Saturday, February 27, 2010

Tajuk-tajuk dalam Folio

Tajuk dan sub-tajuk di sini adalah cadangan dan contoh sahaja. Anda boleh menambah ikut kesesuaian folio anda.
Yang paling baik, minta tunjuk ajar guru seni di sekolah anda.


Bab 1 : KAJIAN TEMA

1.1 Pengenalan
1.1.1 Soalan - taip semula soalan yang dipilih
1.1.2 Definisi -beri definisi tema yang diutarakan
1.2.3 Permasalahan Tema - bermaksud hipotesis/pandangan awal anda terhadap tema soalan. Hipotesis anda hendaklah disokong dengan bukti-bukti dalam Sumber Maklumat.

Contoh:

Permasalahan tema yang saya kaji adalah Filem Animasi dan Nilai Kemanusiaan. Melihat potensi filem-filem animasi yang mampu melintasi batas-batas usia, jantina , kaum hingga negara; tidak syak lagi tema ini dapat dimanfaatkan untuk menyentuh tema-tema yang ‘tidak biasa’ malah mampu menimbulkan gejolak rasa dengan tema-tema kemanusiaan.

Saya memilih animasi kartun dan , filem ‘Transformers’ sebagai bahan kajian saya. Siri kartun Transformers dan filemnya mengisahkan perang konflik di antara puak protagonis Autobots dan puak antigonis Decepticons di bumi. Kedua-dua puak itu datang dari planet Cybertron iaitu tempat tinggal asalnya. Puak Autobots yang diwakili dengan watak Optimus Prime , Bumblebee , Jazz ,Ironhide , Ratchet mempunyai hubungan yang istimewa dengan manusia terutama watak Sam Witwicky. Yang menariknya, autobots ini mempunyai NILAI KEMANUSIAAN yang tinggi di dalam diri mereka walaupun mereka hanyalah sebuah mesin!


1.2 Sumber Maklumat

Tampalkan artikel-artikel, keratan berita dan gambar-gambar yang menyokong tajuk anda. Jangan lupa catatkan sumber seperti alamat laman web atau nama akhbar/majalah serta tarikh.

1.3 Kajian Catan (jika anda hasilkan catan. Jika cetakan atau kolaj, juga perlu ada artikel kajian tentang teknik tersebut)
1.3.1 Sejarah catan/cetakan/arca
1.3.2 Jenis-jenis catan/cetakan/arca
1.3.3 Media dan Teknik Catan/cetakan/arca

Kajian ini lebih kepada bentuk nota umum sahaja.
Hanya buat point ringkas. Tak perlu tebal.

1.4 Kajian Pengaruh Karya
( Nyatakan aliran/gaya seni dan nama-nama pelukis serta contoh karya yang mempengaruhi karya anda. Tampalkan gambar-gambar hasil karya tokoh-tokoh tersebut)


Bab 2 : Kajian Hal Benda (Subject Matter)
Kajian Hal Benda mengandungi lakaran-lakaran objek yang berkaitan tajuk dipilih.

Lakaran hendaklah realistik dengan mengaplikasi unsur seni seperti kualiti garisan, bentuk, jalinan dan sebagainya. Untuk jimatkan masa, sekali lagi cikgu tekankan supaya anda menekap saja gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan lukisan yang baik.


Bab 3 : Perkembangan Idea
(Lihat contoh folio di bawah Label Folio Terbaik 2010)
3.1 Olahan motif
3.2 Kajian komposisi
3.3 Kajian Warna
3.4 Kajian Media dan Teknik

Huraian lebih lanjut tentang perkembangan idea ni, cikgu bincang di fb;
http://www.facebook.com/group.php?gid=115170288515610&v=wall&story_fbid=129328787099760


Bab 4 : Lakaran Akhir
(jika arca, ada pandangan sudut hadapan, tepi,belakang )


Bab 5 : Proses Penghasilan Karya
(dalam bentuk fotografi selang 10% langkah penghasilan)




Rujukan Tambahan


Bibliografi