Khamis, 20 Januari 2011

Penghasilan Folio Soalan 2 - Kasih Ibu

Minggu 1 : Kajian Sumber Maklumat
a. dapatkan penulisan dalam bentuk artikel, berita atau cerpen, keratan teks novel, muka depan novel dsbnya yang dapat mengukuhkan bukti kasih ibu pada anaknya.
Sebut tentang novel, saya teringat 'Ranjau Sepanjang Jalan' yang telah difilemkan lakonan Seniwati Sarimah.
b. sekeping gambar dapat menjelaskan seribu perkataan. Dapatkan gambar- gambar yang menjelaskan kasih ibu.
c. Ibu mungkin ibu anda, atau ibu kucing, singa dan sebagainya . Luaskan skop 'ibu'.

Cikgu tertarik dengan gambar-gambar dari blog ini


Tekap dan lukis semula gambar-gambar tersebut. Gambar-gambar tu nampak istimewa kerana jurufotonya telah memikirkan soal komposisi dan pencahayaan. Jika anda lukis gambar keluarga sendiri, mungkin tak dapat komposisi yang menarik seperti gambar-gambar dari blog tersebut.

Minggu 2: Kajian Sumber Ilham

a. lukis semula 'subject matter' anda daripada gambar-gambar yang anda pilih.
lukisan boleh saja manusia atau dari spesies haiwan seperti gambar burung memberi makan anaknya dari sarang.
b. jangan lupa, sedikit penerangan mengenai gambar yang dilukis boleh memberi markah kepada anda.

Tips dari cikgu: tidak ramai yang boleh melukis figura dengan baik. Nasihat cikgu, fotostat gambar yang ingin dilukis, kemudian tekap saja gambar tersebut. Caranya, hitamkan bahagian belakang gambar dengan pensil 4B dan tekap. Cara ini juga menjimatkan masa melukis.

Tiada ulasan: