Ahad, 20 Disember 2009

Tingkatan Enam lebih baik dari Diploma

Dalam ruangan ini, cikgu nak bincang sikit mengenai mentaliti pelajar-pelajar Melayu dan ibu bapa mereka yang menganggap masuk IPTA atau IPTS lebih baik daripada naik ke Tingkatan Enam. Cikgu akan buktikan bahawa sambung belajar ke Tingkatan Enam lebih menguntungkan daripada pergi buat Diploma.

Semasa masih pelajar, cikgu juga tak pernah berangan-angan nak naik ke Tingkatan Enam. Dapat ja result SPM, mohon Diploma in Art & Design ITM Shah Alam. Naik keretapi dari Butterworth, Penang ke K.L untuk temuduga di ITM Shah Alam. Sementara tunggu panggilan, pegi sekolah naik Tingkatan Enam. Kalau tak sekolah, takut kena pinang pulak..

Frust menonggeng tak dapat tawaran Diploma Art & Design. Separuh hati ja duduk form six kat sekolah. Bulan November mohon lagi untuk January intake. Kali ni pegi temuduga di Perlis, tak dapat juga. Bila naik Tingkatan Enam Atas, lepas bayar yuran periksa, (dulu tak percuma cam sekarang) pegi kerja dengan makcik di Penang. Ingatkan jadi cashier kat kantin sebuah kolej, rupanya kena jadi orang dapur dan waitress. Bagusnya, itu pengalaman berguna bila dah kahwin, sebab pandai masak...

Kali ketiga dapat tawaran pegi temuduga lagi; kursus yang sama! Kali ni temuduga kat Penang ja. Cikgu dah nekad, ini kali terakhir cikgu mohon. Kalau tak dapat jugak, cikgu nak ambik balik STPM belajar sendiri. Tapi cikgu perasan ada satu soalan yang ditanya dalam ketiga-tiga interview tu; iaitu "sekarang buat apa?"

Oleh kerana cikgu ni orang yang berintergiti, dua kali interview cikgu jawab belajar di Tingkatan Enam dan yang terakhir of course cikgu jawab "tolong makcik jual mee dan sate di Gurney Drive".. ikhlas ja jawapan tu.

Sementara tunggu jawapan ITM, cikgu ambik juga periksa STPM tu sebab dah bayar! Tapi kerja kursus untuk subjek Seni tak hantar. Tup tup! Dapat pulak tawaran ITM tu! Alhamdulillah... macam mimpi ja sebab kena tunggu setahun lebih baru dapat menjejak kaki ke IPTA. Itu la ceritanya beria-ia nak buat diploma seni... tak ada cikgupun yang nak cakap lebih baik ambik STPM dari diploma.

Cikgu bukan nak cakap cikgu menyesal pegi buat diploma seni di ITM. Nasib cikgu baik sebab diploma seni di ITM masa tu, setaraf ijazah atau Diploma Lanjutan. Masa tu peduli apa. Yang penting masuk IPTA. Tapi sekarang lain dik oii.. Lepasan SPM pegi UiTM, buat Diploma la jawabnya. Dah tak sama dah...

Oleh kerana diploma yang cikgu dapat tu setaraf ijazah, dapat la sambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di maktab. Bila jadi cikgu, dapat gaji ijazah walaupun kurang daripada cikgu yang ada Ijazah dengan Kepujian... Kalau gaji diploma, mesti lagi sikit. Lagipun sekarang ni, IPTS bercambah-cambah keluarkan graduan diploma. Semua orang ada diploma...

Nak dijadikan cerita, masa first semester di ITM, dapat result STPM yang cikgu ambik tapi tak belajar tu. Wow! Bahasa Melayu Kertas 1 dapat 1, Kertas 2 (sastera dapat 6) jadinya Prinsipal B. Sejarah Asia Tenggarapun dapat 1 dan Sejarah Islam 6; dah dua Prinsipal B. Pengajian Am dapat Prinsipal D (zaman dulu D tu masih lagi prinsipal) dan Ekonomi lulus sebahagian. Subjek lukisan dapat X sebab tak hantar kerja kursus.

Oleh kerana betapa susah payahnya cikgu nak dapat ITM, cikgu takda la mohon "U". Lagipun seronok di ITM. Tapi sekarang, cikgu terfikir, kenapa kita takut naik Tingkatan Enam? Semua orang kata Tingkatan Enam tu susah... susah nak lulus, macam mana nak mohon "u"?

Tahun lepas, anak sedara cikgu di Kelang dapat 7A SPM, tak dapat tawaran matrik atau diploma. Frust dan nak kerja. Cikgu marah dia dan mak dia sekali. Takkan la SPM 7A takut nak ambik STPM? Kalau rasa aliran Sains tu susah, tukar la ke subjek kemanusiaan. Akhirnya dia sambung juga Tingkatan Enam. Dah habis exam pun 10 Disember hari tu...

Kalau korang ditawarkan matrikulasi, korang pegi la. Jangan nak stay Tingkatan Enam pulak.
Atau kalau korang anak orang kaya, lepas buat diploma tak ada masalah kewangan nak sambung ijazah, pun elok korang pegi buat diploma. Atau korang tak kisah belum kerja lagi dah ada hutang PTPTN RM50,000.00; pun korang pegi la buat diploma.

Cikgu cuma nak cakap, kalau korang tak dapat matrikulasi atau bukan anak orang kaya atau tak sanggup bayar hutang yang boleh beli kereta sebuah... korang pilihlah Tingkatan Enam. Jangan malu ke Tingkatan Enam sebab peluang buat ijazah lebih besar daripada orang yang ada diploma. Pelajar Melayu malas naik Tingkatan Enam sebab tak nak pakai baju sekolah, terikat peraturan sekolah dan tidak bebas. Tingkatan Enam tak grand...

Cikgu nak bagitau, ada banyak kebaikan anda pilih Tingkatan Enam daripada diploma.
Yang pertama, jimat kos nak buat ijazah. Pergi sekolah mana ada kos. Tak payah bayar sewa rumah, makan mak ayah tanggung, siap dapat duit belanja sekolah lagi. Tak payahlah berhutang sana-sini macam orang buat diploma....

Ada satu cerita lagi. Sekarang ni, ada ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah. Ada salah seorang cikgu GSTT seni yang cikgu kenal. Dia mengaku pada cikgu, rugi dia buat diploma seni di ITM Melaka dulu. Sebabnya, bila nak sambung ijazah, mak dia kata , kerja dulu kumpul duit sebab mak dah tak ada duit . Bila kerja dulu, dah kahwin, mengandung... apa chance nak buat ijazah? Lagipun, katanya, buat diplomapun banyak guna duit dan sama susah macam nak buat ijazah.

Sedih tengok orang-orang Melayu, baru nak pegi buat diploma dah seronok, dah hebat sangat dah. Kalau naik Tingkatan Enam, seolah-olah anak tu tak ada peluang nak ke universiti. Rasa membazir masa dan duit. Eh! Tolongla... buang la minda yang lapuk tu!

Cukup dulu untuk kali ni. lain kali cikgu nak beritahu kelebihan pelajar ambil subjek Seni Visual STPM pula. Jumpa lagi.

Mural 2009 (day 3, 4 and siap akhirnya.. )


Kenapa kena buat post baru? Sebabnya post mural hari 1 dan 2 tu, banyak sangat masalah nak buat. Maklumlah baru nak blajar.. tekan sana, tekan seni. Mahu 3 hari edit tuu.. Dah boring dah , tu sebab buka post baru untuk tajuk mural yang sama.....
Hari ketiga ni, rasa cam boleh siap ja... tinggal background ja sikit. Noh warnakan batang kayu, burung, dedaunan... cikgu buat background ja. Rupanya punya la letih buat background.. luas kawasan yang nak dicat. Sampai balik, baru siap 3 layer.
Pastu, kena panjat kerusi susun 3 lapis sebab tak sampai.. Nasib baik tak jatuh.... Tak pasal-pasal ada buah nangka busuk luruh kat situ... ahaks. Kita orang buat dari pukul 10 pagi sampai 2.30 petang berbekalkan air hundred plus ngan bun sambal Gardenia.. hu..hu...
Satu lagi, hari ni ada pengkritik seni. Kakak-kakak yang kerja kat sekolah tu duduk-duduk tengok lepas pukul dua masuk kerja. Kena la juga menjawab pasal burung tu tak lawa... yang sbonanya tak siap lagi! Mata , bulu belum buat lagi. Bak kata Noh, "lenteng kang".. cikgupun tak tau lenteng tu apa sebab cikgu bukan orang Nogori Sombilan!










17 Disember 2009 ( Khamis).

Kalau dapat siapkan hari ni bagus jugak tapi tak dapat siap jugak. Hari ni Noh warna batang kayu, burung, dedaunan... Cikgu warnakan latar saja tapi punya la penat sebab besar sangat kawasannya. Kena panjat kerusi lagi... nasib baik tak jadi nangka busuk.. ahak,ahak.

Hari Jumaat cuti Maal Hijrah, kita orangpun cuti gak sampai Ahad. Hari keempat buat mural ialah pada Isnin 21 Disember. Hari Selasa Noh nak pegi memetik buah kelapa sawit. Cuti lagi. Hari Isnin tu, cikgu pegi klinik jadi Noh buat sorang-sorang. Kesian dia. Kalau ramai anak murid cam Noh ni kan bagus. Cikgu-cikgu akan lebih bermotivasi.

Hari Rabu 23 Disember baru cikgu tolong Noh. Tu pun, setakat repair air, dedaunan (sebelah kanan mural) dan buat ikan dua tiga ekor... he,he. Noh jugak siapkan mural. Cikgu ni ibarat sumber inspirasi la konon-kononnya. Hari Khamis, keluar result PMR. Cikgu dah pakai kasut tinggi pegi sekolah, takda la nak buat mural lagi. Noh jugak sorang-sorang buat. Anak cikgu ambik result PMR. Alhamdulillah dapat 5A. Tak tau la dia nak pi sekolah mana lepas ni. Dah mohon sekolah vokasional pengurusan ladang atau lanskap. Tapi cikgu cakap, habis SPM (V) kena naik form six jugak; baru masuk u.

K lah... kat bawah ni ada gambar-gambar dari hari keempat hingga siapnya mural. Kat tengah tu memang sengaja dikosongkan. Stail... Tak nak buat tulisan, semak. Sekarang ni kan generasi visual, buat la kritikan seni sendiri ya.


Hari keempat ni, Noh touch-up background. Cikgu suka bila dia buat bayang pokok-pokok tu, ada unsur rupa positif dan negatif. Jadinya, yang tengah tu sengaja dikosongkan...


Yang ni gambar hari kelima. Kita orang guna tali untuk luruskan air. Noh siapkan burung, cikgu tambah ikan dan daun-daun sebelah kanan mural.



Kedudukan mural di kawasan Tapak Perhimpunan Sekolah. Alang-alang nak buat mural, biar la semua orang nampak. Camnapun, kat Bilik Seni, cikgu berangan nak buat lukisan gaya grafiti... baru cool..

Inilah mural yang 95% siap... Yang 100% siap ada alamat blog ni dan nama Noh...

Khamis, 17 Disember 2009

Mural 2009 (day 1 & 2)

Mural ni asalnya nak buat lepas habis Final Year Exam. Tup-tup sibuk pulak dengan pelbagai aktiviti ko kurikulum. Sukan Sekolah pun hujung tahun jugak. Panitia Seni Visual pun buat program lepas peperiksaan; Program Inspirasi Seni Visual 2009.

14 Disember 2009

















Firstly, buat under painting dulu. Kita tak guna pensil, tapi
terus guna warna dan berus untuk melukis. Biasanya
guna ultramarine blue atau yellow ochre untuk buat
under painting ni.

Mural ni termasuk dalam aktiviti program tu la. Pelajar yang aku harap sangat buat mural ni nama dia Mohd. Noh dari 6 Rendah Adil. Memang dasat dia ni. Tapi dek kerana sibuk dengan program, beli barang, buat stok panitia, mural yang dah siap tu tak berapa menjadi. Aku pulak kena jaga STPM.

15 Disember 2009
Sepatutnya, warnakan latar belakang dulu.. tapi
cikgu tak sabar-sabar nak colour batu besar tu,..
Mula-mula, letak warna gelap dulu untuk
keseluruhan batu. Jangan guna warna hitam,
sebab warna akan mati jika guna hitam.
Cikgu camprkan merah dan biru supaya jadi
purple colour. Campur la hijau sikit ka..

Habis ja jaga peksa, Noh sms ajak buat balik mural yang tak menjadi tu.. So, sotart daripada 14 Disember hari tu, kita orang mulakan projek mural ni. Seronok jugak sebab tak ramai pengkritik seni yang lalu lalang kat situ. Maklumlah cuti skola... Fikiran pun tenang nak mewarna. Kalau time skola tu, macam-macam nak fikir..
Bila tengok dekat, baru nampak sebenaqnya hanya merupakan palitan-palitan warna saja.

to be continued....












Rabu, 16 Disember 2009

Kolokium dan Pameran Seni Visual 2009







LAPORAN KOLOKIUM DAN PAMERAN SENI VISUAL 2009
PANITIA SENI VISUAL
SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)


1. Nama Aktiviti : KOLOKIUM DAN PAMERAN SENI VISUAL 2009
2. Tempat : DEWAN ZA’BA, SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
3. Tarikh : 29 SEPTEMBER 2009

4. Kehadiran :

1. Pn. Radziah bt. Abdul Manap
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu

2. Tn. Hj. Kamaruddin b. Ibrahim
Pengetua Cemerlang SMK Batu Kikir (Model Khas)

3. En. Mohd. Nor b. Awaluddin
Penyelia 2 (Kemasyarakatan), JPNS

4. En. Putra b. Hashim
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu (Kemanusiaan)

5. Pengurusan dan Pentadbitan SMK Batu Kikir (Model Khas)

6. En. Alias b. Md. Zain
Penyelaras Tingkatan Enam
SMK Batu Kikir (Model Khas)

7. Pn. Nazlee bt. Mohd. Nor
Guru Tingkatan Enam (Ko Kurikulum)
SMK Batu Kikir (Model Khas)

8. Guru-guru Tingkatan Enam
SMK Batu Kikir (Model Khas)

9. Guru-guru Tingkatan Enam

Tn. Hj. Shamsir b. Md. Zain
SMK Tinggi Port Dickson, Daerah Port Dickson

Pn. Rusliyah
SMK Mantin, Daerah Seremban

En. Abdul Ghani
SMK Dato’ Undang Musa Al Haj, Daerah Jelebu,

Cik Noranida Maarof
SMK Dato’ Abdul Samad, Daerah Kuala Pilah
10. Pelajar – pelajar Tingkatan Enam
SMK Batu Kikir (Model Khas)

11. Wakil Pelajar Tingkatan Enam Rendah dari
SMK Tinggi Port Dickson
SMK Mantin
SMK Dato’ Undang Musa Al Haj
SMK Dato’ Abdul Samad, Tanjong Ipoh


AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

1. Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Pn. Radziah bt. Abdul Manap, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu
2. Pameran Projek Penghasilan Karya oleh para pelajar 6AA SMK Batu Kikir (Model Khas)
3. Ceramah bertajuk ”Seni Visual: Ruang dan Peluang dalam Pendidikan” oleh Pn. Noraida binti Ahmad, guru Seni Visual , SMK Batu Kikir (Model Khas)
4. Pembentangan kertas kerja (folio) bertemakan WAJA oleh Saudari Nurusy Shuhada dari 6 Atas Adil . rujuk http://www.scribd.com/doc/26886613/Presentation-Folio-Seni-Visual-STPM-Nurusy
5. Pembentangan kertas kerja (folio) bertemakan WAJA oleh Saudari Hayati binti Salleh dari 6 Atas Adil
6. Pembentangan kertas kerja (folio) bertemakan GELOMBANG oleh Saudari Anis Syazwani dari 6 Atas Adil. lihat di http://www.scribd.com/doc/23924826/Presentation-Folio-Kerja-Kursus-Seni-Visual-STPM-2009
7. pemberian cd percuma mengandungi persembahan power point pembentangan kertas kerja pelajar kepada setiap sekolah yang menyertai program ini.http://www.scribd.com/doc/24338557/Presentation-Projek-Penghasilan-Karya-STPM-tema-WAJA