Selasa, 29 Jun 2010

Pameran Seni Multimedia di Balai Senilukis Negara

Pada Sabtu 26 Jun 2010 lalu, cikgu telah ke pergi ke Balai senilukis Negara untuk menyaksikan sendiri Pameran Multimedia bertajuk "Shadows on Layers of Meaning" (Bayang-bayang Atas Lapisan Makna). Cikgu cuba mencari jawapan apakah bentuk seni multimedia di pameran tersebut; adakah di bawah bidang Komunikasi Visual (sama seperti fungsi logo, illustrasi, pembungkusan dll) atau merupakan pengkaryaan Seni Halus (lukisan, catan, cetakan, arca)yang mengandungi makna dan konteks?

Apakah karya multimedia tergolong sebagai perekaan atau pengkaryaan? Bidang seramik dan tekstil telah dihasilkan dalam bentuk pengkaryaan sejak sekian lama. Arca dihasilkan menggunakan bahan dan teknik seramik. 'Fabric sculpture' 'menjelaskan bahan yang diguna untuk menghasilkan arca. Maka, karya-karya multimedia yang dipamerkan di Balai Senilukis Negara ini juga dapat digolongkan sebagai pengkaryaan Seni Halus.

Kurator pameran, TSabri Ibrahim di dalam katalog Shadows on Layers of Meaning menulis, " Ini adalah sebuah pameran seni multimedia. Pameran ini memuatkan tujuh karya multimedia yang berupa instalasi, dan dokumentasi penyelidikan dan penciptaan karya-karya multimedia. "




Karya ini menggunakan skrin atau monitor berkamera. Gadis di dalam skrin adalah anak cikgu berusia 12 tahun. Dalam karya ini, penonton bukan saja dapt berinteraksi dengan karya bahkan menjadi sebahagian daripada karya itu sendiri.



Apabila kad putih yang dipegang anak cikgu menepati sasaran, warna merah seolah-olah darah terpercik di skrin secara otomatik.

Karya yang berbentuk arca timbulan ini paling menarik perhatian cikgu. Ianya merupakan sebuah arca berbentuk wajah manusiayang timbul daripada dinding dan saiznya sebesar dinding! Wajah manusia yang anda dapat lihat di atas, tidak dilukis pada binaan arca timbulan itu sebaliknya merupakan imej yang dipancarkan dari LCD komputer. Wajah-wajah itu akan berubah-ubah dengan pelbagai bentuk emosi 'pelakonnya' disertai juga dengan audio (suara)!
Dengan kelebihan pada media multimedia, arca timbulan tidak lagi hanya memberi satu perspektif atau maksud atau tujuan karya dihasilkan. Dalam karya bertajuk 'dialogue' ini, penonton dapat menyaksikan wajah-wajah suka, duka, marah, letih, menguap dan sebagainya. Mungkin juga pengkarya-pengkarya (Fauzan, Hushinaidi dan Norman) ingin menunjukkan kepada penonton, wajah-wajah kita sendiri yang biasanya kita tidak nampak apa pandangan orang lain terhadap diri kita.
Pernah tak anda cuba ambil gambar semasa sedang menguap dan lihat wajah anda sendiri di dalam gambar/video tersebut?








Tiada ulasan: