Selasa, 29 Jun 2010

Pameran Seni Multimedia di Balai Senilukis Negara

Pada Sabtu 26 Jun 2010 lalu, cikgu telah ke pergi ke Balai senilukis Negara untuk menyaksikan sendiri Pameran Multimedia bertajuk "Shadows on Layers of Meaning" (Bayang-bayang Atas Lapisan Makna). Cikgu cuba mencari jawapan apakah bentuk seni multimedia di pameran tersebut; adakah di bawah bidang Komunikasi Visual (sama seperti fungsi logo, illustrasi, pembungkusan dll) atau merupakan pengkaryaan Seni Halus (lukisan, catan, cetakan, arca)yang mengandungi makna dan konteks?

Apakah karya multimedia tergolong sebagai perekaan atau pengkaryaan? Bidang seramik dan tekstil telah dihasilkan dalam bentuk pengkaryaan sejak sekian lama. Arca dihasilkan menggunakan bahan dan teknik seramik. 'Fabric sculpture' 'menjelaskan bahan yang diguna untuk menghasilkan arca. Maka, karya-karya multimedia yang dipamerkan di Balai Senilukis Negara ini juga dapat digolongkan sebagai pengkaryaan Seni Halus.

Kurator pameran, TSabri Ibrahim di dalam katalog Shadows on Layers of Meaning menulis, " Ini adalah sebuah pameran seni multimedia. Pameran ini memuatkan tujuh karya multimedia yang berupa instalasi, dan dokumentasi penyelidikan dan penciptaan karya-karya multimedia. "




Karya ini menggunakan skrin atau monitor berkamera. Gadis di dalam skrin adalah anak cikgu berusia 12 tahun. Dalam karya ini, penonton bukan saja dapt berinteraksi dengan karya bahkan menjadi sebahagian daripada karya itu sendiri.



Apabila kad putih yang dipegang anak cikgu menepati sasaran, warna merah seolah-olah darah terpercik di skrin secara otomatik.

Karya yang berbentuk arca timbulan ini paling menarik perhatian cikgu. Ianya merupakan sebuah arca berbentuk wajah manusiayang timbul daripada dinding dan saiznya sebesar dinding! Wajah manusia yang anda dapat lihat di atas, tidak dilukis pada binaan arca timbulan itu sebaliknya merupakan imej yang dipancarkan dari LCD komputer. Wajah-wajah itu akan berubah-ubah dengan pelbagai bentuk emosi 'pelakonnya' disertai juga dengan audio (suara)!
Dengan kelebihan pada media multimedia, arca timbulan tidak lagi hanya memberi satu perspektif atau maksud atau tujuan karya dihasilkan. Dalam karya bertajuk 'dialogue' ini, penonton dapat menyaksikan wajah-wajah suka, duka, marah, letih, menguap dan sebagainya. Mungkin juga pengkarya-pengkarya (Fauzan, Hushinaidi dan Norman) ingin menunjukkan kepada penonton, wajah-wajah kita sendiri yang biasanya kita tidak nampak apa pandangan orang lain terhadap diri kita.
Pernah tak anda cuba ambil gambar semasa sedang menguap dan lihat wajah anda sendiri di dalam gambar/video tersebut?








Sabtu, 19 Jun 2010

KERTAS 2 SENI VISUAL STPM - LUKISAN






Lukisan -lukisan di atas merupakan hasil jawaban pelajar dalam peperiksaan sebenar STPM. Gambar-gambar lukisan tersebut cikgu ambil di Pameran Seni Visual STPM anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di UPSI.


Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan lukisan yang baik, walaupun ada dalam kalangan pelajar tidak mahir melukis? Perbezaan antara yang mahir dan tidak mahir hanya ada sebab - latihan. Pelajar yang mahir melukis kerana mereka sememangnya minat melukis. Jadinya, mereka selalu melukis. Manakala yang tidak mahir, kerana mereka tidak suka melukis.


Suka atau tidak, apabila anda mengambil peperiksaan, anda perlulah berusaha untuk lulus dan mendapat markah yang baik, walaupun tidak cemerlang. Anda tidak suka juga Bahasa Inggeris (contoh), tetapi terpaksa berusaha memajukan diri kerana keperluan peperiksaan. Sama juga dengan melukis!




Jumaat, 18 Jun 2010

Lawatan Akademik ke Universiti Perguruan Sultan Idris.



Pada 14 dan 15 April lalu, Persatuan Seni Kreatif sekolah cikgu telah mengadakan Lawatan Akademik ke Universiti Perguruan Sultan Idris bersempena Pameran Seni Visual STPM anjuran UPSI dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6AA, 5 Budi, 4 Fatanah dan Dedikasi serta 3 Fatanah telah mengikuti lawatan ini.

Persatuan Seni Kreatif berasa bangga kerana Tuan Pengetua Cemerlang bersama isteri sudi menyertai program lawatan ini. Ini membuktikan bahawa Seni Visual diiktiraf sebagai mata pelajaran yang sama pentingnya dengan subjek-subjek teras yang lain; di sekolah ini. Terima kasih Tuan Pengetua kerana sentiasa memberi sokongan kepada Seni Visual.

Perjalanan ke UPSI dari SMK Batu Kikir (Model Khas) memakan masa lebih kurang 4 jam perjalanan dengan bas. Itupun, kami memang berhenti makan dan solat di Perhentian Lebuhraya Rawang. Kami bermalam di Kolej Kediaman Aminuddin Baki dan terima kasih tidak terhingga kepada staf kolej yang begitu baik menerima kami sebagai tetamu.


Tuan Pengetua Cemerlang Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ibrahim bersama isteri bergambar dengan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di hadapan Kolej Kediaman Aminuddin Baki.


Cikgu dan 3 dara 6AA iaitu Aben, Mira dan Yan makan nasi lemak special di Tanjung Malim.


Pada 15 April, sebelum bertolak ke UPSI, cikgu sempat beri taklimat kepada para pelajar mengenai aktiviti yang akan dihadiri sepanjang program pada hari ini. Antara program yang dihadiri pelajar adalah Demonstrasi Batik, Pameran Seni Visual STPM dan Bicara Seni .


Tuan Pengetua bersama isteri sedang mencanting dan mewarnakan batik.

Pelajar 6 Atas Adil Tahun 2010. Tahun ni nak peksa.. Cikgu Aidzim ( dua dari kiri), terima kasih banyak-banyak kerana tolong jaga bebudak ni.


Aik! Camna cameraman yang posing lak ni!


Amer sedang tengok bekas hantaran ke?

Aben, Aniq, Amira...... di BATIK PARK, UPSI

Khamis, 10 Jun 2010

Perbincangan Soalan bertemakan Kesantunan

Soalan Dua

Hasilkan sebuah karya Seni Visual yang bertemakan 'Kesantunan'. Hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik batik atau teknik tenunan. Karya tersebut hendaklah menggunakan gabungan beberapa rekaan sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan. Persembahan karya adalah dalam bentuk 2D atau 3D.

Dalam soalan ini, pelajar perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara:

1. Anda perlu hasilkan KARYA SENI bukannya KRAF Batik atau Tenunan. Perbezaan keduanya adalah, karya seni mempunyai maksud estetik manakala kraf pula lebih kepada fungsi estetik.

2. Menghasilkan karya kepada soalan ini, anda perlu mengikut langkah-langkah penghasilan catan semasa penghasilan folio. Rujuk http://cikgusenismkbk.blogspot.com/search/label/TAJUK%20DAN%20SUB-TAJUK%20DALAM%20FOLIO

3. Berikut cikgu tunjukkan beberapa contoh catan yang menggunakan teknik batik.



Karya di atas merupakan gaya catan batik yang sering digunakan oleh pengkarya di tahun-tahun 60an.

4. Untuk soalan STPM ini, anda sebenarnya diminta bereksperimen dengan bahan dan teknik penghasilan walaupun disebutkan teknik batik atau teknik tenunan. Contohnya, jika selama ini teknik batik digunakan ke atas bahan kain, mungkin kali ini anda boleh cuba menggunakan teknik batik seperti sapauan lilin di atas kolaj tisu/akhbar/ perca kain dan barulah diwarnakan. Lilin boleh dihilangkan dengan cara menyeterika atas lapisan kertas atau kain lain untuk menyerap lilin tersebut.

5. Catan tersebut tidak semestinya sepenuhnya batik. anda boleh gabungkan dengan teknik catan, cetakan sutera saring (yang merupakan salah satu teknik batik) atau kolaj.

6. Jika ingin menghasilkan arca, anda bentukkan struktur arca dahulu . Contoh, gunakan teknik 'welding' besi atau guna dawai. Salut dengan lapisan kertas, kain atau tisu. Kemudian baru 'apply' motif rekaan anda itu ke atas arca tersebut. Untuk hilangkan kesan lilin, guna seterika juga.

Rabu, 2 Jun 2010

CONTOH POSTER (sumbangan Cikgu Ayuni)







Adoyaii.. ini kali keberapa ntah cikgu cuba upload gambar2 poster hasil pelajar. Bila la nak dapat khidmat jalur lebar yang murah dan cekap?

Selasa, 1 Jun 2010

KAJIAN KOLEKSI POSTER (SEMPENA PERTANDINGAN HARI PENGGUNA)

Layari Laman Hari Pengguna Malaysia untuk maklumat lanjut: http://www.mypengguna.com/mypengguna/

TEMA POSTER:
a. Remaja Pengguna Global
b. Kitar Semula
c. Krisis Air Dunia
d. Lindungi Keselamatan Anak Anda


Gambar-gambar di bawah hanya untuk rujukan dan kajian.
















Gambar di sebelah kiri dan di bawah tidak ada kena-mengena dengan tema Pengguna Remaja Global cumanya cikgu rasa tertarik dengan konteks keremajaan yang diserlahkan melalui bahasa Seni Visual.









































KITAR SEMULA





























KRISIS AIR DUNA




PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN PENGGUNAPDFPrintE-mail
Written by Administrator
Tuesday, 10 March 2009 11:01

PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN PENGGUNA - Terbuka kepada amatur sahaja.

TEMA : “Penggunaan Berhemat: Perubahan bermula dengan Saya”
Penggunaan tema boleh di kaitkan dengan kempen-kempen yang sedang FOMCA laksanakan seperti :-
  1. Subsidi dan Pengguna
  2. Hari Tidak Berbelanja
  3. Minggu Tidak Menonton Televisyen
  4. Kempen Kecekapan Tenaga
  5. Tanggungjawab sosial pengguna
  6. Keselamatan alat-alat permainan kanak-kanak
Syarat pertandingan melukis kartun pengguna - terbuka kepada amatur sahaja.
  1. Penyertaan boleh dihantar maksimum 3 penyertaan asal. Hasil penyertaan menggunakan komputer boleh diterima pakai.
  2. Pemilihan permukaan dan penggunaan teknik adalah bebas.
  3. Lukisan kartun boleh dihasilkan secara satu bingkai (1 frame) atau lebih iaitu 2 hingga 3 bingkai.
  4. Ciptaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri.
  5. Lukisan kartun adalah dalam saiz A3 atau 420 x 297mm
  6. Lukisan kartun boleh disertakan dengan dialog, humor, menarik dan berkesan.
  7. Hasil karya akan digunakan oleh penganjur bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku dan laman web.
  8. Hasil karya tidak boleh dikembalikan dan adalah milik penganjur
  9. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010

Hadiah bagi pertandingan melukis kartun pengguna - terbuka kepada amatur sahaja.

Hadiah Pertama : RM2,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua : RM1,500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga : RM1,000.00 dan sijil penyertaan
10 hadiah sagu hati : RM 200.00 dan sijil penyertaan