Isnin, 28 November 2011

Teknik Mewarna Pergerakan air

Ramai juga yang bertanya bagaimana nak tunjukkan pergerakan air dalam soalan 4, jadi cikgu cari di youtube. Harap dapat membantu



Teknik dalam video ini adalah teknik legap sesuai untuk anda yang guna warna poster jenama buncho tu.  Mula-mula warnakan semua latar dengan warna sederhana gelap, warna cerah dikemudiankan. Akhir sekali warna paling cerah dan sedikit warna paling gelap untuk bayang. cikgu tak galakkan guna warna hitam sepenuhnya,bancuhlah apa2 warna dan dicampur sedikit sahaja hitam untuk ton gelap. Cikgu lebih suka biru ultramarine(biru pekat) daripada hitam.

Guna warna poster (buncho) ini, menjimatkan masa mewarna berbanding guna warna pensil sepenuhnya. Selepas diwarnakan background (latar) iaitu langit, batu, batang-batang pokok (tambahan)atau dataran, barulah guna warna pensil (LUNA atau STABILO) untuk  hasilkan kesan bebayang dan pencahayaan. Jalinan pada batang pokok juga senang dihasilkan dengan warna pensil. Jika warna pensil tak ada warna putih, cikgu gunakan liquid paper untuk kesan cahaya paling terang.

Jika pelajar takut guna berus untuk warnakan air, gunalah crayon atau oil pastel. Cuba juga  gunakan kapur tulis warna putih atau soft pastel (pelajar jarang ada warna jenis soft pastel). Rajin-rajinlah bereksperimen.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa cikgu cari bahan dari google dan tak buat sendiri dalam kelas. Sebenarnya, cikgu hanya mengajar di Tingkatan Enam dan dah tak mengajar Tingkatan Lima lagi jadinya cikgu cuma boleh tolong google supaya anda semua dapat jimat masa mencari-cari.

Harap membantu

Tiada ulasan: