Mesti peningkan nak pilih subjek STPM. Nasihat cikgu, ikutlah minat anda kerana lulusan STPM yang masuk ke universiti akan menjurus kepada bidang kerjaya pilihan.
Kalau anda tidak pasti bidang yang anda hendak ceburi, di sini cikgu mudahkan anda melihat kursus-kursus yang ditawarkan di universiti. Kalau dah ditawarkan di U, tentulah ada peluang pekerjaan yang berkaitan dengan kursus. Jangan risau.
Seperti yang anda maklum, bidang Seni Visual banyak ditawarkan di Universiti Sains Malaysia, UNIMAS, UMS dan UiTM . Anda boleh rujuk Sistem e-MAS Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyemak kursus-kursus yang ditawarkan di semua universiti di Malaysia.
Bagaimanapun, entri pada kali ini cikgu khususkan untuk para pelajar aliran Sains peringkat SPM. Apabila anda mengambil subjek Seni Visual STPM, hanya pelajar aliran Sains peringkat SPM layak melanjutkan pelajaran dalam bidang Senibina (architecture) dan SEMUA kursus yang ditawarkan kepada pelajar aliran sastera.
Untuk memudahkan anda, cikgu telah printscreen beberapa contoh kursus yang ditawarkan di universiti selain UiTM dan USM. Klik pada gambar dan save untuk rujukan.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
(UPSI)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (UIA)
Anda boleh semak di sini untuk kursus-kursus berkaitan seni Visual di UiTM.
Selamat membuat keputusan dan bahagia dengan kerjaya anda .
13 ulasan:
Assalamualaikum , saya ada persoalan .. kalau saya ambik kos seni semasa stpm , boleh tak saya sambung dalam bidang fesyen ( pakaian ) ??
Assalamualaikum cg..klau saya nk ambil kursus animasi kat mana
Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya dan berkemungkinan soalan ini dah ada orang tanya. Kalau nak ambil kursus animasi kat mana? Saya harap soalan ini dapat dijawab oleh cikgu.
Wassalam Kat hati sy
Assalamualaikum cikgu. Macam mana nk minta kos kesenian ISLAM kalau guna result STAM.
Selamat sejahtera cikgu. Masa stpm i tidak ambil subject seni boleh tak saya sambung belajar course kaitan seni. Saya dapat 2.17 dalam stpm
assalamualaikum , cikgu saye minat seni tapi takthula nak daftar mcam mane
Asaalamualaikum, cikgu saya nak tanya kalau tak ambil mata pelajaran seni masa spm boleh ke ambil kos seni halus ni?
Boleh
Boleh
Boleh
Assalamualaikum . cikgu saya nak tanya kalau masa stpm amik kos seni , boleh ke sambung kos berkaitan dengan sukan ?
Salam sejahtera cikgu, saya pelajar sains spm, tapi stpm saya ambil seni visual. Saya masih bingung nak sambung degree apa, tolong cadangkan satu-dua bidang yang bagus untuk saya teruskan. Harap² tahun ni ada rezeki.
Catat Ulasan