Sabtu, 19 Mac 2011

'PERKEMBANGAN IDEA' DALAM SENI VISUAL


Bab Perkembangan Idea ni, paling susah nak cerita kat korang semua. Fuh! Jap cikgu nak tarik nafas panjang-panjang sikit.. tarikkkk.. lepassss ......

Sepanjang karier jadi guru ni, bukan main susah bila masuk bab ni. Anak murid buat muka blurrr... dah habis kelas, dok mai tanya lagi. Ada yang terus berhenti buat folio! Tu yang jadi kerja last minute!

Apa-apapun, demi perjuanganku dalam bidang seni (ceh wahh), cikgu cuba la sedaya upaya terangkan kat korang. Kalau tak faham lagi,, tanya kat facebook sebelah tu, ramai nak tolong jawab, ok?. Tanpa membuang masa lagi , cikgu tarik nafasss lagi. (rasa nak semput la pulak!)

Apa dia Perkembangan Idea?

Pada pendapat cikgu, proses perkembangan idea dalam Seni Visual penting untuk membezakan antara pengkarya dengan penciplak. Penciplak tu, tukang tiru, bulat-bulat dia tiru karya orang lain. Pengkarya pula, menghasilkan karya seni dengan idea-idea yang baru, segerrr (segar bak kata Salleh Yaacob dalam versi Jawa). Bagaimana nak hasilkan karya yang baru dan segar? Haa.. tu lah, kena la ikut proses PERKEMBANGAN IDEA!

Perkembangan Idea merupakan satu PROSES. Bila sebut proses, mestilah makan masa yang lama dan banyakkk... ikutlah langkah-langkah ni.

Secara asanya, terdapat dua cara penghasilan Perkembangan Idea :

1. secara olahan Motif
2. secara menyenaraikan Motif

Yang pertama : Olahan Motif maksudnya, mengubah rupa asal 'subject matter' anda secara 'slow motion' macam video clip dari filem Harry Potter ni.
Daripada video clip Harry Potter di atas, dapat disaksikan bagaimana Prof. Lupin jadi werewolf langkah demi langkah (transformation) . Kaki manusia, berubah jadi lebih panjang, leher, mata hidung berubah sedikit demi sedikit. Kalau boleh, pause dua-tiga kali dan lukis transformation tu. Tengok, apa yang diTAMBAH , apa yang diKURANGkan dalam lukisan tu. 'Tambah' dan 'kurang' dalam setiap lakaran transformation itulah perkembangan idea! Dalam bahasa seni visual disebut stailisasi/pengayaan.

Proses mengurang imej dan menokok nambah imej untuk hasilkan idea lakaran supaya terhasil satu motif yang baru.
Contoh perkembangan idea jenis olahan motif ini ialah:

CONTOH 1 : Olahan Motif untuk Arca (3D)
Anak panah digunakan untuk menunjukkan bagaimana transformasi imej berlaku langkah demi langkah. Sedikit catatan mengenai bahgian yang dibuang atau yang ditambah membantu menerangkan proses kajian dengan lebih jelas.

CONTOH 2: Olahan Motif corak (sesuai untuk soalan 1 dan 3)

Lihat bagaimana pada langkah 1, subject matter dilukis secara realistik (dengan mengekalkan kesan cahaya dan bayang), langkah 2 dilukis secara RUPA sahaja, langkah 3 mengalami pengurangan rupa manakala langkah empat dan akhir mengalami penambahan RUPA.

Begitulah kira-kiranya menghasilkan motif baharu daripada 'subject matter' (objek ciptaan Tuhan atau ciptaan manusia)



Yang KEDUA, secara menyenaraikan motif. Lepas dah hasilkan Olahan Motif dalam tiga atau empat helai (paling kurang tuh, ) tentulah banyak lagi idea-idea baharu motif yang dapat dicipta. Kalau nak buat stail yang ada anak panah tu, jenuh juga rasanya. Jadi korang lukis ja banyak-banyak idea dalam kepala korang tu! Lebih kurang cam video clip Micheal Jackson ni, banyaknya 'wajah' dia!

Contoh Perkembangan Idea jenis 2 :





walaupun Noh ada letak anak panah pada Perkembangan idea di atas, transformasi langkah demi langkah tidak berlaku, sebaliknya beliau lebih terarah kepada MENYENARAIKAN idea-idea beliau yang banyak tu.. Akhirnya dapat satu idea yang beliau rasa relevan dengan nilai kemanusiaan mengikut tema yang diberi oleh soalan.

sedikit lagi lakaran idea...

Lihat bagaimana Noh apply idea akhirnya dalam Karya Akhir beliau. Tapi, sebelum buat yang final ni, ADA lagi langkah Perkembangan idea yang korang kena buat! Tu lah, memang susah Bab Perkembangan Idea ni. Tapi markah dia pun banyakk kat sini. Korang tak payah la tampal gambar-gambar dari internet tu banyak sgt, buang masa ja.

Contoh Perkembangan Idea Jenis 2 (untuk soalan 3 dan 1)


lihat ada ditulis MOTIF PILIHAN...


menarikk..

kalau nak hasilkan arca (3D), lakaran pun 3D juga.. baru jelas bentuknya.



Di atas ni, contoh perkembangan idea untuk muka taip bagi soalan 1 dan 3


Harap korang faham jugak la sikit-sikit berkaitan langkah-langkah buat Perkembangan Idea ni.
Daripada senarai lakaran yang dibuat, pilihlah beberapa untuk dihasilkan pada karya akhir. Selepas ini, langkah Perkembangan idea yang seterusnya adalah Kajian Komposisi/Rekaletak.
Tapi cikgu buat post lainlah di lain kali. Kalau tak, fenin kepala korang...

Di sini, penghargaan cikgu kepada guru-guru dari Wilayah Persekutuan Tahun 2007. Selain daripada lakaran Noh dan Fakhrur Razi (pelajar cikgu), lakaran-lakaran yang lain tu, dia orang la yang buat. Terima kasih!

18 ulasan:

  1. macam saya ambil kemelut tahun ini....saya ambil kemelut ekosistem dan tokoh saya adalah van gogh..macam mana hendak mengabungkan ekosistem dengan tokoh itu??saya pening..boleh ajarkan tak??huhu

    BalasPadam
  2. Tak ada kaitan antara ekosistem dengan tokoh Van Gogh, kita kaji Van Gogh untuk rujuk aliran seni dia, teknik dan media yang digunakan. Ambil gaya penampilan karya 'Starry Night' oleh Van Gogh untuk kaji teknik mencatan cat minyak atau akrilik

    BalasPadam
  3. Saya ada pembentangan berkaitan Idea , konsep , proses dan hubungan dalam seni. Apa yg patut saya bincanggkan?

    bolehkah puan bantu saya?

    BalasPadam
  4. saya nak tnya cikgu,kalau nak buat pasal haiwan kena buat cmne

    BalasPadam
  5. kalau nak membuat karya berkenaan dengan motif dayak iban , dimana perlu untuk merujuk karya rujukan ye>_<

    BalasPadam
  6. Kalau nak buat olahan tentang pelita sempena sambutan deepavali mcm mana??��

    BalasPadam
  7. Kalau nak buat olahan untuk arca dinding+arca timbulan untuk cangkerang siput laut mcm mna???

    BalasPadam
  8. kalau nak buat olahan untuk api macam mana??

    BalasPadam
  9. Terbaik cikgu.. Terimakasih byk ilmunya..

    BalasPadam
  10. Hi cikgu...cikgu ada lakaran olahan idea untuk penyu ke???kalau ada hantar cikgu...

    BalasPadam
  11. cikgu macam mana gabungkan kalu kita megambil dua motif

    BalasPadam
  12. Cikgu macam mana nak buat olahan idea untung sotong kurita???

    BalasPadam
  13. Cikgu macam mana nak buat olahan idea untuk pelangi ???

    BalasPadam
  14. Cigku macam mana nak buat olahan unicorn?

    BalasPadam
  15. cikgu mcm mna nk buat olahan baju tshirt ?

    BalasPadam