Selasa, 10 April 2012

GAYA PENAMPILAN CATAN BERTEMAKAN KEMELUT (2)

cikgu terpaksa buat sambungan untuk entri tajuk yang sama sebab samsung galaxy tab ini saangaatlah menyakitkan hati. susah nak edit blog tak sama macam guna komputer . kelebihannya hanyalah lebih bergaya dan senang nak masuk handbag. sebab tulah
 cikgu tak dapat nak update blog terutama perbincangan mengenai soalan kerja kursus tak dapat dilakukan.

Kita sambung balik tajuk post hari ini iaitu gaya penampilan catan. Gaya penampilan catan secara realistik memaparkan objek yang dikenali bentuk asalnya. Tema KEMELUT  dipaparkan melalui penceritaan mengenai fenomena yang berlaku , contohnya fenomena kemelut air, kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat akibat tidak mendapat bekalan air.

Contoh seterusnya di bawah ini adalah gambar foto sebuah bangunan tradisional yang sepatutnya diwarisi dan dihargai oleh masyarakat  tetapi sebaliknya bangunan tersebut menjadi merbahaya seperti yang diwar-warkan oleh papan tanda . Kemelut di sini adalah ironi bahawa bangunan bersejarah yang indah kontras dengan papan tanda dengan tulisan moden BAHAYA!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan