTAS 3 SENI VISUAL SPM

Pada 22 Mac 2011 bertempat di SMKA SHAMS Seremban, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah mengadakan satu Bengkel Seni Visual SPM berkaitan Kerja Kursus PSV (Kertas 3).

Pertemuan seperti ini sangat dialu-alukan oleh guru-guru Seni Visual yang sudah lama tidak berbengkel dan berkursus. Kebetulan pula, ramai guru-guru yang baru ber-'posting' setelah tamat belajar dari UPSI dan Universiti tempatan, justeru mereka dapat bertemu dengan guru-guru yang lebih berpengalaman menjalankan Kerja Kursus.

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd. Nor Awalluddin (Penyelia Sains Sosial) dan pasukan Jurulatih Utama Pendidikan Seni Visual Negeri Sembilan yang diketuai oleh Hj. Shamsir bin Md. Zain.

Para peserta bengkel yang manis-manis...

Tn. Hj. Shamsir menyampaikan taklimat dan penerangan

En. Abdul Malek (Ketua Bidang Sains Sosial) Sektor Akademik, JPNS memberi ucapan.

Terima kasih En. Yaacob, jadi tuan rumah bengkel Seni Visual. Kat sekolah ni, ada mesin jual air panas dan sejuk. Cappucino pun ada..! Al maklum, sekolah kluster.. Pelajar-pelajar sekolah SHAMS ni memang hebat-hebat, sekolahnya terkenal di Negeri Sembilan.

Sepanjang satu hari berbengkel, guru-guru seni nampak ceria dan bersemangat melaksanakan tugasan kerja kursus. Special ni, cikgu kena jawab dulu soalan sebelum ajar pelajar di sekolah. Kalaulah pelajar-pelajar bersemangat macam cikgu-cikgu ni semua, confirm korang dapat A semua!





Tahniah kepada guru-guru Seni Visual Negeri Sembilan!

Ahad, 20 Mac 2011

CONTOH LAKARAN SUMBER IDEA KARYA PELAJAR DARI KELANTAN!


Sebelum hasilkan Perkembangan Idea, kena la ada Sumber Idea dulu. Dari apa nak dikembangkan idea tu? Kalau Perkembangan Idea Bab 3, Lakaran Sumber Idea Bab 2-lah! Seorang guru Seni Visual dari Kelantan berkongsi di facebook, result Seni Visual STPM sekolahnya 28 pelajar dapat A! Jadinya beliau ada kirimkan gambar2 karya pelajar yang dapat A tu di facebook Seni Visual STPM. Terima kasih cikgu Wan Noorazhani dari SMK Mulong, Kelantan. Terima kasih cikgu!

Salah seorang pelajar beliau, Izwan hasilkan lukisan-lukisan Sumber Idea yang menarik. Walaupun tajuknya berbunyi 'Lakaran Sumber Idea', bukanlah bermaksud guna teknik lakaran saja. Sepatutnya, masa ni-lah nak tunjukkan bakat terpendam melukis, mewarna dengan pelbagai media dan teknik. So, di sini cikgu paparkan beberapa Lakaran Sumber Idea yang sepatutnya hasil karya Izwan bertema Teknologi Digital dan Nilai Kemanusiaan. Tahniah Izwan!

BAB 2 : KAJIAN SUMBER IDEA









Noraida Radot
Noraida Radot



Sabtu, 19 Mac 2011

'PERKEMBANGAN IDEA' DALAM SENI VISUAL


Bab Perkembangan Idea ni, paling susah nak cerita kat korang semua. Fuh! Jap cikgu nak tarik nafas panjang-panjang sikit.. tarikkkk.. lepassss ......

Sepanjang karier jadi guru ni, bukan main susah bila masuk bab ni. Anak murid buat muka blurrr... dah habis kelas, dok mai tanya lagi. Ada yang terus berhenti buat folio! Tu yang jadi kerja last minute!

Apa-apapun, demi perjuanganku dalam bidang seni (ceh wahh), cikgu cuba la sedaya upaya terangkan kat korang. Kalau tak faham lagi,, tanya kat facebook sebelah tu, ramai nak tolong jawab, ok?. Tanpa membuang masa lagi , cikgu tarik nafasss lagi. (rasa nak semput la pulak!)

Apa dia Perkembangan Idea?

Pada pendapat cikgu, proses perkembangan idea dalam Seni Visual penting untuk membezakan antara pengkarya dengan penciplak. Penciplak tu, tukang tiru, bulat-bulat dia tiru karya orang lain. Pengkarya pula, menghasilkan karya seni dengan idea-idea yang baru, segerrr (segar bak kata Salleh Yaacob dalam versi Jawa). Bagaimana nak hasilkan karya yang baru dan segar? Haa.. tu lah, kena la ikut proses PERKEMBANGAN IDEA!

Perkembangan Idea merupakan satu PROSES. Bila sebut proses, mestilah makan masa yang lama dan banyakkk... ikutlah langkah-langkah ni.

Secara asanya, terdapat dua cara penghasilan Perkembangan Idea :

1. secara olahan Motif
2. secara menyenaraikan Motif

Yang pertama : Olahan Motif maksudnya, mengubah rupa asal 'subject matter' anda secara 'slow motion' macam video clip dari filem Harry Potter ni.
Daripada video clip Harry Potter di atas, dapat disaksikan bagaimana Prof. Lupin jadi werewolf langkah demi langkah (transformation) . Kaki manusia, berubah jadi lebih panjang, leher, mata hidung berubah sedikit demi sedikit. Kalau boleh, pause dua-tiga kali dan lukis transformation tu. Tengok, apa yang diTAMBAH , apa yang diKURANGkan dalam lukisan tu. 'Tambah' dan 'kurang' dalam setiap lakaran transformation itulah perkembangan idea! Dalam bahasa seni visual disebut stailisasi/pengayaan.

Proses mengurang imej dan menokok nambah imej untuk hasilkan idea lakaran supaya terhasil satu motif yang baru.
Contoh perkembangan idea jenis olahan motif ini ialah:

CONTOH 1 : Olahan Motif untuk Arca (3D)
Anak panah digunakan untuk menunjukkan bagaimana transformasi imej berlaku langkah demi langkah. Sedikit catatan mengenai bahgian yang dibuang atau yang ditambah membantu menerangkan proses kajian dengan lebih jelas.

CONTOH 2: Olahan Motif corak (sesuai untuk soalan 1 dan 3)

Lihat bagaimana pada langkah 1, subject matter dilukis secara realistik (dengan mengekalkan kesan cahaya dan bayang), langkah 2 dilukis secara RUPA sahaja, langkah 3 mengalami pengurangan rupa manakala langkah empat dan akhir mengalami penambahan RUPA.

Begitulah kira-kiranya menghasilkan motif baharu daripada 'subject matter' (objek ciptaan Tuhan atau ciptaan manusia)



Yang KEDUA, secara menyenaraikan motif. Lepas dah hasilkan Olahan Motif dalam tiga atau empat helai (paling kurang tuh, ) tentulah banyak lagi idea-idea baharu motif yang dapat dicipta. Kalau nak buat stail yang ada anak panah tu, jenuh juga rasanya. Jadi korang lukis ja banyak-banyak idea dalam kepala korang tu! Lebih kurang cam video clip Micheal Jackson ni, banyaknya 'wajah' dia!

Contoh Perkembangan Idea jenis 2 :





walaupun Noh ada letak anak panah pada Perkembangan idea di atas, transformasi langkah demi langkah tidak berlaku, sebaliknya beliau lebih terarah kepada MENYENARAIKAN idea-idea beliau yang banyak tu.. Akhirnya dapat satu idea yang beliau rasa relevan dengan nilai kemanusiaan mengikut tema yang diberi oleh soalan.

sedikit lagi lakaran idea...

Lihat bagaimana Noh apply idea akhirnya dalam Karya Akhir beliau. Tapi, sebelum buat yang final ni, ADA lagi langkah Perkembangan idea yang korang kena buat! Tu lah, memang susah Bab Perkembangan Idea ni. Tapi markah dia pun banyakk kat sini. Korang tak payah la tampal gambar-gambar dari internet tu banyak sgt, buang masa ja.

Contoh Perkembangan Idea Jenis 2 (untuk soalan 3 dan 1)


lihat ada ditulis MOTIF PILIHAN...


menarikk..

kalau nak hasilkan arca (3D), lakaran pun 3D juga.. baru jelas bentuknya.



Di atas ni, contoh perkembangan idea untuk muka taip bagi soalan 1 dan 3


Harap korang faham jugak la sikit-sikit berkaitan langkah-langkah buat Perkembangan Idea ni.
Daripada senarai lakaran yang dibuat, pilihlah beberapa untuk dihasilkan pada karya akhir. Selepas ini, langkah Perkembangan idea yang seterusnya adalah Kajian Komposisi/Rekaletak.
Tapi cikgu buat post lainlah di lain kali. Kalau tak, fenin kepala korang...

Di sini, penghargaan cikgu kepada guru-guru dari Wilayah Persekutuan Tahun 2007. Selain daripada lakaran Noh dan Fakhrur Razi (pelajar cikgu), lakaran-lakaran yang lain tu, dia orang la yang buat. Terima kasih!