Isnin, 7 Januari 2013

Minggu 2 dan 3 : Kajian figura dan potret

Untuk minggu kedua ini, cikgu minta para pelajar membuat latih tubi lakaran figura manusia di bawah. Buat 300 kali sampai boleh hafal kadar banding figura kanak-kanak, remaja dan dewasa. Hafal bermaksud, bila dah lukis 300 kali, kamu akan biasakan diri dengan saiz kepala, panjang tangan dan kaki yang sepatutnya pada figura. Tak ada la  lukis orang nanti, jadi gorila! Lagipun bagus untuk lembutkan tangan-tangan korang yang jarang melukis tu!


Latihan kedua, melukis pergerakan figura berdasarkan struktur asas figura yang digeometrikan. 300kali jugak!



 Untuk latihan minggu ketiga, perincian kepada potret atau lukisan wajah. Lihat garisan-garisan struktur yang tidak dipadam pada lakaran tersebut. Barulah nampak kajiannya. Kalau potret tak ada garisan struktur, bukan kajian namanya. Inipun buat 300 kali. Saja nak dera korang. Lagipun latihan ni cikgu bagi seminggu kan....


Lakaran-lakaran di atas cikgu ambil dari buku 'Art of Drawing the Human Body" terjemahan dari bahasa sepanyol ke bahasa Inggeris. Selamat berlatih!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan