Showing posts with label 2012 STPM SOALAN KEMELUT. Show all posts
Showing posts with label 2012 STPM SOALAN KEMELUT. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

CATAN TEMA KEMELUT OLEH LORA ZOMBIE.

Cikgu bias dengar muzik grunge, pertama kali jumoa Seni Grunge.. Yang jawab soalan kemelut,  bnykkan eksperimentasi media dan teknik catan.  Lora Zombie ni guna cat air dan dakwat (pen) . Cekidout...

Grunge Art by Lora Zombie - Psychedelic Paintings



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 10, 2012

GAYA PENAMPILAN CATAN BERTEMAKAN KEMELUT (4)

3. Gaya Abstrak.

Ramai dalam kalangan pelajar memikirkan tema kemelut hanya sesuai ditampilkan secara abstrak menggunakan sapuan berus yang spontan dengan garis-garis yang memaparkan kemelut. Pandangan tersebut tidak salah tapi pelajar perlu hasilkan baanyaaakkkk kajian yang dapat menunjukkan perkembangan idea bagaimana subject matter asal menjadi abstrak dan juga eksperimentasi sapuan berus yang spontan sehingga terhasilnya identiti atau stail tersendiri.


Cikgu teringat salah seorang pelukis negara kita yang juga mantan pensyarah cikgu di uitm iaitu pelukis Yusof Ghani. Beliau juga banyak membawa tema kemelut terutama yang berkaitan dengan peperangan dan isu alam sekitar . klik nama yusof ghani yg biru tu untuk terus ke website beliau.

GAYA PENAMPILAN CATAN BERTEMA KEMELUT (3)

Lepas upload ja gambar, tak dapat dah nak edit entri (2). Terpaksa sambung dengan entri (3).

Gaya penampilan ke-2 catan untuk tema kemelut ini adalah semi-abstrak . semi bermaksud separuh atau separa, bermaksud catan tersebut tidak lagi mengekalkan bentuk asal objek 100%. Objek dalam catan telah mengalami staili
sasi atau penggayaan. Contohnya karya-karya oleh Picasso dari aliran Cubisme.



GAYA PENAMPILAN CATAN BERTEMAKAN KEMELUT (2)

cikgu terpaksa buat sambungan untuk entri tajuk yang sama sebab samsung galaxy tab ini saangaatlah menyakitkan hati. susah nak edit blog tak sama macam guna komputer . kelebihannya hanyalah lebih bergaya dan senang nak masuk handbag. sebab tulah
 cikgu tak dapat nak update blog terutama perbincangan mengenai soalan kerja kursus tak dapat dilakukan.

Kita sambung balik tajuk post hari ini iaitu gaya penampilan catan. Gaya penampilan catan secara realistik memaparkan objek yang dikenali bentuk asalnya. Tema KEMELUT  dipaparkan melalui penceritaan mengenai fenomena yang berlaku , contohnya fenomena kemelut air, kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat akibat tidak mendapat bekalan air.

Contoh seterusnya di bawah ini adalah gambar foto sebuah bangunan tradisional yang sepatutnya diwarisi dan dihargai oleh masyarakat  tetapi sebaliknya bangunan tersebut menjadi merbahaya seperti yang diwar-warkan oleh papan tanda . Kemelut di sini adalah ironi bahawa bangunan bersejarah yang indah kontras dengan papan tanda dengan tulisan moden BAHAYA!


GAYA PENAMPILAN CATAN CAT AIR BERTEMA KEMELUT (1)

Secara umumnya, penghasilan catan boleh dihasilkan melalui 3 gaya penampilan iaitu:

Karya di atas dihasilkan oleh Amron Omar bertajuk Pertarungan kalau cikgu tak salah. karya menggunakan media cat minyak dengan penampilan gaya realistik.
1. realistik
2. semi-abstrak
3. abstrak

Berikut cikgu paparkan contoh-contoh karya bertemakan kemelut dalam 3 gaya penampilan
1. Gaya Penampilan REALISTIK

Cth,
                                                                                                                                                                   


Catan di atas aplikasi gaya realistik atau dah hampir semi realistik. temanya kemelut air.