Sabtu, 31 Mac 2012

STPM BAHARU MULAI 2012

SPM dah berlalu. Ramai yang tidak sabar-sabar nak meninggalkan alam persekolahan dan masuk U. Sebelum buat keputusan, cuba lihat kelebihan dan kekurangan keputusan kita. Cikgu dah tentu nak korang masuk Tingkatan Enam atau sekarang ni disebut Pra Universiti.

Antara sebab anda kena pergi sekolah lagi dan glamour sebagai pelajar Pra U adalah:

a. Anda dari keluarga miskin atau sederhana. Mak memang harap andamasuk universiti tapi lepas dapat diploma setelah belajar 3 tahun, mak akan suruh kerja. padahal, anda sebenarnya nak genggam segulung ijazah.. mak akan kata, "kau kerja la dulu.. duit simpanan mak pun dah habis buat belanja kau belajar hari tu..". Sadis kan? Ingat masuk U dapat ijazah, alih-alih sampai diploma ja...

b. Tak ada duit memang satu hal lah; ada juga yang dah masuk U 3 tahun dah rasa 'letih' bergelar siswa/siswi. Lepas dapat Diploma dah tak larat nak sambung buat ijazah.
Itulah, cepat sangat nak masuk U..

c.  Tahu tak, STPM setaraf Diploma ? Sama ada nak kerja dengan kerajaan atau nak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, boleh guna sijil yang korang boleh dapat di sekolah ja. Baca artikel yang cikgu dah birukan ni pendapat orang lain pulak Tingkatan Enam.

d. Tambahan pulak sekarang dah Sistem Modular, sistem peperiksan dah ikut universiti, periksa setiap semester. Untuk subjek Seni Visual, Semester 1 belajar dan exam teori, semester 2 belajar dan exam lukisan dan semester 3 belajar buat projek kerja kursus dan dinilai oleh guru. Kalau sem 1gagal teori, boleh repeat masa sem2.

e. untuk maklumat lanjut, download bahan di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan