Jumaat, 4 Julai 2014

Bengkel Cetakan Bersama Juhari Said

Bengkel Cetakan Bersama Juhari Said anjuran Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) yang diterajui oleh Hassan Mohd Ghazali. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa kerja Bengkel Cetakan tersebut.


Juhari Said

Beliau merupakan 'sifu' cikgu semasa ITM Shah Alam tahun 1990 dahulu.  Masih ingat lagi, kelas cetakan beliau yang pertama, kami menggunakan tikar getah lama bagi menggantikan lino. Seterusnya kami diajar menghasilkan cetakan kayu mono dan juga cetakan berwarna.


Karya di atas menarik perhatian peserta bengkel yang terdiri daripada peminat seni dan majoriti guru-guru Tingkatan Enam (Prauniversiti) dari negeri-negeri di Semenanjung sejauh Kelantan dan Kedah. Di sebelah kiri gambar merupakan blok kayu dan sebelah kanan pula adalah hasil cetakan di atas kanvas.,

Bengkel dimulakan dengan sejarah cetakan . Menurut Juhari, cetakan lino yang pertama terhasil semasa Perang Dunia (tak ingat keberapa) di mana risalah dicetak menggunakan pelapik lantai (tikar lino) dari rumah-rumah di Eropah. Seterusnya teknik cetakan menggunakan lino pelapik lantai ini dipopularkan oleh artis dari Australia.

Cetakan kayu pula diperkenalkan oleh penyebar agama Buddha di negara China. Nota sejarah cetakan kayu klik di sini


to be continued....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan