Khamis, 30 Disember 2010
TERIMA KASIHHH.....!!!
Jumaat, 24 Disember 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Sabtu, 4 Disember 2010
Kertas 2 SPM
Karya para pelajar yang dipaparkan di bawah adalah hasil bimbingan guru Hjh Azizah bt. Ismail yang kini mengajar di SMK Taman Indah, Tampin , Negeri Sembilan. Gambar-gambar ini diambil semasa program ‘Begholek Godang’ SENI RUPA Malaysia pada 28 dan 29 September lalu. Terima kasih diucapkan kepada Hjh azizah dan guru-guru yang sudi berkongsi ilmu .
Khamis, 2 Disember 2010
Rabu, 1 Disember 2010
Kritikan Seni Visual (mengikut 4 Tahap Strategi Kritikan Seni)
KRITIKAN SENI VISUAL
-DESKRIPSI
Karya bertajuk "Flora Keris Melayu Sakti" oleh Mohd Mustafa Mohd Ghazali memaparkan imej keris dengan menggunakan media campuran.
-ANALISIS
Karya ini berbentuk arca timbulan dan menggunakan pelbagai media campuran dalam penghasilan karya. Unsur-unsur seni yang di tonjolkan dalam karya adalah rupa dan jalinan, manakala prinsip rekaan yang diaplikasikan memaparkan harmoni, kesatuan, kepelbagaian, imbangan, dan penegasan.
-INTERPRETASI
Karya "Flora Keris Melayu Sakti" cuba mengangkat seni tradisi orang-orang Melayu melalui senjata keris. Dalam seni tradisi, keris mempunyai fungsi yang pelbagai termasuklah alat mempertahankan diri sebagai senjata peperangan, taraf hidup dan pangkat serta digunakan dalam perubatan tradisional.
Kini, fungsi keris semakin diketepikan. Ia tidak lagi relevan dengan dunia teknologi dan digital. Fungsinya sangat terhad dan kadang-kadang hanya tersimpan di dalam peti buruk. Hanya mereka yang berilmu akan menghargainya.
Mohd Mustafa Ghazali melalui karyanya, memaparkan imej keris dalam konteks yang boleh diterima kini. Ia bukan lagi untuk digunakan sebagai senjata peperangan atau alat mempertahankan diri, sebaliknya karya "Flora Keris Melayu Sakti" mengupas isu-isu berkaitan jati diri seorang Melayu moden.
Karya ini menonjolkan motif-motif flora keris dalam bentuk berjalinan. Hulu keris yang asalnya berbentuk 3 Dimensi diolah menjadi motif berupa 2 Dimensi serta dihiasi dengan jalinan corak pada hulu keris dan keris itu sendiri.
Karya mengaplikasikan prinsip imbang tidak simetri, dan jalinan corak yang berulang-ulang mewujudkan kesan harmoni dan kesatuan. Pengkarya mungkin cuba mengupas isu jati diri dan penyatuan masyarakat Melayu yang dilihat semakin berpecah belah.
Kepelbagaian media campuran dalam penghasilan karya ini memaparkan nilai estetik yang tinggi melalui teknik-teknik penghasilan karya.
-PERTIMBANGAN
Karya "Flora Keris Melayu sakti" oleh Mohd Mustafa Ghazali Berjaya mengupas isu-isu berkaitan jati diri orang-orang Melayu. Beliau juga mentransformasikan seni tradisi Melayu lama menjadi sebuah karya arca timbulan seni pasca moden yang sarat dengan falsafah kemelayuannya.
Cth surat mohon sumbangan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU KIKIR
(MODEL KHAS)
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KOD SEKOLAH: NEE 6002
TEL : 06-4981393 FAX : 06-4982620
Ruj Kami : Bil ( ) dlm
Tarikh : 3 September 2010.
...............................
...............................
...............................
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN PROGRAM 'BEGHOLEK GODANG' SENI RUPA MALAYSIA SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS).
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu Kikir (Model Khas) akan mengadakan program 'Begholek Godang' Seni Rupa Malaysia bagi memberikan pemantapan pengetahuan mengenai ilmu Seni Visual kepada pelajar-pelajar di Negeri Sembilan melalui pameran hasil kerja pelajar terpilih:
Tarikh : 28 dan 29 September 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 9.00 – 5.00 petang
Tempat : Dewan Za'ba, SMK Batu Kikir (Model Khas)
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan sumbangan ikhlas agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk cek atas nama BENDAHARI PIBG SMKBK.
4. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program ini untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan..
6. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Contoh surat panggil mesyuarat
Kepada;
Jawatankuasa Kerja,
(seperti di Lampiran)
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM Begholek Godang
SENI RUPA MALAYSIA TAHUN 2010.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berkaitan perkara ini dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2010
MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN
3. Kehadiran tuan-puan ke mesyuarat ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih,
Yang benar
LAMPIRAN
BIL | AJK | CATATAN |
Pengerusi / Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi | Pengetua / Penolong Kanan Akademik Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Ko-Kurikulum Penolong Kanan Tingkatan Enam | |
Penyelaras Program | Hjh. Habibah bt. Omar Ketua Bidang Kemanusiaan Pn. Nazlee bt. Md. Nor GPK Ko Ko T.6 | |
Setiausaha dan Penolong setiausaha | Pn. Norazleen bt. Mohamad Pn. Noraida bt. Ahmad | |
Bendahari | Pn. Norulhuda bt. Muhamad. | |
Urusetia | Cik Aida Irena bt. Rasdi | |
Pengacara Majlis Perasmian | Pn. Bhinecawaty bt. Hamzah Cik Azlinda Abd. Rahman | |
Pelancaran Perasmian | En. Nurul Azwan b. Abdullah Pn. Norzita bt. Kamaruddin | |
Bacaan Doa | Ust. Mohmad bin Mustafa | |
Sambutan | Pengurusan dan Pentadbiran | |
Jamuan | Puan Zainiah bt. Sharif Pn. Salina Ramli | |
Persiapan Tempat Dan Hiasan Pentas | En. Abu Kasim b. Abdul Hamid En. Baharuddin b. Sidek Pn. Hafizah Md. Nor | |
Dokumentasi | En. Abu Zarin Yasin Cik Nor Filzah bt. Ibrahim | |
Backdrop, pas petugas dan Buku Program | Pn. Noliza Md. Dom | |
PA Sistem | En. Muhammad Shuhaimi b. Shamsudin | |
Sijil dan Cenderahati | Pn. Norfaza bt. Ahmad (sijil) Pn Tengku Nur Ayuni bt. Tuan Aziz (cenderahati) | |
Pameran STPM | Pn Noraida Ahmad Pn. Norhafida Hamdan | |
Pameran SPM | Pn Tg Nur Ayuni Tuan Aziz Pn. Siti Balkith bt. Abdul Khalid | |
Pertandingan Dan Pameran Bakat Muda | Cik Aida Irena bt. Rasdi Cik Aniza bt. Malip | |
Pertandingan Dan Pameran Bakat Pendidik | Cik Norlizayu bt. Hamthan Cik Aida bt. Mohd. Zahari | |
Teratak Kraftangan (Batik) | Persatuan Seni Kreatif | |
Teratak Kraftangan (Anyaman) | Persatuan Seni Kreatif | |
Kaunter Pembayaran | Pn. Norul Huda bt. Muhamad | |
Bengkel Melukis Kartun dan Jualan Majalah | Pn. Azimah bt. Yusof | |
Pengerusi Majlis Bicara Seni | Tn. Hj. Azlan b. Arshad | |
Pendaftaran | Pn. Dayang Salawati bt. Noran | |
Keselamatan dan Disiplin | En. Khairul Izwan b. Zainordin En. Norhamdi Kamarudin | |
Penginapan termasuk makan minum Pelajar UiTM | Tn. Hj. Abd. Rahman Pn. Khadijah Pn. Khuzaina | |
Publisiti dan seranta | En. Razis bin Abd. Razak En. Borhan b. Dolah |
Contoh surat pinjam softboard
Rujukan Kami:
20 September 2010
Kepada,
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Jempol,
N. Sembilan .
Tuan,
PERMOHONAN MEMINJAM PAPAN PAMERAN (SOFTBOARD) UNTUK KEGUNAAN
PROGRAM 'BEGHOLEK GODANG' SENI RUPA MALAYSIA TAHUN 2010.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu Kikir (Model Khas) akan mengadakan program 'Begholek Godang' Seni Rupa Malaysia bagi memberikan pemantapan pengetahuan mengenai ilmu Seni Visual kepada pelajar-pelajar di Negeri Sembilan melalui pameran hasil kerja pelajar terpilih:
3. Pinjaman ini adalah untuk tujuan Program
'Begholek Godang'
Seni Rupa Malaysia. Berikut adalah butir-butir pinjaman:
a. Tarikh pinjaman : 27 September 2008 (2.30 petang) hingga
30 September 2008 (8.30pagi)
b. Tempat : Dewan ZA'BA
c. Bilangan : 10 unit 6' X 3'
10 unit 2' x 2'
4. Bagi tujuan keselamatan , kami berharap pihak tuan dapat menguruskan penghantaran, pemasangan dan pemulangan bahan .
5. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian untuk perhatian dan tindakan tuan
Yang benar,
Contoh surat jemput perasmian
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU KIKIR
(MODEL KHAS)
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KOD SEKOLAH: NEE 6002
TEL : 06-4981393 FAX : 06-4982620
Tuan Pegawai Pelajaran
Daerah Jempol dan Jelebu,
Pejabat Pendidikan Daerah ,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tuan,
PERASMIAN PROGRAM "BEGHOLEK GODANG SENI RUPA MALAYSIA" TAHUN 2010.
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan Pegawai Pelajaran Daerah untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Program "Begholek Godang Seni Rupa Malaysia" peringkat SMK Batu Kikir (Model Khas) yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 28 September 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Za'ba, SMK Batu Kikir (Model Khas)
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk menyempurnakan perasmian majlis seperti yang tercatat di atas.
5. Bersama-sama ini juga disertakan aturcara majlis untuk makluman tuan .
6. Perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM "BEGHOLEK GODANG SENI RUPA MALAYSIA"
PERINGKAT SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
______________________________________________________________
TARIKH : 28 SEPTEMBER 2010
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN ZA'BA , SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
DIRASMIKAN OLEH : Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu
10.00pagi : Ketibaan Ibu Bapa dan Penjaga,
10.15 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu jemputan
11.00 pagi : Ketibaaan
Tuan Mohd. Sah bin Zainal Abidin
Pegawai Pelajaran Daerah Jempol & Jelebu
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Ucapan pengacara majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan
Tn. Hj. Kamaruddin b. Ibrahim
Pengetua Cemerlang
SMK Batu Kikir (Model Khas)
: Ucapan Perasmian
Tuan Mohd. Sah bin Zainal Abidin
Pegawai Pelajaran Daerah Jempol & Jelebu
: Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
: Lawatan ke Tapak Pameran dan Demonstrasi Seni Rupa
: Makan Tengahari
Bersurai
Bidang tugas jawatankuasa
BIDANG TUGAS JAWATAN KUASA KERJA
PROGRAM BERSAMA 'BEGHOLEK GODANG SENI RUPA MALAYSIA'
PPD JEMPOL & JELEBU DAN SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
BIL | AJK | BIDANG TUGAS | CATATAN |
Pengerusi / Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi |
| Pengetua / Penolong Kanan Akademik Penolong Kanan Tingkatan Enam | |
Penyelaras Program |
| Hjh. Habibah bt. Omar Ketua Bidang Kemanusiaan
Pn. Nazlee bt. Md. Nor GPK Ko Ko T.6 | |
Setiausaha dan Penolong setiausaha |
| ||
Bendahari |
| ||
Urusetia |
| ||
Pengacara Majlis Perasmian |
| ||
Pelancaran Perasmian |
| ||
Bacaan Doa |
| ||
Sambutan |
| ||
Jamuan |
| ||
Persiapan Tempat Dan Hiasan Pentas |
| ||
Dokumentasi |
| ||
Backdrop, pas petugas dan Buku Program |
| ||
PA Sistem |
| ||
Sijil dan Cenderahati |
| ||
Pameran STPM |
| ||
Pameran SPM |
| ||
Pertandingan Dan Pameran Bakat Muda |
| ||
Pertandingan Dan Pameran Bakat Pendidik |
| ||
Teratak Kraftangan Malaysia |
| ||
Teratak Persatuan Seni Kreatif |
| ||
| |||
Bengkel Melukis Kartun dan Jualan Majalah |
| ||
Pengerusi Majlis Bicara Seni |
| ||
Pendaftaran |
| ||
Keselamatan dan Disiplin |
| ||
Penginapan termasuk makan minum Pelajar UiTM |
| ||
Publisiti dan seranta |
|