Sabtu, 15 Januari 2011

Perbincangan Soalan 2 - Kasih Ibu

2 Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kasih Ibu”. Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk relif
atau tiga dimensi (3D).
Hasil karya relif hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya tiga dimensi
(3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat

Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.


Kehendak Soalan 2 ni senang nak faham kan... Ikut saja step folio http://cikgusenismkbk.blogspot.com/

Beberapa tips dari cikgu :

1. Soalan minta anda hasilkan karya dalam bentuk relief atau arca (3D). Relief maksudnya timbulan. Kalau nak cari bahan di internet, kata kunci 'relief painting' atau 'relief sculpture'.
Beberapa contoh:
contoh 'bas relief' atau relief rendah

Arca 'high relief' atau relif tinggi

Catan Relief sebegini tidak sesuai rasanya untuk jawab soalan 2, kena kaji pensejarahan karya relief .

2. Gaya Penampilan juga perlu dipertimbangkan
a. realistik
b. semi-realistik
c. abstrak

3. Pengaruh aliran karya dan artis yang mempengaruhi karya kamu.

4. Kemasan kerja. Kena frame nanti, so simpan duit. Jangan asyik beli top up ja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan