1. PENGENALAN
Begholek
Godang Seni Visual Peringkat Negeri Sembilan dianjurkan oleh Panitia Seni
Visual SMK Batu Kikir (Model Khas) dengan kerjasama Sektor Akademik Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan dan dinaungi oleh YB. Dato Hj. Lilah Bin Hj Yasin, Ahli Parlimen Jempol. Begholek
Godang merupakan dialek Negeri Sembilan yang bermaksud Kenduri Besar atau
Festival di dalam Bahasa Inggeris. Kebiasaannya program ini akan disebut
Festival Seni Visual tetapi penggunaan dialek tempatan memberi impak jati diri
justeru program ini disebut-sebut oleh masyarakat setempat. Tahun 2011
merupakan tahun ke-empat penganjuran
program seumpama ini oleh SMK Batu Kikir (Model Khas).
2008 – Pameran Seni
Visual -
Peringkat Daerah
2009 – Pameran dan
Kolokium Seni Visual - Peringkat
Daerah
2010 – Begholek Godang
Seni Rupa Malaysia - Peringkat Daerah
Begholek Godang Seni
Visual 2 Peringkat Negeri Sembilan telah
dilangsungkan pada 1 November 2011 dari
jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Perasmian
BGSV2011 telah disempurnakan oleh YBhg. Hjh. Rodhiah bt.
Md. Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu mewakili Pengarah Pelajaran
Negeri Sembilan, bertempat di perkarangan Dewan Za’ba, SMK Batu Kikir (Model
Khas).
2. Objektif
Bgsv
(a) memberi
pendedahan kepada para pelajar
mengenai prospek Seni Visual di peringkat Pengajian
Tinggi dan juga bidang keusahawanan serta pekerjaan.
(b) memberi pemantapan ilmu Seni Visual dalam peperiksaan dan meningkatkan peluang ke IPTA.
(c) membuka
minda masyarakat di luar lingkungan
Seni Visual akan perkembangan Seni
Visual;
khususnya dalam bidang pendidikan.
(d) Memberi
peluang kepada penggiat seni dan kraf menjana ekonomi setempat.
4.
Aktiviti BGSV 2011
Program
ini berbentuk festival justeru pengisiannya terdiri daripada pelbagai aktiviti
menjurus kepada aktiviti Seni Visual. Di antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang BGSV 2011 adalah seperti
berikut :
A.
PAMERAN
(bertempat di Dewan Za’ba)
i.
Pameran
Hasil Kerja Terbaik SPM
Penyertaan oleh
sekolah-sekolah di Negeri Sembilan lebih menjurus kepada penghasilan produk
kerja kursus pelajar tahun lalu. Di antara sekolah ang terlibat di dalam
Pameran SPM ini adalah
·
SMK Taman Indah, Tampin
·
SMK Sri Ampangan,
Seremban
·
SMK Panchor Jaya,
Seremban
·
SMK Juasseh, Kuala
Pilah
·
SMK Batu Kikir (Model
Khas)
·
MRSM Gemencheh
- SMK Mantin
ii.
Pameran
Pengenalan Mata Pelajaran Seni Visual STPM
sebagai satu bentuk promosi pelajar
ke Tingkatan Enam .
iii.
Pameran
Pengenalan Sastera Kanak-Kanak
Bengkel Menulis dan
Illustrasi Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak anjuran Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia – 3 orang guru Seni Visual dari Negeri Sembilan telah terlibat dengan
bengkel ini yang telah dijalankan dalam empat siri di Institut Aminuddin Baki,
Genting Highland. Mereka adalah En. Zulkarnine b. Md. Deany dari SK Tunku
Munawar, Kuala PIlah dan dua orang guru dari SMK Batu Kikir (Model khas) iaitu
Pn. Noraida Ahmad dan Hjh. Jamilah bt.
Hasil kerja guru-guru terlibat
telah dipamerkan di Festival Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur dari 27 Oktober
sehingga 2 November.
Sehubungan itu juga,
diadakan sesi Bercerita Bersama Mama Tok
seorang aktivis bercerita. Nama
sebenar beliau ialah Hasniah bt Hassan, mantan pensyarah bidang Teater Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, di Jabatan Pengembangan Kebudayaan Melayu,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.
iv.
Pameran
Bakat Pendidik mengenengahkan bakat seni
guru-guru di Negeri Sembilan
v.
Pameran
Bakat Muda menonjolkan bakat para pelajar
vi.
Pameran
oleh artis Seni Visual dari Persatuan Persatuan Pelukis Negeri Sembilan
B.
GERAI
DEMONSTRASI DAN JUALAN
(i)
PELUKIS
(PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN)
Demonstrasi
dan jualan lukisan potret oleh pelukis.
(ii) PERSATUAN SENI KREATIF
(ARTGENG)
Demonstrasi dan jualan hasil kerja seni oleh ahli
Persatuan Seni Kreatif SMK Batu Kikir (Model Khas) atau dikenali sebagai
‘artgeng’. Pelajar yang berminat boleh menyertai facebook artgengN9
(iii) KARYANEKA
Demonstrasi dan jualan Kraf oleh
pengusaha-pengusaha kraf tempatan – batik, anyaman dan
pertukangan besi parang.
(iv) JUALAN
BUKU ILLUSTRASI DAN DEMONSTRASI
LUKISAN KARIKATUR
Jualan
Buku dan Majalah ASUH oleh Galeri Ilmu
Sdn. Bhd.
Demonstrasi dan
jualan Lukisan potret karikatur (potret dalam bentuk kartun) oleh kartunis Majalah Gila-Gila
(v) DEMONSTRASI
DAN JUALAN WAU KELANTAN
C.
BENGKEL
(i) Bengkel Mewarna Bersama Uneh Raja Pensil Warna
Uneh atau nama sebenarnya Hasren b. Hj.
Ismail merupakan seorang penggiat Seni Visual yang aktif dan sering dijemput memberikan
bengkel mewarna kepada kanak-kanak di sekitar
Kuala Lumpur. Beliau sering dijemput mengendalikan aktiviti mewarna bersama
kanak-kanak dalam acara-acara yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan terbaru bersama Jom
Heboh TV3. Beliau juga dijemput di dalam rancangan Kid’s On 2 dan MyTV3. Gambar-gambar Uneh di Batu Kikir di http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2011/11/uneh-begholek-godang-seni-visual-2.html
5. PENUTUP
Penganjuran
BGSV 2011 ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam bentuk ilmu pengetahuan dan
pengalaman keusahawanan kepada para pelajar di Negeri Sembilan.
BUKU PROGRAM
BAKAT MUDA -SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
BAKAT MUDA-SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
BAKAT MUDA-SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
SIMBOLIK PERASMIAN- PPD MENANDATANGANI PLAK DAN DISIMPAN
DI BILIK GERAKAN SEBAGAI KENANG-KENANGAN
BAKAT PENDIDIK -USTAZAH ROGAYAH DARI SMK BATU KIKIR (MK)
PAMERAN SPM - SMK BATU KIKIR (MK)
PAMERAN PENGENALAN SENI VISUAL STPM
PAMERAN BENGKEL MENULIS DAN ILLUSTRASI SASTERA KANAK-KANAK
UNEH BERSAMA HJ. YUNUS (PENGERUSI PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN)
MAMA TOK - AKTIVIS BERCERITA DARI KUALA LUMPUR
PARA PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENDENGAR CERITA
DAN BERAKTIVITI BERSAMA MAMA TOK
KUMPULAN CAKLEMPONG SMK BATU KIKIR (MK)
HJH RODHIAH BT. MD. JAN, PEGAWAI PELAJARAN
DAERAH JEMPOL DAN JELEBU MENANDATANGANI
BUKU TETAMU.
ANTARA TETAMU JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN YANG
TERDIRI DARIPADA PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
DAN JABATAN PELAJARAN N9. TURUT SERTA CHIEF INSPEKTOR
TUAN ALIAS DARI IPD JEMPOL
OLEH SENI 17 ENTERPRISE (PEMBEKAL PERALATAN SENI)
TERIMA KASIH
PAMERAN SPM - MRSM GEMENCHEH
PAMERAN OLEH KOLEJ TINGGI MARA REMBAU
PAMERAN SPM - SMK SERI AMPANGAN
CIKGU JASMIN DARI MRSM GEMENCHEH
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
HJH AZIZAH ISMAIL DARI SMK TAMAN INDAH, TAMPIN
BENGKEL UNEH
DEMONSTRASI DAN PAMERAN PENGHASILAN KRAF PARANG
AKTIVITI JUALAN OLEH PERSATUAN SENI KREATIF (ARTGENG N9)
TERIMA KASIH KEPADA PENAUNG YB DATO' HJ. LILAH MD. YASIN
YANG MEMINJAM KHEMAH DARIPADA MAJLIS DAERAH JEMPOL
SEBANYAK 15 BUAH TERMASUK MEJA, KERUSI DAN BUNGA-
BUNGAAN. TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA STAF MAJLIS
DAERAH JEMPOL. JASAMU DIKENANG.
BENGKEL ANYAMAN BAKUL OLEH PN. HASNAH
DARI KG. LONEK, BATU KIKIR.
PELAJAR PENDIDIKAN KHAS (OKU) DARI SMK PANCHOR JAYA,
SEREMBAN SANGAT MAHIR MENGHASILKAN LUKISAN-
LUKISAN KOMIK.
DEMONSTRASI DAN BENGKEL BATIK OLEH LIZA BATIK DARI
KUALA PILAH.
DEMONSTRASI MELUKIS POTRET OLEH SDR ZAKIR AMIR DAN EN.
NASHA DARI PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN. TERIMA KASIH
SUMBER GAMBAR:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100002015186915&ref=ts
http://www.facebook.com/uneh.hasren
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DI DALAM PENGANJURAN BEGHOLEK GODANG SENI VISUAL 2 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN. SEMOGA USAHA KITA DAPAT MENYEMARAKKAN INDUSTRI SENI KREATIF DI NEGARA INI.
SUMBER GAMBAR:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100002015186915&ref=ts
http://www.facebook.com/uneh.hasren
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DI DALAM PENGANJURAN BEGHOLEK GODANG SENI VISUAL 2 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN. SEMOGA USAHA KITA DAPAT MENYEMARAKKAN INDUSTRI SENI KREATIF DI NEGARA INI.
Memperjuangkan Seni TanahAir.
BalasPadamLayari Galeri Seni Muar
www.galerisenimuar.blogspot.com
Terima Kasih.