Isnin, 2 Mac 2015

TINGKATAN ENAM LEBIH BAIK DARIPADA DIPLOMA!

Ramai dalam kalangan lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi selepas tamat SPM. Ramai yang tidak sabar hendak menjejakkan kaki ke Menara Gading. Tetapi, tahukah anda, walaupun telah ke Menara Gading belum tentu anda dapat menggenggam Segulung Ijazah!

Tahukah anda, kebanyakan lepasan SPM yang ke IPT hanya mengambil kursus peringkat DIPLOMA? Setelah berjaya ke menara gading dan telah belajar selama 3 tahun, apakah anda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah? Mampukah anda , setelah membelanjakan wang ringgit termasuk membuat pinjaman PTPTN hanya untuk mendapatkan DIPLOMA?  

Apakah anda ingin menggenggam segulung IJAZAH, atau segulung DIPLOMA?

Mengapa Tingkata Enam lebih baik daripada Diploma?

1. Pendidikan percuma.
    Tidak perlu membayar yuran pendaftaran RM1k, yuran pengajian RM15k-20k.
    Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN yang mana bermaksud, anda perlu membayar semula 
    pinjaman selepas tama t pengajian peringkat Diploma.

2. Setaraf Diploma
    STPM adalah setaraf dengan program matrikulasi dan diploma bagi syarat melanjutkan pelajaran 
    ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti. Perkara ini dijelaskan dalam persidangan Dewan         Negara oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching  di sini
    Sijil STPM adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam manakala matrikulasi tidak diiktiraf     untuk pekerjaan dalam JPA.

3. Masa Pengajian Lebih Singkat
    Pengajian peringkat Diploma memakan masa 3 tahun manakala STPM hanya 1 tahun 6 bulan!
    
4. Peperiksaan mengikut Penggal
    STPM telah mula menjalankan sistem berpenggal mulai tahun 2012 bermaksud sistem peperiksaan     sama seperti peringkat Diploma iaitu 6 bulan sekali. Bezanya, dalam sistem Diploma, anda perlu         mengambil 6 kali peperiksaan manakala sistem STPM, anda hanya ambil 3 kali peperiksaan               sahaja! 
    Anda juga boleh mengulang subjek peperiksaan bagi menambah baik keputusan peperiksaan 
    manakala anda tidak boleh berbuat demikian dalam matrikulasi 

5. Tidak Memakai Uniform Sekolah
    Beberapa perubahan telah diaplikasi dalam pengajian Tingkatan Enam iaitu penjenamaan semula 
    Tingkatan Enam kepada Prauniversiti. Begitu juga, pelajar tidak lagi memakai uniform ke sekolah     tetapi berpakaian kemas seperti pelajar Diploma dan Matrikulasi.

6. Berikut adalah penerangan lanjut berkaitan STPM oleh CEO Majlis Peperiksaan Malaysia.




1 ulasan:

Amalinggg berkata...

Assalamualaikum,kalau kita tak ambik seni masa spm tapi ada sijil belajar kelas lukisan selama 2 bulan after spm,boleh ambik aliran psv tak?Selain itu,boleh ke pelajar stpm mengambil kos senibina untuk ijazah.