Dalam ruangan ini, cikgu nak bincang sikit mengenai mentaliti pelajar-pelajar Melayu dan ibu bapa mereka yang menganggap masuk IPTA atau IPTS lebih baik daripada naik ke Tingkatan Enam. Cikgu akan buktikan bahawa sambung belajar ke Tingkatan Enam lebih menguntungkan daripada pergi buat Diploma.
Semasa masih pelajar, cikgu juga tak pernah berangan-angan nak naik ke Tingkatan Enam. Dapat ja result SPM, mohon Diploma in Art & Design ITM Shah Alam. Naik keretapi dari Butterworth, Penang ke K.L untuk temuduga di ITM Shah Alam. Sementara tunggu panggilan, pegi sekolah naik Tingkatan Enam. Kalau tak sekolah, takut kena pinang pulak..
Frust menonggeng tak dapat tawaran Diploma Art & Design. Separuh hati ja duduk form six kat sekolah. Bulan November mohon lagi untuk January intake. Kali ni pegi temuduga di Perlis, tak dapat juga. Bila naik Tingkatan Enam Atas, lepas bayar yuran periksa, (dulu tak percuma cam sekarang) pegi kerja dengan makcik di Penang. Ingatkan jadi cashier kat kantin sebuah kolej, rupanya kena jadi orang dapur dan waitress. Bagusnya, itu pengalaman berguna bila dah kahwin, sebab pandai masak...
Kali ketiga dapat tawaran pegi temuduga lagi; kursus yang sama! Kali ni temuduga kat Penang ja. Cikgu dah nekad, ini kali terakhir cikgu mohon. Kalau tak dapat jugak, cikgu nak ambik balik STPM belajar sendiri. Tapi cikgu perasan ada satu soalan yang ditanya dalam ketiga-tiga interview tu; iaitu "sekarang buat apa?"
Oleh kerana cikgu ni orang yang berintergiti, dua kali interview cikgu jawab belajar di Tingkatan Enam dan yang terakhir of course cikgu jawab "tolong makcik jual mee dan sate di Gurney Drive".. ikhlas ja jawapan tu.
Sementara tunggu jawapan ITM, cikgu ambik juga periksa STPM tu sebab dah bayar! Tapi kerja kursus untuk subjek Seni tak hantar. Tup tup! Dapat pulak tawaran ITM tu! Alhamdulillah... macam mimpi ja sebab kena tunggu setahun lebih baru dapat menjejak kaki ke IPTA. Itu la ceritanya beria-ia nak buat diploma seni... tak ada cikgupun yang nak cakap lebih baik ambik STPM dari diploma.
Cikgu bukan nak cakap cikgu menyesal pegi buat diploma seni di ITM. Nasib cikgu baik sebab diploma seni di ITM masa tu, setaraf ijazah atau Diploma Lanjutan. Masa tu peduli apa. Yang penting masuk IPTA. Tapi sekarang lain dik oii.. Lepasan SPM pegi UiTM, buat Diploma la jawabnya. Dah tak sama dah...
Oleh kerana diploma yang cikgu dapat tu setaraf ijazah, dapat la sambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di maktab. Bila jadi cikgu, dapat gaji ijazah walaupun kurang daripada cikgu yang ada Ijazah dengan Kepujian... Kalau gaji diploma, mesti lagi sikit. Lagipun sekarang ni, IPTS bercambah-cambah keluarkan graduan diploma. Semua orang ada diploma...
Nak dijadikan cerita, masa first semester di ITM, dapat result STPM yang cikgu ambik tapi tak belajar tu. Wow! Bahasa Melayu Kertas 1 dapat 1, Kertas 2 (sastera dapat 6) jadinya Prinsipal B. Sejarah Asia Tenggarapun dapat 1 dan Sejarah Islam 6; dah dua Prinsipal B. Pengajian Am dapat Prinsipal D (zaman dulu D tu masih lagi prinsipal) dan Ekonomi lulus sebahagian. Subjek lukisan dapat X sebab tak hantar kerja kursus.
Oleh kerana betapa susah payahnya cikgu nak dapat ITM, cikgu takda la mohon "U". Lagipun seronok di ITM. Tapi sekarang, cikgu terfikir, kenapa kita takut naik Tingkatan Enam? Semua orang kata Tingkatan Enam tu susah... susah nak lulus, macam mana nak mohon "u"?
Tahun lepas, anak sedara cikgu di Kelang dapat 7A SPM, tak dapat tawaran matrik atau diploma. Frust dan nak kerja. Cikgu marah dia dan mak dia sekali. Takkan la SPM 7A takut nak ambik STPM? Kalau rasa aliran Sains tu susah, tukar la ke subjek kemanusiaan. Akhirnya dia sambung juga Tingkatan Enam. Dah habis exam pun 10 Disember hari tu...
Kalau korang ditawarkan matrikulasi, korang pegi la. Jangan nak stay Tingkatan Enam pulak.
Atau kalau korang anak orang kaya, lepas buat diploma tak ada masalah kewangan nak sambung ijazah, pun elok korang pegi buat diploma. Atau korang tak kisah belum kerja lagi dah ada hutang PTPTN RM50,000.00; pun korang pegi la buat diploma.
Cikgu cuma nak cakap, kalau korang tak dapat matrikulasi atau bukan anak orang kaya atau tak sanggup bayar hutang yang boleh beli kereta sebuah... korang pilihlah Tingkatan Enam. Jangan malu ke Tingkatan Enam sebab peluang buat ijazah lebih besar daripada orang yang ada diploma. Pelajar Melayu malas naik Tingkatan Enam sebab tak nak pakai baju sekolah, terikat peraturan sekolah dan tidak bebas. Tingkatan Enam tak grand...
Cikgu nak bagitau, ada banyak kebaikan anda pilih Tingkatan Enam daripada diploma.
Yang pertama, jimat kos nak buat ijazah. Pergi sekolah mana ada kos. Tak payah bayar sewa rumah, makan mak ayah tanggung, siap dapat duit belanja sekolah lagi. Tak payahlah berhutang sana-sini macam orang buat diploma....
Ada satu cerita lagi. Sekarang ni, ada ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah. Ada salah seorang cikgu GSTT seni yang cikgu kenal. Dia mengaku pada cikgu, rugi dia buat diploma seni di ITM Melaka dulu. Sebabnya, bila nak sambung ijazah, mak dia kata , kerja dulu kumpul duit sebab mak dah tak ada duit . Bila kerja dulu, dah kahwin, mengandung... apa chance nak buat ijazah? Lagipun, katanya, buat diplomapun banyak guna duit dan sama susah macam nak buat ijazah.
Sedih tengok orang-orang Melayu, baru nak pegi buat diploma dah seronok, dah hebat sangat dah. Kalau naik Tingkatan Enam, seolah-olah anak tu tak ada peluang nak ke universiti. Rasa membazir masa dan duit. Eh! Tolongla... buang la minda yang lapuk tu!
Cukup dulu untuk kali ni. lain kali cikgu nak beritahu kelebihan pelajar ambil subjek Seni Visual STPM pula. Jumpa lagi.