Selasa, 4 Mei 2010

TAHUN KREATIVITI DAN INOVASI

Tahun Kreativiti dan Inovasi telah disebut oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib b. Razak dalam ucapannya di Laman Web 1 Malaysia. Antara petikan ucapan tersebut, menyatakan

" Sungguh pantas kita kini telah pun menghampiri akhir dekad ini dan permulaan satu dekad yang baharu. Sejak 2000 lagi, kita telah melihat kemunculan produk yang amat inovatif seperti iPhone, Blackberry, Twitter, Facebook, dan You Tube. Kita juga telah menyaksikan kebangkitan Google yang tiada noktahnya, menukar cara kita menggunakan media dan berkomunikasi antara satu dengan lain. Dekad yang datang ini ternyata tidak kurang menariknya.

Negara-negara yang menyenangi inovasi, seperti Jepun, Finland dan Amerika Syarikat, hasilnya berjaya membangunkan ekonomi yang lebih maju. Inovasi mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan daya saing negara, Oleh sebab itulah, kita juga mesti menghasilkan impak yang kreatif dalam ekonomi global yang berdaya saing. Janganlah kita membiarkan diri kita ketinggalan di belakang. "


Laporan Bank Dunia pada tahun 1999 menyatakan industri kreatif mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu sebanyak US30 2000 billion iaitu mewakili 7.3 peratus daripada ekonomi dunia. Terdapat 15 sektor yang tergolong dalam industri kreatif iaitu (Howkins, 2002);
i. Periklanan (advertising)
ii. Senibina (architecture)
iii. Seni (art)
iv. Kraf
v. Reka bentuk (design)
vi. Fesyen
vii. Filem
viii. Muzik
ix. Seni Persembahan (perfoming Arts)
x. Penerbitan (Publishing)
xi. Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
xii. Perisian (software)
xiii. Pepatung dan Permaianan
xiv. Televisyen dan radio
xv. Permainan Video (Video games)

Petikan daripada kertas kerja bertajuk " KREATIVITI, INVENSYEN DAN INOVASI: SUATU CADANGAN MATAPELAJARAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH" oleh tenaga kerja di Universiti Teknologi Malaysia, di http://www.scribd.com/doc/9530697/Jurnal-Kreativiti-Invensyen-Inovasi

Cikgu saja ja letak dua petikan daripada ,orang-orang besar'. Kalau cikgu yang cakap, tak ada orang nak percaya. Dalam sukatan Seni Visual STPM, ada satu bab yang membincangkan PERANAN SENI VISUAL DARI ASPEK PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI. Salah satu peranan Seni Visual dari aspek psikologi ialah memperkembangkan kreativiti kanak-kanak dan seterusnya individu pekerja/pemikir di negara ini.

Cuba anda teka apakah objek yang saya paparkan di bawah?

Ia adalah sebuah sofa. Kreativiti dan inovasi dalam bidang Seni Visual akan dapat meningkatkan sumber ekonomi negara. Kita tidak dapat menolak bahawa perniagaan dan perdagangan sangat memerlukan Seni Visual untuk berkembang. Itulah salah satu peranan Seni Visual dari aspek sosiologi. Sebagai contoh yang mudah, anda tidak akan jumpa air kacang soya di kedai runcit jika tidak ada rekabentuk pembungkusan!
Sofa yang manakah mencerminkan diri anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan