Rabu, 30 November 2011
Latihan Rendering
Kertas 2 Seni Visual STPM (Lukisan) memerlukan para pelajar sentiasa membuat latihan melukis. Anda tak boleh 'study the whole night' (berjaga semalaman) sebelum hari peperiksaan untuk Kertas 2 ni sebaliknya anda kena 'berjaga' setiap malam dalam masa setahun kalau nak score A kertas ni. Maksudnya, selalu buat latihan melukis semasa masih di Tingkatan Enam Rendah terutama pada waktu cuti sekolah ni. Tahun depan dah sibuk dengan subjek lain, jadi cikgu nasihatkan pelajar Enam Rendah buat latihan melukis dari sekarang.
Biasanya, pelajar akan memilih menggunakan media pensil untuk menjawab soalan bagaimanapun, setiap objek memerlukan cara dan teknik berbeza dalam lukisan . Cikgu letak tutorial video dari youtube di sini supaya pelajar boleh buat latihan demi latihan untuk Kertas 2 Seni Visual STPM. Jangan lupa tengok juga post-post cikgu yang terdahulu di bawah label KERTAS 2-LUKISAN
Tugasan semasa cuti sekolah
Lukisan Pengkaryaan : Latihan
Kajian pencahayaan dalam lukisan
Latih tubi 1 untuk Gambar 1: Lukis objek dengan penekanan terhadap kadar banding dan struktur yang tepat, kemudian gelapkan kawasan latar ikut arah cahaya.
Latih tubi 2 untuk Gambar 2: Kali ini, hitamkan latar dengan pensil 4B ke atas (6B) , guna teknik gosokan atau serongkan mata pensil. Guna pemadam untuk wujudkan kesan pencahayaan yang kuat.
Latih tubi 3 untuk Gambar 3 : Bagi lukisan ini, pencahayaan yang kuat datang dari bahagian atas. Lihat kesan bayang yang 'sharp' kerana kesan cahaya yang kuat.
melukis langkah demi langkah di http://www.artyfactory.com/still_life/still_life_pencil.html
Selasa, 29 November 2011
Teknik Mewarna Pergerakan Air (2)
Masa bersekolah dulu, cikgu tak ada la pandai sangat dalam Pendidikan Seni, cuma cikgu suka sangat membaca dan melukis kartun. Dah selalu sangat melukis kartun, cikgupun jadi berminat nak minta kursus seni. Rupa-rupanya, mencabar sungguh course seni sebab cikgu tak pandai mewarna. Melukis ja pandai tupun tak kreatif sangat. Jadi, pelajar-pelajar di luar sana jangan la rasa rendah diri sangat kalau tak sebagus seorang dua rakan kamu yang sangat berbakat tu.
Apa yang cikgu merepek ni? He he.. cerita panjang lebar sebab ada kaitan dengan catan di atas. Pagi tadi, Cikgu cuba jugalah eksperimen cara nak buat pergerakan air tu. Dalam catan ni, untuk background atau latar,cikgu guna 'water colour' yang harganya RM20, tak le mahal nak dibanding dengan buncho tu, lebih kurang ja cuma buncho lebih banyak.
Sebelum mewarna sungai, cikgu lorekkan oil pastel warna putih (buncho ja yanag ada) untuk wujudkan kesan aliran air. Bila letak water color, terus dapat effect garisan air. Untuk pokok dan batu yang di hadapan sekali, cikgu tambah warna-warna dan sedikit garisan hitam oil pastel untuk wujudkan kesan jalinan batang pokok dan jalinan batu besar, Lepas tu, tenyeh-tenyeh oil pastel putih lagi untuk kesan buih dan air terpercik. Ini first time buat dalam masa sejam tau, kalau tak berapa menjadi tu, maafkan ja lah. Cuba la korang eksperimen pulak, malam ni cikgu nak buat lagi sebab tak puas hati.
Perhatian! untuk aliran sungai, sebelum mewarna sungai, elok guna crayon putih atau lilin biasa daripada oil pastel. Oil pastel tu tertutup bila diwarna jadi kena tenyeh lagi sekali
Isnin, 28 November 2011
Teknik Mewarna Pergerakan air
Ramai juga yang bertanya bagaimana nak tunjukkan pergerakan air dalam soalan 4, jadi cikgu cari di youtube. Harap dapat membantu
Teknik dalam video ini adalah teknik legap sesuai untuk anda yang guna warna poster jenama buncho tu. Mula-mula warnakan semua latar dengan warna sederhana gelap, warna cerah dikemudiankan. Akhir sekali warna paling cerah dan sedikit warna paling gelap untuk bayang. cikgu tak galakkan guna warna hitam sepenuhnya,bancuhlah apa2 warna dan dicampur sedikit sahaja hitam untuk ton gelap. Cikgu lebih suka biru ultramarine(biru pekat) daripada hitam.
Guna warna poster (buncho) ini, menjimatkan masa mewarna berbanding guna warna pensil sepenuhnya. Selepas diwarnakan background (latar) iaitu langit, batu, batang-batang pokok (tambahan)atau dataran, barulah guna warna pensil (LUNA atau STABILO) untuk hasilkan kesan bebayang dan pencahayaan. Jalinan pada batang pokok juga senang dihasilkan dengan warna pensil. Jika warna pensil tak ada warna putih, cikgu gunakan liquid paper untuk kesan cahaya paling terang.
Jika pelajar takut guna berus untuk warnakan air, gunalah crayon atau oil pastel. Cuba juga gunakan kapur tulis warna putih atau soft pastel (pelajar jarang ada warna jenis soft pastel). Rajin-rajinlah bereksperimen.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa cikgu cari bahan dari google dan tak buat sendiri dalam kelas. Sebenarnya, cikgu hanya mengajar di Tingkatan Enam dan dah tak mengajar Tingkatan Lima lagi jadinya cikgu cuma boleh tolong google supaya anda semua dapat jimat masa mencari-cari.
Harap membantu

Ahad, 27 November 2011
Latihan Kertas 2 Lukisan Seni Visual STPM
Still Life Painting oleh http://latifmaulan.blogspot.com/
http://latifmaulan.blogspot.com/2009/05/apresiasi-karya-abdlatif-maulan-oleh.html
Cikgu baru tahu ini adalah hasil karya artis Latif Maulan setelah ditegur oleh saudara AUR di bawah. Lamaa dulu, sebelum wujudnya blogspot ni semua, saudara Latif usahakan laman web yang dapat mengumpulkan banyak hasil seni oleh pelukis-pelukis professional dan amatur di Malaysia. Cikgu selalu juga mengunjungi laman tersebut, tapi sekarang dah tak ada lagi dan digantikan dengan latifmaulan.blogspot. Cikgu dah melawat blognya dan seperti biasa, kagum dengan karya-karya super realistik-nya.
http://latifmaulan.blogspot.com/2009/05/apresiasi-karya-abdlatif-maulan-oleh.html
Lukisan oleh guru dari Wilayah Persekutuan semasa Bengkel Kerja Kursus PSV (cikgu dapat CD- sahaja). Sesiapa yang mengenali atau mengetahui, bolehlah maklumkan kepada cikguseni.com untuk kreditasi
Sabtu, 26 November 2011
Soalan SPM Pendidikan Seni Visual Kertas 2 2011
Khas untuk Sirnur Muhammad bin Norazuran yang sedang menduduki SPM tahun ini.
Soalan 4 Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai. Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan dan pergerakan air.
Langkah 1: cari gambar pemandangan anak sungai (sungai kecil) . Gambar-gambar di bawah cikgu pilih kerana dapat menjelaskan ruang melalui perspektif anak sungai; secara tidak langsung soal ruang telah dijawab.
Nampak tak, cikgu merahkan perkataan beberapa dan menyekat; maksudnya batang kayu kena lebih dari satu dan jatuh dalam sungai cetek. Kalau guna gambar di atas, cuma tambah batang-batang kayu kecil melintang dan membentuk seperti air terjun kecil. Cikgu suka gambar di atas sebab jelas pergerakan airnya akibat disekat dengan batu. Tukarkan batu dengan batang-batang kayu, pun boleh kan.
Beri perincian untuk menimbulkan unsur bentuk dan jalinan pada pokok dapat menjawab soalan dengan tepat.
Langkah 2: Buat beberapa lakaran ringkas untuk menentukan komposisi dan reka letak yang sesuai. Gabungkan beberapa elemen (objek pokok, daun ) yang sesuai sahaja untuk gambar latar yang dipilih. Kalau contoh pokok itu menegak, anda lukislah pokok tersebut dalam keadaan tumbang ikut kehendak soalan.
Langkah 3 : Practice Makes Perfect! Ada masa eberapa hari ni, berlatihlah mewarna. Unsur warna juga memainkan peranan penting untuk menjawab soalan. Cikgu sarankan, warnakan latar dengan warna cair dahulu (teknik cat air) untuk dapatkan kesan kabur dan jauh. Batang pokok yang lebih dekat barulah guna warna yang lebih legap (kurangkan air) dan lebih terang. Guna pensil warna untuk hasilkan jalinan pada batang pokok, dan juga untuk kesan cahaya dan bayang.
Di bawah ini cikgu beri contoh-contoh catan teknik cat air supaya pelajar boleh berlatih hasilkan latar kabur (langit, gunung atau pokok jauh) dan juga warna-warna untuk rumput. Jangan risau contoh-contoh gambar ni cantik sangat; kalau kita tiru gambar paling cantik, sekurang-kurangnya gambar kita cantik sikit. Kalau tiru gambar asal dah tak cantik, apa pula jadi pada gambar kita?
Akhir sekali, jangan lupa kehendak soalan yang terakhir iaitu pergerakan air..
Gambar di atas ini guna teknik warna legap . Nampak mudah, tapi anda perlu buat pemerhatian rapi dan cubalah meniru warna-warna yang digunakan sebaik mungkin. Jangan lupa buat juga latihan kesan bayang-bayang pokok pada air .
Soalan ini juga boleh dijawab menggunakan media Lukisan seperti pensil dan pen dakwat. Tapi lukisan kena lebih terperinci untuk kesan jalinan dan jangan nampak kosong. Di bawah ini ada beberapa contoh untuk latihan tapi nak jawab soalan, kena la pandai-pandai tokok tambah lukisan ni
Selamat Mencuba!

Batang kayu di atas ini guna teknik warna legap (kurang air). Lihat bagaimana unsur bentuk yang diminta oleh soalan dapat dijelaskan melalui penekanan terhadap kesan cahaya dan bayang.
Pokok baru tumbang dan masih berdaun. Selain daripada bentuk, soalan juga menekankan kepada unsur jalinan. Lihat bagaimana pelukis mengaplikasi unsur jalinan pada batang pokok dan dedaunan.
Beri perincian untuk menimbulkan unsur bentuk dan jalinan pada pokok dapat menjawab soalan dengan tepat.
Langkah 2: Buat beberapa lakaran ringkas untuk menentukan komposisi dan reka letak yang sesuai. Gabungkan beberapa elemen (objek pokok, daun ) yang sesuai sahaja untuk gambar latar yang dipilih. Kalau contoh pokok itu menegak, anda lukislah pokok tersebut dalam keadaan tumbang ikut kehendak soalan.
Langkah 3 : Practice Makes Perfect! Ada masa eberapa hari ni, berlatihlah mewarna. Unsur warna juga memainkan peranan penting untuk menjawab soalan. Cikgu sarankan, warnakan latar dengan warna cair dahulu (teknik cat air) untuk dapatkan kesan kabur dan jauh. Batang pokok yang lebih dekat barulah guna warna yang lebih legap (kurangkan air) dan lebih terang. Guna pensil warna untuk hasilkan jalinan pada batang pokok, dan juga untuk kesan cahaya dan bayang.
Di bawah ini cikgu beri contoh-contoh catan teknik cat air supaya pelajar boleh berlatih hasilkan latar kabur (langit, gunung atau pokok jauh) dan juga warna-warna untuk rumput. Jangan risau contoh-contoh gambar ni cantik sangat; kalau kita tiru gambar paling cantik, sekurang-kurangnya gambar kita cantik sikit. Kalau tiru gambar asal dah tak cantik, apa pula jadi pada gambar kita?
Akhir sekali, jangan lupa kehendak soalan yang terakhir iaitu pergerakan air..
Gambar di atas ini guna teknik warna legap . Nampak mudah, tapi anda perlu buat pemerhatian rapi dan cubalah meniru warna-warna yang digunakan sebaik mungkin. Jangan lupa buat juga latihan kesan bayang-bayang pokok pada air .
Soalan ini juga boleh dijawab menggunakan media Lukisan seperti pensil dan pen dakwat. Tapi lukisan kena lebih terperinci untuk kesan jalinan dan jangan nampak kosong. Di bawah ini ada beberapa contoh untuk latihan tapi nak jawab soalan, kena la pandai-pandai tokok tambah lukisan ni
Selamat Mencuba!
Jumaat, 18 November 2011
LUKISAN OLEH CHAI WUANG SHEN
Saudara Chai Wuang Shen sedang menuntut di IPGM Kampus Kota Bharu. Gambar-gambar di bawah ini dari album facebook beliau. Pelajar diminta membuat latihan sendiri di rumah dengan meniru gambar-gambar ini.
Selasa, 8 November 2011
Pameran SPM dan Bakat Muda @ Begholek Godang Seni Visual 2
Sekalung Penghargaan
kepada guru-guru dan para pelajar
SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
SMK TAMAN INDAH, TAMPIN
SMK JUASSEH
MRSM GEMENCHEH
SMK PANCHOR JAYA
SMSAINS TUANKU JAAFAR KUALA PILAH
SMK SERI AMPANGAN SEREMBAN
Pelajar yang berbakat melukis watak dari komik ini sebenarnya adalah pelajar OKU (Pendidikan Khas) dari SMK Taman Panchor Jaya. Syabas kepada beliau!