Khamis, 3 November 2011

Laporan Begholek Godang Seni Visual 2 Peringkat Negeri Sembilan




1.    PENGENALAN
       
         Begholek Godang Seni Visual Peringkat Negeri Sembilan dianjurkan oleh Panitia Seni Visual SMK Batu Kikir (Model Khas) dengan kerjasama Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan dinaungi oleh YB. Dato  Hj. Lilah Bin Hj Yasin,  Ahli Parlimen Jempol. Begholek Godang merupakan dialek Negeri Sembilan yang bermaksud Kenduri Besar atau Festival di dalam Bahasa Inggeris. Kebiasaannya program ini akan disebut Festival Seni Visual tetapi penggunaan dialek tempatan memberi impak jati diri justeru program ini disebut-sebut oleh masyarakat setempat. Tahun 2011 merupakan tahun ke-empat penganjuran  program seumpama ini oleh SMK Batu Kikir (Model Khas).

2008 – Pameran Seni Visual                                - Peringkat Daerah
2009 – Pameran dan Kolokium Seni Visual        - Peringkat Daerah
2010 – Begholek Godang Seni Rupa Malaysia  - Peringkat Daerah

Begholek Godang Seni Visual 2 Peringkat Negeri Sembilan  telah dilangsungkan pada 1 November 2011 dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Perasmian BGSV2011  telah   disempurnakan oleh YBhg. Hjh. Rodhiah bt. Md. Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, bertempat di perkarangan Dewan Za’ba, SMK Batu Kikir (Model Khas).

2.    Objektif  Bgsv
(a)        memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai prospek  Seni Visual di peringkat Pengajian  
        Tinggi dan juga bidang keusahawanan serta pekerjaan.
(b)    memberi pemantapan ilmu Seni Visual dalam peperiksaan dan meningkatkan peluang ke IPTA.
(c)         membuka minda masyarakat di luar lingkungan Seni Visual akan perkembangan Seni Visual
        khususnya dalam bidang pendidikan.
(d)       Memberi peluang kepada penggiat seni dan kraf menjana ekonomi setempat.

4.     Aktiviti  BGSV 2011
 Program ini berbentuk festival justeru pengisiannya terdiri daripada pelbagai aktiviti menjurus kepada aktiviti Seni Visual. Di antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang BGSV 2011 adalah seperti berikut :

A.       PAMERAN (bertempat di Dewan Za’ba)

      i.               Pameran Hasil Kerja Terbaik SPM
Penyertaan oleh sekolah-sekolah di Negeri Sembilan lebih menjurus kepada penghasilan produk kerja kursus pelajar tahun lalu. Di antara sekolah ang terlibat di dalam Pameran SPM ini adalah
·         SMK Taman Indah, Tampin
·         SMK Sri Ampangan, Seremban
·         SMK Panchor Jaya, Seremban
·         SMK Juasseh, Kuala Pilah
·         SMK Batu Kikir (Model Khas)
·         MRSM Gemencheh
-     SMK Mantin

    ii.               Pameran Pengenalan Mata Pelajaran Seni Visual STPM sebagai satu bentuk promosi pelajar   
            ke Tingkatan Enam .
  iii.               Pameran Pengenalan  Sastera Kanak-Kanak
Bengkel Menulis dan Illustrasi Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia – 3 orang guru Seni Visual dari Negeri Sembilan telah terlibat dengan bengkel ini yang telah dijalankan dalam empat siri di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Mereka adalah En. Zulkarnine b. Md. Deany dari SK Tunku Munawar, Kuala PIlah dan dua orang guru dari SMK Batu Kikir (Model khas) iaitu Pn. Noraida Ahmad dan Hjh. Jamilah bt.     Hasil kerja guru-guru terlibat telah dipamerkan di Festival Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur dari 27 Oktober sehingga 2 November.

Sehubungan itu juga, diadakan sesi Bercerita Bersama Mama Tok seorang aktivis bercerita. Nama sebenar beliau ialah Hasniah bt Hassan, mantan pensyarah bidang Teater Dalam Pendidikan Bahasa Melayu,  di Jabatan Pengembangan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.

  iv.               Pameran Bakat Pendidik mengenengahkan bakat seni guru-guru di Negeri Sembilan
    v.               Pameran Bakat Muda menonjolkan bakat para pelajar
  vi.               Pameran oleh artis Seni Visual dari  Persatuan Persatuan Pelukis Negeri Sembilan

B.       GERAI DEMONSTRASI DAN JUALAN
(i)        PELUKIS (PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN)
            Demonstrasi dan jualan lukisan potret  oleh pelukis.

(ii)   PERSATUAN SENI KREATIF (ARTGENG)
Demonstrasi dan jualan hasil kerja seni oleh ahli Persatuan Seni Kreatif SMK Batu Kikir (Model Khas) atau dikenali sebagai ‘artgeng’. Pelajar yang berminat boleh menyertai facebook artgengN9

(iii) KARYANEKA
     Demonstrasi dan jualan Kraf oleh pengusaha-pengusaha kraf tempatan – batik, anyaman dan    
     pertukangan besi parang.

(iv)  JUALAN BUKU  ILLUSTRASI  DAN DEMONSTRASI 
          LUKISAN  KARIKATUR
Jualan Buku dan Majalah ASUH  oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Demonstrasi dan jualan Lukisan potret karikatur (potret dalam bentuk kartun) oleh kartunis  Majalah Gila-Gila

(v)    DEMONSTRASI DAN JUALAN WAU KELANTAN

C.        BENGKEL

                   (i)     Bengkel Mewarna Bersama Uneh Raja Pensil Warna      
       

       Uneh atau nama sebenarnya Hasren b. Hj. Ismail  merupakan seorang penggiat  Seni Visual yang aktif dan sering dijemput memberikan bengkel mewarna  kepada kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur. Beliau sering dijemput mengendalikan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak dalam acara-acara yang berlangsung di sekitar  Kuala Lumpur, Johor dan terbaru bersama Jom Heboh TV3. Beliau juga dijemput di dalam rancangan Kid’s On 2   dan MyTV3. Gambar-gambar Uneh di Batu Kikir di  http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2011/11/uneh-begholek-godang-seni-visual-2.html
      
5.    PENUTUP
Penganjuran BGSV 2011 ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam bentuk ilmu pengetahuan dan pengalaman keusahawanan kepada para pelajar di Negeri Sembilan.






BUKU PROGRAM


BAKAT MUDA -SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

BAKAT MUDA-SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

BAKAT MUDA-SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

SIMBOLIK PERASMIAN- PPD MENANDATANGANI PLAK DAN DISIMPAN 
DI BILIK GERAKAN SEBAGAI KENANG-KENANGAN

BAKAT PENDIDIK -USTAZAH ROGAYAH DARI SMK BATU KIKIR (MK)

PAMERAN SPM - SMK BATU KIKIR (MK)

 PAMERAN PENGENALAN SENI VISUAL STPM
PAMERAN BENGKEL MENULIS DAN ILLUSTRASI SASTERA KANAK-KANAK

UNEH BERSAMA HJ. YUNUS (PENGERUSI PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN)

MAMA TOK - AKTIVIS BERCERITA DARI KUALA LUMPUR


PARA PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENDENGAR CERITA 
DAN BERAKTIVITI BERSAMA MAMA TOK

KUMPULAN CAKLEMPONG SMK BATU KIKIR (MK) 

HJH RODHIAH BT. MD. JAN, PEGAWAI PELAJARAN 
DAERAH JEMPOL DAN JELEBU MENANDATANGANI
                                   BUKU TETAMU.
                               ANTARA TETAMU JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN YANG 
                               TERDIRI DARIPADA PEGAWAI-PEGAWAI  PELAJARAN DAERAH 
                               DAN JABATAN PELAJARAN N9. TURUT SERTA CHIEF INSPEKTOR 
                               TUAN ALIAS DARI IPD JEMPOL




PAMERAN DAN BENGKEL WAU KELANTAN
OLEH SENI 17 ENTERPRISE (PEMBEKAL PERALATAN SENI)
TERIMA KASIH


PAMERAN SPM - MRSM GEMENCHEH

PAMERAN OLEH KOLEJ TINGGI MARA REMBAU



PAMERAN SPM - SMK SERI AMPANGAN

CIKGU JASMIN DARI MRSM GEMENCHEH
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
HJH AZIZAH ISMAIL DARI SMK TAMAN INDAH, TAMPIN

BENGKEL UNEH
                         DEMONSTRASI DAN PAMERAN PENGHASILAN KRAF PARANG



AKTIVITI JUALAN OLEH PERSATUAN SENI KREATIF (ARTGENG N9)

                                TERIMA KASIH KEPADA PENAUNG YB DATO' HJ. LILAH MD. YASIN
                                YANG MEMINJAM KHEMAH DARIPADA MAJLIS DAERAH JEMPOL
                                SEBANYAK 15 BUAH TERMASUK MEJA, KERUSI DAN BUNGA-                                      
                                BUNGAAN. TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA STAF MAJLIS
                                DAERAH JEMPOL. JASAMU DIKENANG.

                                         BENGKEL ANYAMAN BAKUL OLEH PN. HASNAH
                                         DARI KG. LONEK, BATU KIKIR.



PELAJAR PENDIDIKAN KHAS (OKU) DARI SMK PANCHOR JAYA,
                       SEREMBAN SANGAT MAHIR MENGHASILKAN LUKISAN-
                       LUKISAN KOMIK.

                                         DEMONSTRASI DAN BENGKEL BATIK  OLEH LIZA BATIK DARI
                                         KUALA PILAH.


                                  DEMONSTRASI MELUKIS POTRET OLEH SDR ZAKIR AMIR DAN EN.   
                              NASHA DARI PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN. TERIMA KASIH

SUMBER GAMBAR:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100002015186915&ref=ts
http://www.facebook.com/uneh.hasren

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DI DALAM PENGANJURAN BEGHOLEK GODANG SENI VISUAL 2 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN. SEMOGA USAHA KITA DAPAT MENYEMARAKKAN INDUSTRI SENI KREATIF DI NEGARA INI. 
                                  

1 ulasan:

galeri seni muar berkata...

Memperjuangkan Seni TanahAir.
Layari Galeri Seni Muar
www.galerisenimuar.blogspot.com
Terima Kasih.