Isnin, 19 Mei 2014

Latihtubi Kertas 2

Pada tahun ni cikgu galakkan pelajar cikgu guna media pensil warna. Sebelum ni cikgu dah tunjuk hasil kerja jawapan STPM sebenar menggunakan pensil warna. Sangat Kagum! Lihat di sini.



Cikgu harap pelajar cikgu nak guna medium pensil warna ni. Di sini cikgu tunjukkan contoh2 supaya anda boleh buat latih tubi



Tumpukan kepada lukisan kain batik



seperti biasa, mulakan dengan lukisan struktur dengan penekanan terhadap kadar banding.

Buat latih tubi melukis objek transparent menggunakan pensil warna seperti di bawah. objek transparent akan reflect warna sekeliling. Maknanya, gelas anda bukan hitam dan putih; tetapi warna latar dan alas.


















Apapun, hasil pelajar ni memang thorbaekkkk



Latih tubi Pengkaryaan

Tinggal 4 hari lagi peperiksaan penggal 2 2014 bagi subjek Seni Visual akan berlangsung. Cikgu harap anda ringan-ringankan tangan membuat latih tubi sebagai persediaan peperiksaan. Di sini cikgu nak fokuskan kepada lukisan pengkaryaan di mana anda akan menghasilkan lukisan still life

Apa dia asas kepada lukisan still life? Selalu cikgu dah pesan, lukis dulu struktur objek, tentukan kadar banding objek dengan tepat baharulah mula rendering. Contoh langkah asas lukisan still life




Adalah penting anda memastikan kadar banding dan perspektif  semasa membuat lakaran awal. 












Latihtubi

Buatlah latihtubi lukisan di bawah ini.






Jangan tanya kenapa. Buat saja.



Khamis, 15 Mei 2014

Hasil kerja Hafiz Fassilitator Kem Seni dr UiTM

Kem Seni Visual Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu telah berjaya dilangsungkan. Setinggi penghargaan kepada En Putra bin Hashim , Ketua Sektor Pengurusan Akademik PPDJJ kerana memudahcara sehingga berlangsungnya program ini. Program ini adalah usahasama Panitia Seni Visual bersama-sama dengan pihak UiTM Shah Alam (Jabatan Seni Halus FSSR) melibatkan 36 orang pelajar dan 3 orang pensyarah.

Semasa program ini, cikgu kagum melihat standard lukisan para pelajar UiTM cumanya hanya dapat merakam lakaran dari sketch book seorang sahaja pelajar iaitu Saudara HAFIZ. Memang kagum tengok lakaran-lakaran beliau. 

Hafiz sedang membimbing salah seorang peserta Kem Seni Visual

Di bawah ini adalah lakaran-lakaran beliau dari satu sketch book.










HAfiz ni juga berminat dengan Seni Kaligrafi. Jarang nak jumpa anak muda yang berminat dengan kaligrafi