Ahad, 14 Februari 2010

Teknologi Digital dan Kemanusiaan

Soalan 1 Pengkaryaan

1. Kalau anda pilih soalan ni, cikgu nak bagi beberapa petunjuk macam mana nak mula buat kerja kursus Seni Visual STPM ni. Pertama sekali, fahamkan tema. 'Teknologi digital dan kemanusiaan'. Buka kamus Dewan , kamus Bestari, kamus wikipedia.
Cari:
a. makna teknologi dan digital
b. makna kemanusiaan
c. buat rumusan permasalahan idea. Maksudnya, apa yang kita nak sampaikan melalui tema tersebut.

2. Tanya diri sendiri. Bina hipotesis. Teknologi digital tu bawa kesan positif atau negatif dalam hidup anda, hidup orang lain; atau pada pandangan anda. Jika kesan positif, apa dia dan bagaimana. Contohnya, melalui hal benda (subject matter) telefon bimbit, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, kasih sayang, keselamatan anak-anak, hidup lebih terurus, menjimatkan masa dan lain-lain (hal-hal kemanusiaan)
Jika anda berpendapat telefon bimbit sebagai alat teknologi digital membawa kesan negatif, huraikan. Contoh, keruntuhan akhlak remaja melalui telefon bimbit, punca pelajaran merosot, isu penceraian sms dan lain-lain lagi.

3. Bila dah buat hipotesis, buat penyelidikan melalui media massa dan elektronik atau yang mudahnya, internet. Dapatkan rencana-rencana, berita-berita atau karya sastera seperti cerpen, novel dan sajak oleh sasterawan terkenal yang menyokong pandangan ada. Anda hendaklah membuat salinan terhadap semua dapatan ini dan masukkan ke dalam folio di bawah tajuk LAMPIRAN.

4. Katakanlah, anda telah membuat keputusan untuk menghasilkan catan yang membicarakan isu penyalahgunaan telefon bimbit. Anda perlu tentukan pengaruh atau gaya catan yang anda ingin hasilkan. Untuk itu, dapatkan maklumat dari internet (lebih mudah) siapakah pelukis yang gaya dan aliran yang dibawanya, sesuai dengan mesej anda. Caranya, anda pergi ke enjin carian yahoo atau google, taip saja perkataan 'digital technology and humanity painting', klik 'images'dan bukan 'web'. Nah,! Sekarang ada banyak contoh painting yang dapat anda ikut. Anda perlu klik pada gambar yang anda pilih, besarkan, dan kemudian save. Ulang langkah ini untuk seberapa banyak gambar yang anda mahu.

5. Selain daripada itu, anda juga boleh rujuk gaya-gaya pelukis Malaysia dari laman web Balai Senilukis Negara atau dari buku-buku Seni Visual. Di bawah ini, cikgu tampilkan beberapa contoh karya yang berkaitan dengan tema.

Gambar A

Catan ini membawa mesej bagaimana teknologi digital membawa kepada peperangan dan kesengsaraan. Antara pelukis yang membawa gaya ini ialah Nirmala Shanmulingam (Malaysia) dan Robert Rauschenberg.

Gambar B

Catan ini menggunakan simbol-simbol dari alat digital dan teknologi untuk memberi mesej kemanusiaan dengan imej Santa Claus. Anda boleh kaji karya-karya Pop Art untuk karya Gambar B hingga D.

Gambar C

Lihat saja bagaimana pengaruh teknologi kepada kemanusiaan. Adakah kita mahu anak-anak bangsa kita hilang jati diri akibat pengaruh dan kesan teknologi?

Gambar D

Kaji apa kaitan imej patung Liberty dengan kemanusiaan? Teknologi digital ditonjolkan melalui imej skrin komputer.

Gambar E

Karya agung pelukis dari Malaysia, Ibrahim Hussein bertajuk 'My Father and Astronaut'. Beliau telahpun memperkatakan soal teknologi digital dan kemanusiaan sejak 1960-an lagi. Pertembungan teknologi digital dan pengekalan tradisi. Karya seperti ini boleh digolongkan kepada aliran pasca-modenisme.

6. Anda hendaklah juga membuat kajian mengenai gaya/aliran karya yang anda hasilkan. Taip semula nota mengenai aliran tersebut dan contoh-contoh karya. Nota ini hendaklah dimasukkan ke dalam folio anda di bawah tajuk PERMASALAHAN TEMA dan tajuk kecilnya ialah Kajian Gaya/Aliran Seni Visual.

7. Sambil-sambil anda menaip, membuat penyelidikan maklumat, anda perlulah mula menghasilkan penyelidikan dalam bentuk lakaran-lakaran. Contohnya, seperti yang dibincangkan di atas, subjek anda ialah telefon bimbit dan juga mengenai keruntuhan akhlak remaja. Jadinya, ada dua jenis lakaran yang perlu anda hasilkan.
i. beberapa jenis telefon bimbit daripada telefon jenis lama hingga sekarang.
ii. figura dengan aktiviti keruntuhan akhlak (contoh pergaulan bebas berleluasa), remaja berfesyen punk yang menggunakan telefon bimbit, telefon bimbit yang ada tertulis sms penceraian dan lain-lain. (sekadar beberapa contoh).

8. Lakaran-lakaran yang anda perlu hasilkan tersebut, cuma ambil gambar-gambarnya dari internet. Banyak! Jangan buang masa menyelak sehelai demi sehelai surat khabar. Kalau kebetulan terjumpa, oklah.

9. Semasa anda menghasilkan lakaran, mulakan dengan lakaran ringkas 2 atau 3 helaian saja. Kemudiannya, buatlah kajian-kajian terperinci dengan teknik-teknik melukis dan mewarna yang dapat memukau pemeriksa!. Inilah masanya nak tunjukkan skill Seni Visual anda. Tiru semula gambar-gambar yang anda dapat dari internet atau anda ambil sendiri semasa merayau-rayau di pekan mencari bahan. Jangan lupa buat catatan tarikh, masa dan sedikit penerangan mengenai lakaran menggunakan pensil/ pen hitam.

10. Seterusnya, anda mula menghasilkan PERKEMBANGAN IDEA . Dalam perkembangan idea, anda perlu mengolah lakaran-lakaran di atas kepada bentuk-bentuk baru. Agak susah cikgu nak jelaskan di sini. Cuba lihat contoh-contoh folio pelajar tahun lalu di http://www.scribd.com/ .

11. Ada dua cara olahan idea :
a. Anda buat lakaran transformasi bentuk sedikit demi sedikit. Contoh, jika anda lihat robot transformer bertukar dari kereta ke robot, haa .. anda pula kena lukis perubahan yang berlaku.
b. Anda senaraikan sebanyak-banyak lakaran pelbagai bentuk. Contoh, dalam konteks robot transformer tadi, anda lukis je banyak-banyak pelbagai jenis robot.

Kedua-dua cara di atas boleh digunakan dalam folio anda. (lebih baik).

12. Di antara kajian yang perlu dihasilkan di bawah tajuk Perkembangan Idea ialah:
a. Olahan Hal-benda (nota no.11)
b. Kajian Komposisi - iaitu reka letak motif. Hasilkan sekurang-kurangnya 4 komposisi berlainan.
c. Kajian Warna - pilih satu komposisi terbaik, dan hasilkan sekurang-kurangnya 4 kajian warna berbeza
d. Kajian Media dan teknik - Berdasarkan komposisi dan kajian warna yang dipilih, buat kajian pelbagai media dan teknik dalam penghasilan catan atau cetakan.

13. Hasilkan karya akhir di atas kertas lukisan, sebelum anda mulakan penghasilan karya di atas kanvas.

14. Semua aktiviti anda sepanjang proses penghasilan folio hendaklah dimasukkan ke dalam folio mengikut tajuk atau Bab. Sila rujuk contoh folio pelajar tahun lalu. (http://www.scribd.com/ ).

15. Penting! Jangan lupa ambil gambar proses penghasilan karya akhir selang 10% langkah.

16. Bahan rujukan lain yang boleh didapati di http://www.scribd.com/ ialah:
a. Carta aliran kerja soalan ini (lebih ringkas dan padat)
b. Borang Proses Kerja Calon (guru perlu beri komen dan tandatangan pengesahan setiap aktiviti)
c. Soalan 1 hingga 4 Seni Visual Projek Penghasilan Karya STPM 2010.



















1 ulasan:

  1. hasil karya akhir tue guna keseluruhan kertas ke atau ada ruang lg utk tulis apa2???

    BalasPadam