Jumaat, 30 Mac 2012

ARCA AWAM DI FLORENCE

Semasa di Itali, cikgu berkesempatan ke bandar Florence (dikenali sbg Firenze di Itali)  tempat di mana Michealangelo bekerja di usia mudanya. Michealangelo merupakan pengarca dan pelukis terkenal dari Italy pada abad ke 16. Klik butang biru nama Michealangelo  dan baca lebih lanjut mengenai salah seorang masters of art ini. 


Gambar-gambar di bawah ini cikgu tak pasti hasil kerja michealangelo atau bukan, tapi cikgu ambil semasa berada di Florence, Italy. Yang menarik di sana adalah mereka sangat menghargai seni bina dan hasil seni tradisional . Hasil seni dipulihara dari semasa ke semasa. Bangunan lama dijaga dan dikekalkan keasliannya hinggakan jika anda lalu di hadapan Restoran Mc Donald's anda akan lihat logonya hanya berwarna putih dan bukannya merah kuning. Patung Mc Donald jg tidak ada. Cikgu andaikan mereka sebenarnya memelihara imej bangunan lama sehinggakan unsur-unsur moden tidak mendapat tempat di situ. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan