Showing posts with label Buku Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Buku Rujukan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

BUKU TEORI SENI VISUAL DALAM BAHASA MELAYU

Bagi para pelajar IPT yang mengambil jurusan Senillukis dan Senireka di mana-mana Universiti, mencari bahan rujukan ilmiah Seni Visual dalam Bahasa Melayu  sememangnya mencabar. Buku rujukan sangat penting bagi mengenalpasti teori seni yang dapat dijadikan panduan oleh semua orang dalam industri ini.
Bagi para pelajar Seni Visual STPM pula, sebuah buku teori Seni Visual sangat penting kerana wajaran markah untuk kertas 1 lebih tinggi berbanding kertas lain.  Buku-buku rujukan di pasaran memang ada tetapi lebih kepada nota tanpa rujukan secara ilmiah justeru sebuah buku yang menepati kehendak pensyarah, guru-guru, penggubal sukatan pelajaran dan penggubal soalan peperiksan terutamanya para pelajar sendiri sangat dinantikan.

Hassan Mohd. Ghazali (HMG) tidak asing lagi sebagai penulis buku rujukan Seni Visual sejak tahun 80an hingga kini. Sumbangan beliau sangat besar dalam dunia Pendidikan Seni Visual hinggakan Bilik-bilik Seni tentunya mempunyai koleksi buku-buku beliau. Kini, HMG bergiat cergas sebagai salah seorang ahli panel penggubal sukatan dan soalan Seni Visual STPM. Sebagai menyahut keluhan guru-guru dan para pelajar Seni Visual STPM yang perlukan bahan ilmiah Seni Visual di dalam Bahasa Melayu, HMG telah menghasilkan buku SENI VISUAL .






Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB seperti butir di bawah:
 
Bank     : CIMB
Nombor Akaun :  05110003318208
Bayaran : RM48
 
Selesai transaksi, sms butir-butir seperti Nama, Alamat Pos, Bilangan Buku dan Bayaran, Tarikh Transaksi dan sms ke 0192695642. Pos adalah percuma hanya untuk anda!

Monday, March 12, 2012

BUKU UKIRAN BATU



Buku bertajuk Ukiran Batu oleh pengarca  Rosli Zakaria baru saja cikgu beli minggu lepas.  mestilah sebab ada kena mengena dengan ARCA AWAM. Buku ni merupakan catatan pengalaman penulis menghasilkan arca awam bersempena Simposium  Arca  Antarabangsa kali ketiga    di Hue, Vietnam.


Buku ini dimulakan dengan pensejarahan arca batu dan seterusnya 
kaedah penghasilan arca batu yang terperinci. Membaca buku ini dapat memahamkan kita mengenai proses penghasilan arca awam dlm konteks arca daripada batu.

mereka yang berminat membeli buku ini boleh hubungi cikgu di facebook Noraida Radot. berikut butir pembelian:

HARGA BUKU : RM38.00
KOS PENGEPOSAN SEMENANJUNG  MALAYSIA : RM5.00
kalau di Sabah dan Sarawak, cikgu tak pasti tp RM8.00 ok kut.

Bank in ke akaun AMBANK no akaun 038 002 009646 3 . Kalau anda dr bank berbeza, pg kat kaunter bank dan cakap nk transfer wang ke akaun ambank.
Melalui WANG POS boleh juga atas nama NORAIDA AHMAD