Sabtu, 27 Februari 2010

Tajuk-tajuk dalam Folio

Tajuk dan sub-tajuk di sini adalah cadangan dan contoh sahaja. Anda boleh menambah ikut kesesuaian folio anda.
Yang paling baik, minta tunjuk ajar guru seni di sekolah anda.

Bab 1 : KAJIAN TEMA

1.1 Pengenalan
1.1.1 Soalan - taip semula soalan yang dipilih
1.1.2 Definisi -beri definisi tema yang diutarakan
1.2.3 Permasalahan Tema - bermaksud hipotesis/pandangan awal anda terhadap tema soalan. Hipotesis anda hendaklah disokong dengan bukti-bukti dalam Sumber Maklumat.

Contoh:

Permasalahan tema yang saya kaji adalah Filem Animasi dan Nilai Kemanusiaan. Melihat potensi filem-filem animasi yang mampu melintasi batas-batas usia, jantina , kaum hingga negara; tidak syak lagi tema ini dapat dimanfaatkan untuk menyentuh tema-tema yang ‘tidak biasamalah mampu menimbulkan gejolak rasa dengan tema-tema kemanusiaan.

Saya memilih animasi kartun dan , filem ‘Transformers’ sebagai bahan kajian saya. Siri kartun Transformers dan filemnya mengisahkan perang konflik di antara puak protagonis Autobots dan puak antigonis Decepticons di bumi. Kedua-dua puak itu datang dari planet Cybertron iaitu tempat tinggal asalnya. Puak Autobots yang diwakili dengan watak Optimus Prime , Bumblebee , Jazz ,Ironhide , Ratchet mempunyai hubungan yang istimewa dengan manusia terutama watak Sam Witwicky. Yang menariknya, autobots ini mempunyai NILAI KEMANUSIAAN yang tinggi di dalam diri mereka walaupun mereka hanyalah sebuah mesin!

1.2 Sumber Maklumat

Tampalkan artikel-artikel, keratan berita dan gambar-gambar yang menyokong tajuk anda. Jangan lupa catatkan sumber seperti alamat laman web atau nama akhbar/majalah serta tarikh.

1.3 Kajian Catan (jika anda hasilkan catan. Jika cetakan atau kolaj, juga perlu ada artikel kajian tentang teknik tersebut)
1.3.1 Sejarah catan/cetakan/arca
1.3.2 Jenis-jenis catan/cetakan/arca
1.3.3 Media dan Teknik Catan/cetakan/arca

Kajian ini lebih kepada bentuk nota umum sahaja.
Hanya buat point ringkas. Tak perlu tebal.

1.4 Kajian Pengaruh Karya
( Nyatakan aliran/gaya seni dan nama-nama pelukis serta contoh karya yang mempengaruhi karya anda. Tampalkan gambar-gambar hasil karya tokoh-tokoh tersebut)

Bab 2 : Kajian Hal Benda (Subject Matter)
Kajian Hal Benda mengandungi lakaran-lakaran objek yang berkaitan tajuk dipilih.

Lakaran hendaklah realistik dengan mengaplikasi unsur seni seperti kualiti garisan, bentuk, jalinan dan sebagainya. Untuk jimatkan masa, sekali lagi cikgu tekankan supaya anda menekap saja gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan lukisan yang baik.

Bab 3 : Perkembangan Idea
(Lihat contoh folio di bawah Label Folio Terbaik 2010)
3.1 Olahan motif
3.2 Kajian komposisi
3.3 Kajian Warna
3.4 Kajian Media dan Teknik

Huraian lebih lanjut tentang perkembangan idea ni, cikgu bincang di fb;
http://www.facebook.com/group.php?gid=115170288515610&v=wall&story_fbid=129328787099760

Bab 4 : Lakaran Akhir
(jika arca, ada pandangan sudut hadapan, tepi,belakang )

Bab 5 : Proses Penghasilan Karya
(dalam bentuk fotografi selang 10% langkah penghasilan)

Rujukan Tambahan

Bibliografi

3 ulasan:

  1. Perkembangan idea ada 4 kajian utama iaitu:
    a. Olahan subject matter (contoh tel bimbit, figura manusia) sama ada nak jadikan separa realistik (dipermudahkan)atau nak diabstrakkan. Kena la buat anak panah step by step bagaimana perubahan bentuk.
    Satu cara lagi, tak perlu step anak panah tu, tapi senaraikan (lukis) ja banyak2 idea2 korang tu. ... See MoreIdea2 tu tak semestinya dari kepala sendiri. Rujuk la contoh2 kat internet atau majalah, buku dll.

    b. Kajian Reka letak . Olahan2 tu, kena la difikirkan macam mana nak susun untuk jadi catan. Inipun, kena tengok contoh2 komposisi catan2 sedia ada. Ada yang buat satu penceritaan, ada yang bahagikan kepada beberapa komposisi dan sebagainya. Daripada situ, olah la motif anda sendiri.

    c. Kajian warna.Bila dah dapat satu komposisi yang dianggap 'ngam', buat beberapa salinan komposisi yang sama. Lepas tu, warnakan la...

    d. Kajian media dan teknik. Kajian media dan teknik ni, komposisi dan warna catan yang dah dipilih tu, guna la teknik yang pelbagai. Ada yang kolaj, guna water colour, pastel, cetakan sutera saring ka, dan lain2.

    Kalau masa buat kajian media dan teknik, dapat ilham komposisi dan warna yang lain, teruskan dengan ilham tu. Taklah terikat dengan komposisi dan kajian warna tadi.

    Dah lepas 4 step ni, tunjuk kat cikgu, biar cikgu bagi pandangan . Pastu baru buat final. Final tu, boleh guna kanvas atau papan plywood untuk base terutama kalau kolaj dengan bahan aluminium/kuprum/cd kena la guna plywood.

    Ini cuma satu pandangan. Apa2pun, rujuk la dengan guru seni di sekolah.
    20 minutes ago · LikeUnlike · .Al Hadi Mahusin dalam olahan 2 figura kene ada jugak ker/??
    17 minutes ago · LikeUnlike · .Noraida Radot Temanya nilai kemanusiaan, .. takkan lukis alat teknologi ja. Apa isu kemanusiaan yang anda nak timbulkan. Isu gejala sosial ke, kasih sayang ka...
    situasi manusia tu, banyak dalam suratkhabar, atau internet. Untuk jimat masa melukis, tekap ja gambar2 tu. Lepas tu baru rendering. Jadi kadar banding figura akan tepat dan tak salah. Kalau gambar ... See Morekecil, fotostat dan besarkan dulu. Hitamkan belakang kertas dgn pensil 2B, (berfungsi seperti kertas karbon), dan tekap. Taklah susah lukis gambar orang.
    4 minutes ago · LikeUnlike ·

    BalasPadam
  2. Perkembangan idea ada 4 kajian utama iaitu:
    a. Olahan subject matter (contoh tel bimbit, figura manusia) sama ada nak jadikan separa realistik (dipermudahkan)atau nak diabstrakkan. Kena la buat anak panah step by step bagaimana perubahan bentuk.
    Satu cara lagi, tak perlu step anak panah tu, tapi senaraikan (lukis) ja banyak2 idea2 korang tu. ... See MoreIdea2 tu tak semestinya dari kepala sendiri. Rujuk la contoh2 kat internet atau majalah, buku dll.

    b. Kajian Reka letak . Olahan2 tu, kena la difikirkan macam mana nak susun untuk jadi catan. Inipun, kena tengok contoh2 komposisi catan2 sedia ada. Ada yang buat satu penceritaan, ada yang bahagikan kepada beberapa komposisi dan sebagainya. Daripada situ, olah la motif anda sendiri.

    c. Kajian warna.Bila dah dapat satu komposisi yang dianggap 'ngam', buat beberapa salinan komposisi yang sama. Lepas tu, warnakan la...

    d. Kajian media dan teknik. Kajian media dan teknik ni, komposisi dan warna catan yang dah dipilih tu, guna la teknik yang pelbagai. Ada yang kolaj, guna water colour, pastel, cetakan sutera saring ka, dan lain2.

    Kalau masa buat kajian media dan teknik, dapat ilham komposisi dan warna yang lain, teruskan dengan ilham tu. Taklah terikat dengan komposisi dan kajian warna tadi.

    Dah lepas 4 step ni, tunjuk kat cikgu, biar cikgu bagi pandangan . Pastu baru buat final. Final tu, boleh guna kanvas atau papan plywood untuk base terutama kalau kolaj dengan bahan aluminium/kuprum/cd kena la guna plywood.

    Ini cuma satu pandangan. Apa2pun, rujuk la dengan guru seni di sekolah.
    about an hour ago · LikeUnlike · .Al Hadi Mahusin dalam olahan 2 figura kene ada jugak ker/??
    about an hour ago · LikeUnlike ·

    BalasPadam
  3. dalam olahan 2 figura kene ada jugak ker/??
    about an hour ago · LikeUnlike · .Noraida Radot Temanya nilai kemanusiaan, .. takkan lukis alat teknologi ja. Apa isu kemanusiaan yang anda nak timbulkan. Isu gejala sosial ke, kasih sayang ka...