Ahad, 24 April 2011

Contoh Karya akhir -Keharmonian



Sumber gambar : Jamil Matisa (Koleksi Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM)

typography geometric expressionism. Throughout his entire body of work, shapes and patterns fused with characters in perfect harmony.
Inilah bentuk karya akhir untuk soalan 1 Keharmonian yang ada dalam kepala cikgu... Gabungan rupa geometri dan rupa huruf guna teknik hard-edges..
Harmoni wujud apabila ada pengulangan rupa.

Kalau tak minat, cuba tengok contoh-contoh idea di bawah.. jangan salah sangka semuanya adalah catan hard-edges. Ada di antara contoh merupakan graphic design tapi cikgu nak bg contoh komposisi gabungan rupa geometri dan tipography






di bawah ini merupakan contoh bagaimana typography diolah menjadi karya seni




Harmony in Red oleh Henri Matisse. Kenapa tajuknya 'Harmony' tapi ada warna kontra?

Harmoni warna, harmoni rupa tapi kontra arah.


Frank-Stella in Modern Art Movements To Inspire Your Logo Design


Frank-Stella3 in Modern Art Movements To Inspire Your Logo Design
Richard Anuszkiewicz, Temple of the Radiant Yellow.
Theo van Doesburg, Counter-Composition V.


Karya Mastura Abdul Rahman, artis Malaysia yang terkenal dengan karya-karya hard-edge, menjunjung senibina dan motif tekstil nusantara. Catan ini disentuh dalam penulisan yang membincangkan soalan 1 terdahulu

Idea Arca Assemblaj Kapal Layar

Kelebihan anda menjawab soalan arca assemblaj adalah anda boleh dapatkan bahan-bahan dari rumah anda sendiri. Ada payung rosak, sudu atau senduk dah berkarat, periuk lama, kerusi patah, paku atau skru yang banyak tak guna-guna... belasah ja, he he.

Cabarannya pula adalah.. kena fikir nak guna apa dan bagaimana caranya nak sambungkan bahagian-bahagian yang berbeza sifat bahannya tu.. Pelajar Tingkatan Lima di sekolah cikgu, guna skru untuk joinkan besi dan kayu. Skru tu, susun banyak-banyak jadi jalinan. Tak ada la kosong saja permukaan kayu..

Apa-apapun, gabungan bahan perlu 'menjadi' dan [alin penting ialah kemasan kerja.. kalau nak potong kayu, biar potong kemas, jangan senget-senget... Kalau sambung guna gam (gam bunga ), jangan gam pulak yang timbul di sana-sini..

Cikgu cadangkan anda buat arca dulu sekarang, lepas tu baru sambung buat folio. Idea-dea boleh ditokok tambah kemudian, tapi kalau start buat arca, takut anda dah boring sebab idea tak ada. Jadi cikgu letak gambar-gambar yang boleh dijadikan idea. Guna idea dari gambar tapi olah guna bahan sendiri.













Jumaat, 22 April 2011

Contoh-contoh Kad 3 Dimensi

Untuk hasilkan Kad 3Dimensi, pelajar perlu tahu konsep asas bgmana illustrasi (gambar) boleh ter'timbul' keluar bila kad dibuka. Rahsianya...


tengok pautan ni..


atau

kad 3D paling senang..



Pautan di bawah ini, contoh pop up crds yang senang skt.






Macam best ja buat soalan kad 3D. Ada banyak contoh di internet, jadi tak ada la pening kepala nak fikir desain. Cumanya, idea-idea dari internet ni, lukis semula ke dalam folio banyak-banyak di bawah tajuk Perkembangan Idea. Di bawah ini adalah video langkah-demi angkah buat pop up cards.












Pub_pub_tre_01

Rabu, 13 April 2011

KEM SENI VISUAL UNTUK CALON STPM 2011

Kem Seni Visual ini khusus untuk para pelajar Tingkatan Enam di Negeri Sembilan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Sebanyak 3 buah sekolah dengan 40 orang peserta menyertai Kem ini termasuklah para pelajar dari sekolah cikgu. Maklumat lanjut disertakan di bawah gambar-gambar ini.


























TARIKH : 8, 9 DAN 10 APRIL 2011
TEMPAT : BERHULU CAMP, SERTING ULU, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
PENYELARAS: EN. MOHD. NOR B. AWALUDDIN (JPNS)
KEM KOMANDAN : TN. HJ. SHAMSIR B. MD. ZAIN
FASSILITATOR : 1. PN. HJH HABIBAH (SMK JUASSEH)
2. PN. RUSLIYAH (SMK MANTIN)
3. EN. ZAFIQ (SMK SRI JEMPOL)
4. PN. NORAINI (SMK BKT SAUJANA, PORT DICKSON)
5. EN. JOHARI (DAH BERSARA TAPI MASIH BERSEMANGAT KALAU BERKAITAN SENI)

PESERTA SERAMAI 40 ORANG TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR TINGKATAN ENAM DARI:
1. SMK TINGGI PORT DICKSON
2. SMK MANTIN
3. SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)