Rabu, 1 Disember 2010

Kritikan Seni Visual (mengikut 4 Tahap Strategi Kritikan Seni)

KRITIKAN SENI VISUAL

-DESKRIPSI

Karya bertajuk "Flora Keris Melayu Sakti" oleh Mohd Mustafa Mohd Ghazali memaparkan imej keris dengan menggunakan media campuran.

-ANALISIS

Karya ini berbentuk arca timbulan dan menggunakan pelbagai media campuran dalam penghasilan karya. Unsur-unsur seni yang di tonjolkan dalam karya adalah rupa dan jalinan, manakala prinsip rekaan yang diaplikasikan memaparkan harmoni, kesatuan, kepelbagaian, imbangan, dan penegasan.

-INTERPRETASI

Karya "Flora Keris Melayu Sakti" cuba mengangkat seni tradisi orang-orang Melayu melalui senjata keris. Dalam seni tradisi, keris mempunyai fungsi yang pelbagai termasuklah alat mempertahankan diri sebagai senjata peperangan, taraf hidup dan pangkat serta digunakan dalam perubatan tradisional.

Kini, fungsi keris semakin diketepikan. Ia tidak lagi relevan dengan dunia teknologi dan digital. Fungsinya sangat terhad dan kadang-kadang hanya tersimpan di dalam peti buruk. Hanya mereka yang berilmu akan menghargainya.

Mohd Mustafa Ghazali melalui karyanya, memaparkan imej keris dalam konteks yang boleh diterima kini. Ia bukan lagi untuk digunakan sebagai senjata peperangan atau alat mempertahankan diri, sebaliknya karya "Flora Keris Melayu Sakti" mengupas isu-isu berkaitan jati diri seorang Melayu moden.

Karya ini menonjolkan motif-motif flora keris dalam bentuk berjalinan. Hulu keris yang asalnya berbentuk 3 Dimensi diolah menjadi motif berupa 2 Dimensi serta dihiasi dengan jalinan corak pada hulu keris dan keris itu sendiri.

Karya mengaplikasikan prinsip imbang tidak simetri, dan jalinan corak yang berulang-ulang mewujudkan kesan harmoni dan kesatuan. Pengkarya mungkin cuba mengupas isu jati diri dan penyatuan masyarakat Melayu yang dilihat semakin berpecah belah.

Kepelbagaian media campuran dalam penghasilan karya ini memaparkan nilai estetik yang tinggi melalui teknik-teknik penghasilan karya.

-PERTIMBANGAN

Karya "Flora Keris Melayu sakti" oleh Mohd Mustafa Ghazali Berjaya mengupas isu-isu berkaitan jati diri orang-orang Melayu. Beliau juga mentransformasikan seni tradisi Melayu lama menjadi sebuah karya arca timbulan seni pasca moden yang sarat dengan falsafah kemelayuannya.

4 ulasan:

  1. salam..boleh x saya nak dapatkan maklumat tentang kritikan karya amron omar-pertarungan (1989) .harap cikgu dapat membantu. tq (urgent)

    BalasPadam
  2. apresiasi karya amron omar boleh rujuk
    http://ilah-wonderful.blogspot.com/2010/01/analisis-karya-1-cat-minyak.html

    BalasPadam
  3. Boleh saya nak dapat kan karya yong mun sen yang bertajuk dawn 1955

    BalasPadam
  4. Bole tak sya nak gambar tokoh tu

    BalasPadam