Khamis, 10 Jun 2010

Perbincangan Soalan bertemakan Kesantunan

Soalan Dua

Hasilkan sebuah karya Seni Visual yang bertemakan 'Kesantunan'. Hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik batik atau teknik tenunan. Karya tersebut hendaklah menggunakan gabungan beberapa rekaan sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan. Persembahan karya adalah dalam bentuk 2D atau 3D.

Dalam soalan ini, pelajar perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara:

1. Anda perlu hasilkan KARYA SENI bukannya KRAF Batik atau Tenunan. Perbezaan keduanya adalah, karya seni mempunyai maksud estetik manakala kraf pula lebih kepada fungsi estetik.

2. Menghasilkan karya kepada soalan ini, anda perlu mengikut langkah-langkah penghasilan catan semasa penghasilan folio. Rujuk http://cikgusenismkbk.blogspot.com/search/label/TAJUK%20DAN%20SUB-TAJUK%20DALAM%20FOLIO

3. Berikut cikgu tunjukkan beberapa contoh catan yang menggunakan teknik batik.



Karya di atas merupakan gaya catan batik yang sering digunakan oleh pengkarya di tahun-tahun 60an.

4. Untuk soalan STPM ini, anda sebenarnya diminta bereksperimen dengan bahan dan teknik penghasilan walaupun disebutkan teknik batik atau teknik tenunan. Contohnya, jika selama ini teknik batik digunakan ke atas bahan kain, mungkin kali ini anda boleh cuba menggunakan teknik batik seperti sapauan lilin di atas kolaj tisu/akhbar/ perca kain dan barulah diwarnakan. Lilin boleh dihilangkan dengan cara menyeterika atas lapisan kertas atau kain lain untuk menyerap lilin tersebut.

5. Catan tersebut tidak semestinya sepenuhnya batik. anda boleh gabungkan dengan teknik catan, cetakan sutera saring (yang merupakan salah satu teknik batik) atau kolaj.

6. Jika ingin menghasilkan arca, anda bentukkan struktur arca dahulu . Contoh, gunakan teknik 'welding' besi atau guna dawai. Salut dengan lapisan kertas, kain atau tisu. Kemudian baru 'apply' motif rekaan anda itu ke atas arca tersebut. Untuk hilangkan kesan lilin, guna seterika juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan