Selasa, 25 Januari 2011

Mastura Abdul Rahman : hard edges gaya Malaysia

Pada kali ini, cikgu nak berkongsi dengan pelajar semua mengenai karya seni yang menyentuh jati diri sebagai seorang yang dilahirkan di Malaysia. Sebelum ini, cikgu memberi contoh karya-karya yang menggunakan teknik hard-edges dari pada pelukis-pelukis Barat, justeru tiba masa untuk kita berbicara lebih daripada sekadar menghasilkan sapuan berus di atas kanvas!

Seni adalah salah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan,
pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir dari seniman. Ini
merupakan hasil ide para seniman yang berlandaskan imaginasi,
pengetahuan, pendidikan, inspirasi, dan tenaga seniman.

Baca berkali-kali definisi seni di atas. Jumpa perkataan-perkataan :
  • indah
  • kesenangan (santai)
  • pemikiran
  • pendidikan (ilmu)
  • inspirasi ???
Seni + Pemikiran = Keindahan
Untuk menghasilkan karya seni, anda mestilah menggali ilmu, mengorek pengetahuan, mengejar kajian demi kajian. Terus terang cikgu agak kecewa bila ada pelajar yang terus bertanyakan jawapan sebelum mereka mencari dan membuat kajian. Contoh, apa maksud harmoni?

Projek Penghasilan Karya atau Kerja Kursus Seni Visual STPM menuntut pelajar membuat banyak kajian dan eksperimentasi. Jadi jangan harap anda boleh hasilkan karya seni dalam masa yang singkat!

Semua yang cikgu 'leterkan' di atas anda boleh saksikan pada hasil karya seorang pelukis wanita Malaysia, Mastura Abdul Rahman. Semasa cikgu belajar di ITM Shah Alam pada tahun 1988-1992, cikgu memang kagum dengan karya-karya beliau. Kerapkali juga dijadikan bahan untuk seminar Apresiasi Seni.

Hampir 20 tahun meninggalkan ITM, belum lagi terjumpa karya seni seperti karya-karya Mastura Abdul Rahman. Teknik Hard Edges yang diaplikasi ke atas motif-motif yang rumit memenuhi karya sebesar papan hitam! Bukan itu saja, lukisan yang rumit ini menterjemahkan pula Falsafah Senibina serta Tekstil Melayu dan Islam (yang cikgu maksudkan dengan pemikiran).

Setelah para pelajar lihat karya-karya beliau di bawah ini, cikgu nak tanya "ADA BERANI?"


Mastura Abdul Rahman

Lecturer, Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University
Cyberjaya, Selangor, Malaysia



"Interior No. 29", 1987
Koleksi Balai Senilukis Negara


"House of Flower, House of Harmony " (1999)
Koleksi Balai Senilukis Negara



'Secawan Kopi dan Badut / A Cup of Coffee and Clown'
campuran atas kanvas
91.5 x 91.5 cm, 1999




Gambar ni, cikgu nak jelaskan saiz sebenar karya-karya beliau.


Tiada ulasan: