Khamis, 21 November 2013
LATIH TUBI PENGGAL 2 LUKISAN
Jangan fikir lukisan tu senang sangat, boleh conteng-conteng dan pakat dok gelak lukisan sendiri. Ada dalam kalangan calon yang tak mahir melukis sebab bukan hobi dia melukis dari kecik. Jadinya, gunakan masa cuti penggal ni untuk melukis setiap hari. Ada pautan-pautan dalam blog ni yang anda boleh tiru lukisannya sebagai satu bentuk latihan. Klik saja pada pautan dengan label LATIH TUBI KERTAS 2 (TUGASAN MASA CUTI) di sebelah kanan blog ni. Boleh juga download dan print gambar-gambar tu .
Kalau memang tak pandai lukis langsung, cikgu sarankan korang mula dengan lukisan struktur
dan rangka dulu. tak payah shading dulu. Kenalpasti bentuk-bentuk asas objek yang korang lukis.
Kadang-kadang korang akan cepat bosan melukis sebab selalunya akan "macam tak cantikkk ja"; "cam tak jadiii ja"... Tulah kelemahan korang. Cepat sangat putus asa. Lukisan yang baik tak siap dalam 10 minit. Teruskan lagi sejam dan tengok hasilnya!
Time depan tv, bawak jugak kertas dan pensil. Tangan tu conteng-conteng ja buat garisan lurus lah, bulatan lah, bujur lah, buat banyak-banyak biar terkoyak kertas tu ditindan-tindan dengan garisan. Latihan ni untuk 'lembutkan" tangan korang yang dah kematu tu. Buat 1000 kali untuk kepuasan maksimum.
Dah bosan buat garisan, ambil gambar-gambar yang didownload tu. lukis atas lukisan tu. ikut saja garisan-garisan pada gambar tu. Buat berkali-kali sampai koyak jugak gambar tu. Dah confident sikit, baru cuba lukis sendiri gambar-gambar tu. Simpan lukisan anda dan kertas conteng tu semua. Simpan dalam fail. Masuk Penggal 2 nanti, tunjuk kat cikgu betapa rajinnya anda berusaha.
Bodek cikgu di Penggal 2 supaya masa Penggal 3 nanti dapat markah lebih sebab cikgu yang bagi markah. Ha ha. Jangan percaya kata-kata di atas. Yang sebenarnya, kalau dah buat latihan yang banyak, mestilah ada peningkatan kemahiran, mesti la lukisan dah cantik jadinya Penggal 3 nanti confirm dapat A!
Selamat berusaha!
Selasa, 10 September 2013
Contoh format kertas kerja terbaru 2013
Kertas Kerja Pesta Buku Batu Kikir by Noraida Ahmad
Isnin, 9 September 2013
Persiapan Pameran Seni Visual STPM 2013
Pertama - Lantik Jawatankuasa kerja yang terdiri daripada calon-calon Seni Visual STPM 2013. Semua calon perlu terlibat. Berikut adalah contoh kertas kerja yang mengandungi perincian tugasan kepada semua AJK. Perincian tugasan ini penting supaya AJK faham bidang kuasa mereka dan tidak bertindan antara satu sama lain.
J/K Buku Program
2. Contoh katalog Pameran
Selasa, 25 Jun 2013
Cadangan Kertas Cadangan Pengkaryaan soalan 1
1.1 Pernyataan permasalahan Kajian
1.1.1-Taip balik soalan dn kehendak soalan
1.1.2- definisi
i- Bandar,ii sihat,iii bersih,iv penduduk
1.1.3 rangkumkan definisi Bandar bersih, p.ddk sihat bermaksud .......
1.2 Penentuan Tema, Subjek, Konsep dan kandungan
1.2.1 Permasalhan tema yang saya kaji adalah........
a. Nyatakan lokasi kajian anda (bandar) , gambar beserta penerangan.
b. Huraikan aktiviti berkaitan
1.2.2 subjek kajian saya adalah.... (masukkan gambar beserta penerangan)*contoh kalau
gotong- royong, masukkan gambar berkaitan gotong royong.
1.2.3 konsep-definisi berkaitan subjek yg dipilih,/ sejarah/, ciri-ciri/ , peranan.
1.2.4 kandungan-
* letak gambar berkaitan subjek kajian dan huraikan.
1.3 penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan. (40m)
1.3.1 jenis-jenis catan bahantara air
a) cat air
b) cat akrilik
c) guoche
d) tempera
e) fresko
* SEDIAKAN contoh GAMBAR dan penerangan
1.3.2 teknik-teknik catan bahantara air * google dan cari gambar sekali.
1.3.3 pengaruh karya
a)tokoh catan cat air luar negara
b) tokoh catan cat air dalam negara.
*google impressionisme, water colour painting dll
1.3.4 gaya penampilan
a. realistik
b. semi abstrak
c. abstrak
* letak gambar.
1.4 Penyataan Kepentingan Projek dari keaslian (20%)
1.5 Biliografi. (10%)
Jumaat, 21 Jun 2013
Contoh Penulisan Proposal
Kerja Kursus Sv Stpm @ Fakhrur by Noraida Ahmad
Rabu, 5 Jun 2013
Penggal 3 (Kerja Projek)
MINGGU
|
TARIKH
|
AKTIVITI
|
CATATAN
|
1
|
10-14 JUN
|
|
|
2 dan 3
|
17-28Jun
|
a.
Pelajar menuliskan idea/proposal berdasarkan tema soalan
b.
Membentangkan proposal serta perbincangan bersama guru
|
Markah BRMKCC
|
4 dan 5
|
1-12Julai
|
|
|
6 - 8
|
15-26Julai
|
-kajian motif
-kajian komposisi
|
|
9
|
29 Jul-2 Ogos
|
|
Markah BRMKCC
|
10-11
|
5-18 Ogos
|
Cuti Penggal
|
|
12-13
|
19-30 Ogos
|
|
|
14-15
|
2-15 September
|
|
|
|
17-27 September
|
|
Markah BRMKCC
|
|
2-3 Oktober
|
PAMERAN
SENI VISUAL STPM (PENYELARASAN NEGERI)
|
Markah BRMKCC
|
|
11 Oktober
|
e-submission
|
MPM
|
Khamis, 2 Mei 2013
SIRI GALERI GURU
Nampak tak lelaki pakai baju biru yang sedang melihat lukisan tu? Haa.. Beliau adalah pemilik Cerdik Publication, sebuah syarikat penerbitan yang sedang top dengan buku-buku soalan peperiksaan awam. En Redza, merupakan pengerusi kepada MBBY (Malaysia Books of Board for Young people) dan juga IBBY (international) di mana 70 buah negara menjadi ahli kepada pertubuhan yang menjadi nadi penggerak penghasilan buku kanak-kanak dan remaja.
Kalau nak tahu lebih lanjut, tanya saja kepada Google tapi cikgu sebenarnya nak cerita mengenai hasil bengkel penulisan dan illustrasi buku yang cikgu sertai pada tahun 2011 dulu. Pada masa tu, En Redza telah dijemput untuk melihat hasil bengkel mana tahu yang beliau sangat suka dan berminat untuk menerbitkan buku-buku tersebut. Alhamdulillah, pada tahun ini, Siri Galeri Guru dengan rasminya telah diterbitkan dan akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 4 Mei.
Setinggi penghargaan kepada yang berusaha Pn Yati, pelukis Yusof Gajah dan isteri Mama Zakiah, Pn Alimah Salam, En Ahmad Redza dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga terbitnya buku pertama cikgu. Harapan cikgu, lebih ramai yang berminat menjadi penulis buku kanak-kanak di Malaysia supaya rakyat Malaysia terasuh menjadi rakyat membaca sejak dari kecil lagi.
Salam, jumpa lagi
Rabu, 1 Mei 2013
Lukisan Pengkaryaan : Teknik Crosshatching
Rabu, 3 April 2013
JOM KE PESTA BUKU!
TARIKH
|
MASA
|
AKTIVITI
|
TEMPAT
AKTIVITI
|
PENYERTAAN
|
BAYARAN
|
||
13 – 16 April
(Sabtu – Selasa)
|
8.00 pg – 10.00 malam
|
·
Pameran dan
Jualan Buku
·
Teka Silang Kata
·
Kuiz 1 Malaysia
|
Dewan Za’ba
|
Terbuka
|
|
||
13 dan 14 April
(Sabtu dan Ahad)
|
9.00pagi– 5.00petang
|
·
Jualan Makanan
·
Jualan Barangan
·
Lukisan Potret
·
Bengkel dan Jualan Kraf
|
Sekitar Dewan Za’ba
|
Terbuka
|
|
||
13 April
(Sabtu)
|
9.00 pg - 11.30 pg
|
·
Sesi Melukis Bersama
Uneh Raja Pensil Warna
(hasil lukisan dipertandingkan)
|
Khemah Perasmian
|
Tebuka Kanak-kanak 7 tahun ke bawah
|
Bayaran Penyertaan RM10
Hadiah Tempat 1 hingga 5
|
||
9.00-11.00pagi
|
·
Strategi Menjawab Matematik PMR
|
Bilik
Gerakan
|
Calon PMR dan guru
|
Bayaran
Penyertaan RM10
|
|||
2.30 ptg - 5.00 ptg
|
Sesi Melukis Bersama Uneh Raja Pensil Warna (hasil
lukisan dipertandingkan
|
Khemah Aktiviti
|
Terbuka
|
Peserta dikenakan bayaran RM10
Hadiah Tempat 1 hingga
5
|
|||
|
Penampilan Khas :
Ramah Mesra
... bersama Zizan Nin
|
Khemah Perasmian
|
Terbuka
|
|
|||
2.00-4.00petang
|
Penulisan Kreatif Novel dan Cerpen oleh Dr Lim
Swee Tin
|
Bilik Gerakan
|
Terbuka
|
|
|||
14 April
(Ahad)
|
·
Penampilan Khas : Bobiboy
|
||||||
9.00pg-10.30pg
10.30pagi-12.00tenga-
hari
|
·
Baca Lancar
- Kategori Tahap
1 (BM)
·
Baca Lancar
-
Kategori Tahap 2 (B1)
|
Khemah
Aktiviti
Khemah
Aktiviti
|
Murid-murid Tahun 1-
Tahun3
Murid-murid Tahun 4-
Tahun 6
|
Hadiah
Tempat 1 hingga 3
Hadiah
Tempat 1 hingga 3
|
|||
11.00pg – 1.00ptg
|
Strategi Peperiksaan
Prinsip Perakaunan
SPM bersama
cikgusila.blogspot.com
|
Bilik Gerakan
|
Pelajar
Tingkatan 4 dan 5
|
|
|||
15 April
|
9.00pagi – 12.00 thari
|
Bengkel SPM Teknik
Mewarna Bersama Uneh Raja Pensil Warna
|
Khemah Perasmian
|
Pelajar Tingkatan 4 dan
5
|
Bayaran pendaftaran
RM10
|
||
2.00-5.00ptg
|
Bengkel STPM
Teknik Mewarna Bersama Uneh Raja Pensil Warna
|
Khemah Perasmian
|
Pelajar Pra Universiti
dan Guru
|
Bayaran pendaftaran
RM10
|
|||
2.30ptg - 3.30ptg
3.30ptg- 4.30ptg
|
·
Spell it right
- Kategori Tingkatan
1 hingga 3
|
Khemah Perasmian
|
Pelajar Tingkatan 1-3
|
|
|||
16 April
|
9.00 pagi-4.00 petang
|
Pameran
Kesihatan dan Kempen Derma Darah
|
Khemah Aktiviti
|
Terbuka
|
|
||
10.00pagi-4.00petag
|
Program Dewan Bahasa
dan Pustaka : Majalah Dalam Kelas
|
Bilik Gerakan
|
Pengawas Pusat Sumber
dan Pra Universiti
|
|
|||
17 April
|
9.00pagi – 5.00 petang
|
·
Jualan Peralatan
Seni Visual
|
Sekitar Dewan Za’ba
|
Guru Seni Visual
Peringkat Daerah
|
|
||
9.00pg-12.00 tghri
|
·
Bengkel Bergurindam/Lagu Puisi
Kanak-Kanak bersama
Pn.
Mahaya Yasin
|
Bilik Gerakan
|
Pengawas Pusat Sumber
|
|
|||
2.00 petang
|
Majlis Penutupan Rasmi
|
Khemah Perasmian
|
Pegawai, Guru dan
Pelajar Urusetia
|
|