Showing posts with label STPM 2011 -Perbincangan Soalan 1 Keharmonian. Show all posts
Showing posts with label STPM 2011 -Perbincangan Soalan 1 Keharmonian. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Harmoni Dalam Karya Seni




Guru-guru dan pelajar sekalian,

Cikgu mula mengajar subjek Seni Visual sejak 2002 setelah ditaklimatkan oleh Jurulatih Utama Seni Visual N9, Hj. Shamsir Md. Zain. Selepas itu cikgu tidak lagi menoleh ke belakang, merasa teruja menghasilkan idea-idea untuk kerja kursus.

Kerja Kursus STPM sangat berbeza dengan SPM dari segi penghasilan. Soalan kerja kursus STPM lebih terbuka dan umum. Hanya diberi tema, bermakna setiap karya pelajar adalah berbeza-beza dari segi teknik penghasilan walaupun menjawab soalan yang sama. Para pelajar perlu membuat penyelidikan dan eksperimentasi di dalam folio sebelum menghasilkan Karya Akhir.


Dalam konteks soalan 1 tahun 2011 bertema Keharmonian, cikgu dapati terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai perkataan Keharmonian ini. Terdapat rakan-rakan guru dan pelajar yang menganggap, PRINSIP REKAAN Harmoni perlu diaplikasi sepenuhnya bermaksud, jika terdapat prinsip kontra, atau kepelbagaian maka Karya tersebut dianggap menyalahi kehendak soalan.

Pada pendapat cikgu, tema Keharmonian dalam catan bukanlah merujuk Prinsip Rekaan Harmoni semata-mata. Prinsip Rekaan Harmoni hanyalah merupakan salah satu daripada prinsip rekaan yang diaplikasi di dalam catan atau karya-karya yang lain. Di dalam catan boleh ada lebih daripada satu prinsip rekaan.


Sebagai contoh, karya di atas tidak dapat disangkal lagi telah berjaya menimbulkan perasaan 'keharmonian' kepada penonton. Kenapa? Karya di atas telah mengaplikasi prinsip rekaan harmoni dalam karya dengan memasukkan rupa/corak yang berulang-ulang. Penggunaan warna penggenap dalam karya telah di'harmoni'kan dengan persamaan 'hue' atau nilai warna.

Tetapi apakah hanya ada prinsip harmoni di dalam karya ini? Tentu sekali anda nampak adanya kontra garisan lurus dan garisan melengkung, garisan tebal dan garisan nipis, rupa bulat dan rupa bersegi. Juga warna-warna penggenap wujud di situ (tetapi warna harmoni wujud bila digunakan warna ketiga/'tertiary').

Begitu juga, teknik 'hard-edge' di dalam soalan telah dimengertikan sebagai 'Aliran Hard-Edge' di Barat. Teknik Hard-Edge merujuk kepada teknik catan menggunakan masking tape atau gam khas yang dapat memberi kesan 'sharp', kemas dan tanpa ton warna (sesuai untukmewarna Rupa Geometri). Ianya berbeza daripada teknik 'scumbling' atau 'glazing' yang dapat menimbulkan ton warna secara realistik.

Tetapi, jika di dalam karya yang berteraskan Rupa Geometri mengandungi juga rupa organik , adakah telah menyalahi kehendak soalan?


Dalam penulisan cikgu yang lalu, cikgu telah mengangkat Mastura Abdul Rahman sebagai artis Aliran Hard-Edges dari Malaysia. Berbeza dengan artis dari Barat yang menghasilkan karya-karya hard-edges di bawah aliran abstract expressionist (tidak ada pengisian maksud tertentu dalam penghasilan karya), Mastura memasukkan elemen-elemen Melayu dan nusantara di dalam karya-karya beliau. Karya beliau di atas bertajuk ' Harmonious Interior no.18' telah dihasilkan pada tahun 1986/1987 .

Sesuai dengan tajuknya, Mastura telah berjaya menimbulkan kesan harmoni di dalam karya beliau. Tetapi, bagaimana kita tahu karya ini harmoni hanya dengan sekali pandang sahaja? Iaitu, beliau mewujudkan prinsip harmoni di dalam karya dengan mengulang-ulang motif dan corak di dalam karya. Anda perasan tak rupa-rupa geometri terhasil dengan sendirinya (daripada komposisi ruang dalam senibina rumah melayu yang menjadi 'subject matter' Mastura) ? Tiang-tiang juga dalam konteks catan ini, merupakan rupa-rupa geometri kerana bentuk (form) tiang terhasil daripada nilai warna sewarna pada rupa tiang tersebut. Dan tentu sekali beliau menggunakan teknik 'hard-edges' bagi mendapatkan kesan 'sharp' dan kemas pada rupa tiang tersebut. Rupa geometri juga terhasil pada motif tikar berwarna biru di bahagian atas catan. Motif sofa di sudut kiri bawah catan dan tempayan di bhgn atas catan juga dihasilkan dalam btk Rupa Geometri.

Ruang di dalam karya ini dihasilkan secara ekspresif. Semasa di Tingkatan 1-5, anda hanya mengenal Ruang Rata, Ruang Cetek dan Ruang Dalam tetapi karya ini merupakan Ruang Ekspresif. Ruang ekspresif biasa wujud di dalam karya-karya terkenal seperti karya 'Harmony in Red' oleh Henri Matisse. (rujuk gambar di bawah).

Kecuali Rupa Tipografi yang tidak ada di dalam catan dan juga motif organik yang memenuhi ruang , cikgu dah anggap karya ini telah menepati soalan no. 1 tema Keharmonian. Mungkin karya beliau di bawah ini menjelaskan Rupa Geometri dalam karya.


Title: Rumahku Duniaku
Mixed media on canvas
Year: 1999
Size: 8' X 8' (2 panels)

Nota: Sumber gambar-gambar karya Mastura Abdul Rahman di dalam entri ini adalah daripada pelukis sendiri. Terima kasih)

'Harmony in Red'
Henri Matisse

Karya di atas bertajuk Harmony in Red oleh Henri Matisse juga mengaplikasi prinsip kontra di antara rupa geometri (tingkap dan kerusi) dengan rupa organik (corak dan figura). Walaupun hampir keseluruhan karya berwarna merah menepati tajuk karya, warna-warna kontra juga diaplikasi dalam karya.


Sebagai bacaan tambahan untuk mengukuhkan pendapat cikgu ini, silalah ke
http://www.artapprenticeonline.com/artstudies/learnctr/artisticprin/edlearnctraphar.html

Sunday, April 24, 2011

Contoh Karya akhir -Keharmonian



Sumber gambar : Jamil Matisa (Koleksi Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM)

typography geometric expressionism. Throughout his entire body of work, shapes and patterns fused with characters in perfect harmony.
Inilah bentuk karya akhir untuk soalan 1 Keharmonian yang ada dalam kepala cikgu... Gabungan rupa geometri dan rupa huruf guna teknik hard-edges..
Harmoni wujud apabila ada pengulangan rupa.

Kalau tak minat, cuba tengok contoh-contoh idea di bawah.. jangan salah sangka semuanya adalah catan hard-edges. Ada di antara contoh merupakan graphic design tapi cikgu nak bg contoh komposisi gabungan rupa geometri dan tipography






di bawah ini merupakan contoh bagaimana typography diolah menjadi karya seni




Harmony in Red oleh Henri Matisse. Kenapa tajuknya 'Harmony' tapi ada warna kontra?

Harmoni warna, harmoni rupa tapi kontra arah.


Frank-Stella in Modern Art Movements To Inspire Your Logo Design


Frank-Stella3 in Modern Art Movements To Inspire Your Logo Design
Richard Anuszkiewicz, Temple of the Radiant Yellow.
Theo van Doesburg, Counter-Composition V.


Karya Mastura Abdul Rahman, artis Malaysia yang terkenal dengan karya-karya hard-edge, menjunjung senibina dan motif tekstil nusantara. Catan ini disentuh dalam penulisan yang membincangkan soalan 1 terdahulu

Wednesday, February 23, 2011

Catan hard-edges : Subject Matter alam semulajadi

Nampaknya, soalan nombor 1 dgn tema Keharmonian ni, masih ramai lagi yang tak faham bagaimana nak cari subject matter yang sesuai. Selalunya, bila sebut Keharmonian, dalam fikiran kita berkait dengan masyarakat harmoni dan perpaduan, jadi tak dapat fikir apakah subject matter yang sesuai.

Sepatutnya, anda kena kaitkan tajuk Keharmonian ini, dengan Prinsip Rekaan Harmoni dalam Seni Visual. Bagaimana nak timbulkan harmoni dalam karya, iaitu dengan menggunakan konsep pengulangan unsur-unsur seni. Sebagai contoh, rupa motif yang diulang akan menimbulkan kesan harmoni. gubahan warna menggunakan warna yang sama kumpulan, diulang-ulang guna dalam catan; juga boleh timbulkan harmoni.

Subject Matter (objek kajian) boleh jadi apa saja. Daripada bunga, spesis kumbang, figura manusia (lagi nak elak lukis ni), sehinggalah ke bangunan, jenis-jenis permainan tradisi seperti congkak, wau, atau alat muzik tradisi seperti rebana, gambus dan sebagainya; boleh menjadi bahan kajian anda.

Bahan kajian atau sering disebut subject matter ini, perlu dilukis sebagai satu bentuk dokumentasi kajian. Lukis keseluruhan objek untuk kaji bentuknya, dan kaji jalinannya, kaji motif-motifnya, kaji pencahayaannya, dan bnyk lagi bntk kajian dalam Seni Visual.


Dalam karya di atas, pelukis menjadikan bunga ros sebagai subject matter-nya. Beliau guna teknik hard-edges untuk hasilkan karya BUKAN mewarnakannya secara realistik guna cat air seperti yang biasa kita lihat.

Cumanya dalam perbincangan sebelum ini, cikgu suka jika kamu kaji Seni Tradisi seperti permainan tradisi kita, atau motif tradisi pada kraf dan tekstil kita supaya karya kita mempunyai jati diri dan berbeza dengan karya-karya pelukis Barat. Kalau subject matter bungapun, pilihlah yang dapat menonjolkan identiti ke-Malaysiaan.

Contoh, cuba cari spesis bunga orkid atau bunga hutan yang masih belum dikenali sebagai subject matter. Setem di negara kita adalah contoh terbaik kalau nak cari subject matter beridentitikan Malaysia. Tambahan lagi, dah sedia ada nama-nama tertera pada setem tu; tak payah lagi susah-susah nak fikir Rupa Huruf yang nak dimasukkan dalam karya.

Cikgupun baru terfikir pasal setem ni. Nak cari bahan kat google, Jom!

Dah jumpa so nak share kat sini.


subject matter hidupan laut yang unik di Malaysia.


Bunga heliconia menarik untuk dikaji! Namapun sedap .

Ada banyak lagi tema berkaitan Malaysia yang harmoni nak ditonjolkan dalam karya. Tengok sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Setem_peringatan

Tuesday, February 15, 2011

Mastura Abdul Rahman : hard edges gaya Malaysia (2)

dipetik dari http://tsabri.wordpress.com/category/masturas-works/

Following is a piece of writing by Mastura introducing The Curtain. It was originally published in the exhibition’s catalogue, published by the FAD, UiTM Melaka, on page 51.

THE CURTAIN

The Curtain is a title of a multimedia installation-art, first exhibited at the Research-Creation Exhibition, Faculty of Creative Multimedia (FCM), Multimedia University, Cyberjaya, 17th – 25th August 2007. It was here reconstructed again to participate this Srikandi exhibition.

Introduction

This writing accompanies The Curtain as supplementary appreciation notes. It discusses the background of how the idea developed through my artistic career, and some notes on The Curtain as an art form.

Background

The idea originates back in mid-1980s when I first started my painting series, the Interior Series. I was studying the interiors of traditional Malay architecture for my compositions, together with the use of floral motifs in the traditional Malay decorative arts particularly the textiles. The arts and cultural activities in 1970s and 1980s Malaysia were much aspired by the questions of identity and continuity of heritage and as such, that many artists started to look back at traditional art forms and their roots for inspirations and ideas.

I was also looking at the 15th – 18th centuries Persian and Mughal miniatures, and the Arabesque patterns as references for the Islamic Art forms, which also became significant as a contemporary style in the 1980s and early 1990s Malaysian art-scene, Binding all these together is perhaps the contemporary expression of art and experimental attitude which was largely referred to the American Abstract Expressionism.

A Computer Drawing

The Interior Series is simply compositions of reconstructed interior spaces filled up with textiles motifs. It was largely a body a mixed-media paintings, done on canvases and carved wooden panels. Human figures were absent from the compositions except for appropriate households and other objects to suggest humans’ presence.

Narratives became a concern in the 1990s when I started to portray family scenes in the paintings. Growing up my children made me referred to the traditional Malay family values – the lullabies, the folktales_ the love, the care, the hope_ and these are all weaved through the compositions’ elements, images and techniques.

Some Appreciation Notes

Sketch 1: The Curtain


Sketch 2: The Curtain

As mentioned, The Curtain developed from a variety of backgrounds, It was a continuance from my earlier painting series_ the images and

patterns, as well as the meaning and values, stayed consistent with the experimental and explorative attitudes. The children are now away in a boarding school_ my personal self is developing into emotions of yearnings, worries and hopes, and the responsibility to provide them good education for the future.

The Curtain also marked my first use of multimedia as an art tool or medium. Towards 2000s I was using the computer to research and manage my studies, and office works, My tutorship at FCM encouraged me to take a closer look at the possibilities and excitement what multimedia can offers an art medium. I took to research on the process of making and exhibiting an art project using multimedia as my postgraduate study. It is a challenge for me as I am so used to traditional art mediums like paintings, drawings or sculptures.

The Curtain, in formal appreciation, illustrated my repetitive concern with harmony in all of my works, The harmony of colors and textures of The Curtain echoed this concern as were also represented in the three late 1990s paintings exhibited in this exhibition. It is the principle that binds the visual, audio and motion elements into a from of ‘pleasure’ or esthetics.

Making

A Doll in front of a Monitor

Installation Detail

A Video Still

Photograph 1: Manipulated

Photograph 2: Manipulated




















Daripada penulisan di atas, cikgu nak highlight point yang penting khusus untuk Kerja Kursus (folio) korang.

1. Pelukis membuat kajian mengenai senibina rumah Melayu tradisional dan motif2 tekstil seni tradisi kita. Seni tradisi menjadi inspirasi idea kepada pelukis-pelukis era 1980-90an yang memaparkan persoalan identiti/jati diri dan kesinambungan warisan bangsa. Tema sebegini menjadikan kita sebagai pelukis Malaysia yang mempunyai identiti walau menggunakan ilmu bahasa seni dan teknik dari Barat.

2. Karya-karya hebat sebegini didahului dengan puluhan malahan mungkin ratusan lakaran-lakaran perkembangan idea motif dan kajian komposisi. Lihat lakaran beliau sketch 1 dan 2.

3. Akhir sekali, pelukis ini menggunakan foto, set sebenar sebagai sumber rujukan. Bagaimana mungkin anda pula semata-mata termenung 'MEMIKIRKAN' idea untuk lakaran?

Tuesday, January 25, 2011

Mastura Abdul Rahman : hard edges gaya Malaysia

Pada kali ini, cikgu nak berkongsi dengan pelajar semua mengenai karya seni yang menyentuh jati diri sebagai seorang yang dilahirkan di Malaysia. Sebelum ini, cikgu memberi contoh karya-karya yang menggunakan teknik hard-edges dari pada pelukis-pelukis Barat, justeru tiba masa untuk kita berbicara lebih daripada sekadar menghasilkan sapuan berus di atas kanvas!

Seni adalah salah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan,
pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir dari seniman. Ini
merupakan hasil ide para seniman yang berlandaskan imaginasi,
pengetahuan, pendidikan, inspirasi, dan tenaga seniman.

Baca berkali-kali definisi seni di atas. Jumpa perkataan-perkataan :
  • indah
  • kesenangan (santai)
  • pemikiran
  • pendidikan (ilmu)
  • inspirasi ???
Seni + Pemikiran = Keindahan
Untuk menghasilkan karya seni, anda mestilah menggali ilmu, mengorek pengetahuan, mengejar kajian demi kajian. Terus terang cikgu agak kecewa bila ada pelajar yang terus bertanyakan jawapan sebelum mereka mencari dan membuat kajian. Contoh, apa maksud harmoni?

Projek Penghasilan Karya atau Kerja Kursus Seni Visual STPM menuntut pelajar membuat banyak kajian dan eksperimentasi. Jadi jangan harap anda boleh hasilkan karya seni dalam masa yang singkat!

Semua yang cikgu 'leterkan' di atas anda boleh saksikan pada hasil karya seorang pelukis wanita Malaysia, Mastura Abdul Rahman. Semasa cikgu belajar di ITM Shah Alam pada tahun 1988-1992, cikgu memang kagum dengan karya-karya beliau. Kerapkali juga dijadikan bahan untuk seminar Apresiasi Seni.

Hampir 20 tahun meninggalkan ITM, belum lagi terjumpa karya seni seperti karya-karya Mastura Abdul Rahman. Teknik Hard Edges yang diaplikasi ke atas motif-motif yang rumit memenuhi karya sebesar papan hitam! Bukan itu saja, lukisan yang rumit ini menterjemahkan pula Falsafah Senibina serta Tekstil Melayu dan Islam (yang cikgu maksudkan dengan pemikiran).

Setelah para pelajar lihat karya-karya beliau di bawah ini, cikgu nak tanya "ADA BERANI?"


Mastura Abdul Rahman

Lecturer, Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University
Cyberjaya, Selangor, Malaysia



"Interior No. 29", 1987
Koleksi Balai Senilukis Negara


"House of Flower, House of Harmony " (1999)
Koleksi Balai Senilukis Negara



'Secawan Kopi dan Badut / A Cup of Coffee and Clown'
campuran atas kanvas
91.5 x 91.5 cm, 1999




Gambar ni, cikgu nak jelaskan saiz sebenar karya-karya beliau.


Tuesday, January 18, 2011

KEN BECKLES-PAINTINGS.mov


Kalau kamu suka lagu dari video ni, 'gimme five'!

Penghasilan Folio Soalan 1 - Keharmonian

Pada kali ini, cikgu akan cuba beri panduan kepada para pelajar langkah-langkah penghasilan folio . Folio merupakan satu bentuk dokumentasi kajian, jadi jangan buat jangkaan ianya boleh siap dalam masa 3 hari, atau 3 minggu! Jika pelajar-pelajar buat tugasan yang cikgu akan beri minggu demi minggu, pelajar akan dapat siapkan folio dalam masa 3 bulan!

Sebelum mula buat folio, pastikan anda dah tetapkan 'subject matter' . Untuk soalan 1, perlukan dua subject matter iaitu berasaskan rupa huruf dan rupa geometri. Tentunya ada rasa pelik jika karya seni anda tidak ada isu yang hendak ditonjolkan (?). Beberapa isu yang boleh diutarakan dan contoh gabungan adalah seperti berikut:

i. novel INTERLOK gabung dengan simbol manusia (macam simbol grafik untuk sukan)
ii. permainan tradisional cth. perkataan WAU gabung dengan rupa dan motif wau (rupa geometri)
iii. nama-nama motif Kraf Tradisi seperti batik cth. PUCUK REBUNG digabung dengan rupa motif Pucuk Rebung itu sendiri.
iv. unsur alam seperti ombak, bunga boleh digeometrikan seperti anda cipta logo dalam bidang grafik. Mungkin anda minat dengan spesies orkid yang namanya unik, bolehlah digabungkan dengan motif bunga yang anda dah geometrik-kan.
v. kajian seni Islam di alam Melayu




Nota: Rupa Geometri dalam konteks Seni Visual bermaksud : Rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, oktagon, segi tiga dan lain-lain. Ia dilukis secara sengaja bermaksud diukur dan ditetapkan saiznya, menggunakan pembaris atau jangka lukis.

Tugasan Minggu 1 :

a. Pernah buat folio sejarah Tingkatan 3? Langkah pertama, dapatkan Sumber Maklumat, betul tak? Sumber Maklumat boleh saja terdiri daripada keratan akhbar, artikel dari internet, temubual dengan individu, gambar-gambar yang dirakam sendiri atau dari internet dan sebagainya.
Contohnya, anda ingin utarakan isu budaya Kraf Tradisi Batik , jadi memilih motif Pucuk Rebung. Untuk Kajian Sumber Ilham, dapatkan
i. definisi Batik dan sejarah ringkas.
ii. Gambar beberapa motif-motif Batik berupa geometri termasuk Pucuk Rebung.
iii Artikel mengenai kejayaan Kraf Batik Malaysia yang menyertai 'fashion show' atau pertandingan-pertandingan e.g Piala Seri Endon dsbnya.
Cth artikel dari internet berkaitan pucuk rebung http://fcendvsyudesign.blogspot.com/2009/08/pucuk-rebung-motif.html
iv. Taip dan print perkataan PUCUK REBUNG dalam beberapa jenis font yang anda suka.
Sebaiknya guna 'Word Art' untuk outline sahaja dalam saiz muat A4.

Tugasan Minggu 2

Thursday, January 13, 2011

Perbincangan Soalan 1 - Keharmonian

1 Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Keharmonian”.

Definisi Harmoni
1. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni.
2. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah.

Hasil karya hendaklah menggunakan teknik hard edges

Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna


dengan menggabungkan rupa huruf

Catan di atas mengulang-ulang rupa huruf dan menggunakan warna sewarna lalu menimbulkan kesan harmoni di dalam karya.


dan rupa geometri.



Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).
Bagi yang memilih bentuk tiga dimensi (3D), teknik luakan boleh digunakan.






Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya
tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan
25 cm lebar.


Portfolio karya seni hendaklah mengandungi

• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema

Langkah 1:

dapatkan artikel-artikel dari suratkhabar yang menyokong pandangan anda mengenai sesuatu isu . Cth. sekarang ni ada banyak artikel mengenai isu novel INTERLOK . Gunting dan simpan. Di internet juga ada isu ini seperti http://kadirjasin.blogspot.com/. Print dan simpan. Artikel-artikel ini perlu dimasukkan ke dalam folio sebagai Sumber Maklumat.

Selalunya, aliran catan hard-edge ini tidak mempunyai maksud tersirat tertentu. Pelukis catan ini hanya menggunakan imej-imej geometri dan huruf dan 'bermain' dengan unsur seni dan prinsip rekaan . Cthnya, harmoni warna, kontra saiz, imbangan rupa, irama dan pergerakan dll, seperti contoh karya di atas.. Catan jenis ini mula terhasil reaksi daripada catan aliran abstract expressionist yang terhasil secara spontan seperti percikan warna dsbnya.

Jika anda hanya mahu menggunakan huruf-huruf tertentu dalam karya, juga dibolehkan. Jadi, langkah pertama anda sepatutnya mendapatkan jenis-jenis typografi yang terdapat di dalam komputer. Taip dan print sahaja.

Boleh juga guna cara ini: gunting iklan-iklan dari majalah atau suratkhabar, juga dapatkan dari internet' flyers' atau 'advertising ' . Lepas tu, ikut cara ini

1. sediakan satu 'view finder' atau tetingkap (seperti yang diguna untuk lukisan)
2. dapatkan gambar2 iklan, 'flyers' , 'packaging' dari majalah atau internet.
3. guna tetingkap untuk dapatkan komposisi yang menarik dari keratan iklan tersebut.
4. lukis atau tekap komposisi tersebut ke atas kertas lukisan sebagai kajian perkembangan idea.
Tapi kena la buat banyak-banyak, paling kurang 30 lakaran .

• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat

Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• keaslian
• kemasan


Rujukan:

2. http://www.minusspace.com/2009/06/frederick-hammersley-1919-2009-in-memoriam/

hammersley-inmemoriam

U.S., late 1950s - The term Hard-edge painting was coined in 1959 by art historian Jules Langsner to characterize the nonfigurative work of four artists from California in an exhibition called Four Abstract Classicists. The term then gained broader currency after British critic Lawrence Alloway used it to describe contemporary American geometric abstract painting featuring an “economy of form,” “fullness of color,” “neatness of surface,” and the non-relational, allover arrangement of forms on the canvas. This style of geometric abstraction refers back to the work of Josef Albers and Piet Mondrian. Artists associated with Hard-edge painting include Al Held, Ellsworth Kelly, Alexander Liberman, Brice Marden, Kenneth Noland, Ad Reinhardt, and Jack Youngerman.


Procedure:


Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna