Jumaat, 25 Januari 2013

LATIHAN PERGERAKAN FIGURA

UNTUK KE SUMBER: http://www.elfwood.com/farp/figure/williamlibodyconstruction.html
KLIK DI SINI

LAMPIRAN DARI LAMAN WEB DI ATAS:

Lukisan Pengkaryaan: How to draw what you see

Minggu ni, cikgu sarankan satu lagi entri yang bagus untuk pemahaman dan latihan melukis anda; tajuknya HOW TO DRAW WHAT YOU SEE : TECHNIQUES AND TIPS TO IMPROVES YOUR DRAWING SKILLS.
sumber :http://emptyeasel.com






Jumaat, 18 Januari 2013

Minggu 5 : Lukisan Perekaan

Pada minggu 3 dan 4, kamu telah membuat kajian bentuk-bentuk geometri melalui penggunaan perspektif. Cikgu harap tangan kamu semua dah lembut sedikit untuk mula membuat lakaran objek industrial, contoh kereta. Di bawah ini, ada contoh lakaran langkah demi langkah. 

Cikgu sarankan kamu lukis semua langkah di bawah secara berasingan sehingga mendapat satu lukisan terakhir; bermaksud kamu kena ada 7 helai lakaran bermula dari Langkah 1. 


Sebelum melakar, pastikan pensil anda tajam seperti di bawah ini, ya!

Langkah 1- praktis berkali-kali sehingga dapat kualiti garisan seperti di bawah. Lebih spesifik sebanyak 20kali..

Langkah 2

Langkah3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7


sumber:
http://www.smashingmagazine.com/2009/09/08/50-clever-tutorials-and-techniques-on-traditional-drawing/

Selasa, 15 Januari 2013

Minggu 3 dan 4

Bagi latihan minggu ini hingga minggu hadapan, cikgu dah sediakan beberapa lampiran untuk kamu.
Kali ini, kamu akan melukis bentuk-bentuk asas geometri melalui kajian perspektif. Kajian perspektif merupakan satu cara kamu menghasilkan ruang dalam lukisan.

Jumpa guru kamu untuk mengetahui  asas perspektif . tanya perkara-perkara ini:- titik lenyap, garisan aras mata/garisan hoirizon .

Latihan 1


Latihan 2




 Latihan 3

 Latihan 4



Latihan 5


sumber: Successful Drawing


Isnin, 7 Januari 2013

Minggu 2 dan 3 : Kajian figura dan potret

Untuk minggu kedua ini, cikgu minta para pelajar membuat latih tubi lakaran figura manusia di bawah. Buat 300 kali sampai boleh hafal kadar banding figura kanak-kanak, remaja dan dewasa. Hafal bermaksud, bila dah lukis 300 kali, kamu akan biasakan diri dengan saiz kepala, panjang tangan dan kaki yang sepatutnya pada figura. Tak ada la  lukis orang nanti, jadi gorila! Lagipun bagus untuk lembutkan tangan-tangan korang yang jarang melukis tu!


Latihan kedua, melukis pergerakan figura berdasarkan struktur asas figura yang digeometrikan. 300kali jugak!



 Untuk latihan minggu ketiga, perincian kepada potret atau lukisan wajah. Lihat garisan-garisan struktur yang tidak dipadam pada lakaran tersebut. Barulah nampak kajiannya. Kalau potret tak ada garisan struktur, bukan kajian namanya. Inipun buat 300 kali. Saja nak dera korang. Lagipun latihan ni cikgu bagi seminggu kan....


Lakaran-lakaran di atas cikgu ambil dari buku 'Art of Drawing the Human Body" terjemahan dari bahasa sepanyol ke bahasa Inggeris. Selamat berlatih!


Selasa, 1 Januari 2013

SEMESTER 2 SENI VISUAL STPM BAHARU

Semester 2 sudah menjelang. Apa persiapan kamu semua untuk Kertas Lukisan? Di sini cikgu nak beri beberapa tips bentuk-bentuk latihan yang mungkin dapat membantu kamu mengasah skil melukis. sentiasa ingat bahawa melukis bukan hanya memerlukan bakat dan minat sahaja. mereka yang berbakat melukis adalah kerana mereka minat dan SELALU melukis; tak kiralah menconteng atau saja suka-suka, sebab itu mereka berbakat.

Oleh kerana kamu semua telah buat keputusan untuk ambil kertas seni visual dalam peperiksaan STPM, minat atau tidak, hanya berlatih melukis sahaja yang dapat meningkatkan markah peperiksaan kamu semua. Jangan fikir melukis itu senang,  sebenarnya kertas 2 inilah yang paling susah nak skor A!

TIPS LATIHAN LUKISAN

MINGGU 1 - berlatih membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris sebanyak 100 kali sehari selama seminggu untuk garisan melintang, garisan menegak dan garisan serong. (maknanya 300 garisan sehari!)

MINGGU 2 - berlatih membuat bulatan tanpa jangka lukis dalam saiz yang pelbagai dan spontan. 

MINGGU 3 - tungguuuu