Terima kasih cikgu Ahamad Fauzi kerana sudi berkongsi dengan kita semua. Nota ini dari facebook beliau.
PANDUAN PENGHASILAN PORTFOLIO SENI VISUAL 970/3 STPM - PENGKARYAAN SOALAN 2: KARYA BENTUK RELIF "KASIH IBU"
by Ahamad Fauzi Hassan on Sunday, May 29, 2011 at 11:55pm
- KAJIAN & PENYELIDIKAN BERDASARKAN TEMA :
- Definasi - Rujuk Kamus: DBP, OXFORD,WIKIPEDIA
- Puisi & Lirik Lagu yang punyai kaitan dengan tema.
- Kaji Hasil Seni Rupa yang ada kaitan dengan tema sama ada dalam bentuk arca, relif, catan oleh artis-artis tersohor(dalam bentuk imej & catatan) dari zaman silam dan semasa.
- LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA
- Kajian melalui lensa kamera / foto yang melibatkan model figura.
- Kajian lakaran secara manual di mana garisan grid / kesan 'finding lines' dizahirkan dengan merujuk foto yang terhasil melalui kajian no. 1.
- LAKARAN AKHIR
- Karya sebenar yang terhasil daripada kajian di bahagian LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA no. 1 & no. 2.
- KAJIAN MEDIA & TEKNIK
- Kaji media secara himpunan imej (foto) & data keterangan media-media yang digunakan dalam penghasilan karya bentuk relif. Contoh: papan jelutong, akrilik, gesso, pasir, dll media campuran.
- Teknik campuran yang melibatkan ukiran, kolaj, catan, dll.
- Artis Rujukan Karya Relif Antarabangsa & Malaysia,contoh Michael Angelo dengan teknik penghasilan arca David.
- PENGOLAHAN ASPEK-ASPEK KOMPOSISI DALAM GUBAHAN KARYA
- Kajian komposisi melalui model fotografi.
- Aspek-aspek kepelbagaian komposisi - rujuk kajian komposisi daripada sumber buku ilmiah, majalah American Artists, The Artists, internet, dll.
- Kajian komposisi pengkaryaan anda sendiri.
- RUJUKAN & SUMBER MAKLUMAT
- Catatkan dengan menggunakan sistem bibliografi APA. (Rujuk nota APA hasil penulisan HASSAN MOHD GHAZALI yang telah diterjemah dalam Bahasa Melayu secara on-line)
Ahamad Fauzi bin Hassan
Alor Setar.
29 MEI 2011
KAJIAN IMEJ MELALUI FOTOGRAFI DAN DIPINDAHKAN KE ATAS PAPAN JELUTONG
MENGKAJI KOMPOSISI DI ATAS SATAH.
KOMPOSISI YANG DIKENALPASTI.
PROSES MENGUKIR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan