STPM BAHARU MULAI 2012

SPM dah berlalu. Ramai yang tidak sabar-sabar nak meninggalkan alam persekolahan dan masuk U. Sebelum buat keputusan, cuba lihat kelebihan dan kekurangan keputusan kita. Cikgu dah tentu nak korang masuk Tingkatan Enam atau sekarang ni disebut Pra Universiti.

Antara sebab anda kena pergi sekolah lagi dan glamour sebagai pelajar Pra U adalah:

a. Anda dari keluarga miskin atau sederhana. Mak memang harap andamasuk universiti tapi lepas dapat diploma setelah belajar 3 tahun, mak akan suruh kerja. padahal, anda sebenarnya nak genggam segulung ijazah.. mak akan kata, "kau kerja la dulu.. duit simpanan mak pun dah habis buat belanja kau belajar hari tu..". Sadis kan? Ingat masuk U dapat ijazah, alih-alih sampai diploma ja...

b. Tak ada duit memang satu hal lah; ada juga yang dah masuk U 3 tahun dah rasa 'letih' bergelar siswa/siswi. Lepas dapat Diploma dah tak larat nak sambung buat ijazah.
Itulah, cepat sangat nak masuk U..

c.  Tahu tak, STPM setaraf Diploma ? Sama ada nak kerja dengan kerajaan atau nak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, boleh guna sijil yang korang boleh dapat di sekolah ja. Baca artikel yang cikgu dah birukan ni pendapat orang lain pulak Tingkatan Enam.

d. Tambahan pulak sekarang dah Sistem Modular, sistem peperiksan dah ikut universiti, periksa setiap semester. Untuk subjek Seni Visual, Semester 1 belajar dan exam teori, semester 2 belajar dan exam lukisan dan semester 3 belajar buat projek kerja kursus dan dinilai oleh guru. Kalau sem 1gagal teori, boleh repeat masa sem2.

e. untuk maklumat lanjut, download bahan di sini

Jumaat, 30 Mac 2012

ARCA AWAM DI FLORENCE

Semasa di Itali, cikgu berkesempatan ke bandar Florence (dikenali sbg Firenze di Itali)  tempat di mana Michealangelo bekerja di usia mudanya. Michealangelo merupakan pengarca dan pelukis terkenal dari Italy pada abad ke 16. Klik butang biru nama Michealangelo  dan baca lebih lanjut mengenai salah seorang masters of art ini. 


Gambar-gambar di bawah ini cikgu tak pasti hasil kerja michealangelo atau bukan, tapi cikgu ambil semasa berada di Florence, Italy. Yang menarik di sana adalah mereka sangat menghargai seni bina dan hasil seni tradisional . Hasil seni dipulihara dari semasa ke semasa. Bangunan lama dijaga dan dikekalkan keasliannya hinggakan jika anda lalu di hadapan Restoran Mc Donald's anda akan lihat logonya hanya berwarna putih dan bukannya merah kuning. Patung Mc Donald jg tidak ada. Cikgu andaikan mereka sebenarnya memelihara imej bangunan lama sehinggakan unsur-unsur moden tidak mendapat tempat di situ. 









Isnin, 26 Mac 2012

BOLOGNA HARI 1 DI ITALI

Daripada lebih 20 orang peserta bengkel, 4 orang guru termasuk cikgu bersetuju untuk ikut delegasi Malaysia ke Itali atas perbelanjaan sendiri. Kami tinggal di hotel Mercure yang strategik kerana dekat dengan stesen keretapi dan kedai termasuk sebuah kedai makanan Pakistan. Bus Stop pula betul2 depan hotel!

Hari pertama tiba di Bologna kami dibawa berjalan-jalan di sekitar Bologna. Bandarnya sungguh cantik dengan bangunan lama yang masih digunakan dan terpelihara. Banyak butik pakaian, kasut dan seumpamanya tapi memang tak ada shopping complex atau kedai elektrik! Punah harapan nak beli cerek kecil atau heater untuk masak maggi atau buat air sebab dalam bilik hotel tak disediakan.. korang tengok sendirilah ya gambar2 kat bawah ni yang cikgu rakam sekitar Bologna .


Arca Relief berhampiran dengan hotel delegasi Malaysia.




BUONGIORNO ITALY!


Pada 16 Mac 2012, antara tarikh bersejarah  dalam hidup cikgu. Jam 11 malam cikgu dah berada di dalam kapal terbang KLM Dutch  untuk menyertai Bologna International Children Books Fair di Italy.

Macam mana pula cikgu boleh pergi? Cikgukan terlibat dengan Bengkel Menulis dan
 Illustrasi Buku Kanak-Kanak anjuran Majlis Buku Kebangsaan, jadinya kami diajak ke sana mengikut delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan para penerbit buku . Pesta Buku ini lebih menjurus kepada penerbit buku dari seluruh dunia yang berminat menjual buku kepada penerbit dari negara lain. Begitu juga penulis dan illustrator dari seluruh dunia memperkenalkan diri kepada para penerbit buku. Penerangan lanjut boleh baca di sini


Penerbangan dari KLIA ke Amsterdam ambil masa lebih kurang 13jam dan sepatutnya tiba jam 12 tengahari tapi sebaliknya kami tiba jam 5.30pagi . sebabnya, dunia sebelah barat lewat 7jam dari tempat kita  mengikut putaran bumi. Jam 9.00pagi naik kapal tebang kecil dipanggil hopper untuk ke Bologna Italy.e

Menakjubkan bila melalui Banjaran Alps yang terkenal dengan keindahan  saljinya tu. 





Rabu, 14 Mac 2012

BACA UNTUK MAHIR BAHASA SENI(l

Kalau pelajar lihat pada label sebelah kanan blog ini, ada tajuk untuk blog list yang berbunyi BACA UNTUK MAHIR BAHASA SENI. Maksudnya, kalau nak score seni visual stpm, kenalah banyak membaca penulisan atau artikelmembincangkan penghasilan kerja seni terutamanya untuk kertas 1(teori seni).

Ramai dalam kalangan pelajar lemah bahasa seni visual . Penguasaan asas senireka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan perlulah dikuasai dgn baik justeru cikgu cadangkan blog-blog yang dpt menjadi rujukan para pelajar sama ada untuk nota mahupun bg tujuan peguasaan bahasa seni visual.

En. Hassan Mohd Ghazali (pensyarah, panel penggubal, ketua pemeriksa) telah mewujudkan sebuah blog yg membincangkan teori sv. BLOG SUMBER DAN MAKLUMAT SENI VISUAL

Cikgu juga ada menyediakan sebuah lg blog yang memuatnaik bahan-bahan stpm seni visual seperti sukatan dan huraian sukatan.
BLOG SENI VISUAL STPM
      
Cikgu-cikgu lainpun ada menghasilkan blog untuk pelajar mereka,justeru berusahalah untuk banyak membaca bg meningkatkan kemahiran seni visual anda. Begitu juga cikgu letakkan pautan blog dr artis seni visual serta komuniti seni. Selamat Membaca! LEADERS ARE READERS


Isnin, 12 Mac 2012

BUKU UKIRAN BATU



Buku bertajuk Ukiran Batu oleh pengarca  Rosli Zakaria baru saja cikgu beli minggu lepas.  mestilah sebab ada kena mengena dengan ARCA AWAM. Buku ni merupakan catatan pengalaman penulis menghasilkan arca awam bersempena Simposium  Arca  Antarabangsa kali ketiga    di Hue, Vietnam.


Buku ini dimulakan dengan pensejarahan arca batu dan seterusnya 
kaedah penghasilan arca batu yang terperinci. Membaca buku ini dapat memahamkan kita mengenai proses penghasilan arca awam dlm konteks arca daripada batu.

mereka yang berminat membeli buku ini boleh hubungi cikgu di facebook Noraida Radot. berikut butir pembelian:

HARGA BUKU : RM38.00
KOS PENGEPOSAN SEMENANJUNG  MALAYSIA : RM5.00
kalau di Sabah dan Sarawak, cikgu tak pasti tp RM8.00 ok kut.

Bank in ke akaun AMBANK no akaun 038 002 009646 3 . Kalau anda dr bank berbeza, pg kat kaunter bank dan cakap nk transfer wang ke akaun ambank.
Melalui WANG POS boleh juga atas nama NORAIDA AHMAD

Panduan Penghasilan Folio Soalan 1 Tema KEMELUT oleh Cikgu Ahamad Fauzi Hassan

Cikgu Ahamad Fauzi merupakan Jurulatih Utama Seni Visual STPM dan aktif melayan soalan pelajar di facebook Seni Visual STPM. Klik sini untuk dapatkan panduan penghasilan folio soalan 1 bertemakan KEMELUT? Harus diingat, ianya merupakan panduan, bukan jawapan.