Khamis, 13 November 2014

LATIHAN STPM SS2

DI SINI CIKGU MOHON KEBENARAN PIHAK BERKENAAN UNTUK SHARE CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEBAGAI PANDUAN KEPADA PARA PELAJAR. PIHAK BERKENAAN TU, RASANYA DARI TERENGGANU , JADI MOHON HALALKAN ILMU. KEPADA GURU-GURU BERKENAAN. JIKA PIHAK TUAN RASA RALAT, EMEL KEPADA SAYA DAN SAYA AKAN DELETE POST INI.
noraidasmkbk@gmail.com

BAHAN INI DAH LAMA SEJAK STPM TERMINAL, MOHON PELAJAR DAN GURU ALERT SUKATAN BAHARU. TERIMA KASIH KEPADA GURU YANG MEMBUAT SKEMA INI, SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN MENDAPAT PAHALA YANG BERPANJANGAN. AMIN

Bahagian A (Skema Jawapan)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

  1. Jelaskan pengertian seni visual mengikut aliran yang berikut…
(a)    Impressionisme
- menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
- warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada
  kanvas.
- tidak melukis secara detail.
      (b) Kubisme
            - menolak tradisi catan yang mementingkan objek reality
            - menganggap konsep seni satu konsep kea rah penciptaan dan menolak peniruan.
            - penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometric.
       (c) Surelisme
            - penghasilan karya berdasarkan bawah sedar minda pelukis
            - imej bawah sedar dan alam khayalan
            - menyeramkan, sunyai dan tidak logik
            - imej diletakkan di tempat yang tidak sesuai.
2. Nyatakan empat contoh karya yang mempunyai mesej yang berbza.
Contoh Karya
Mesej
(i)   Bumi Yang Bahagia, Abdullah Ariff

(ii)  Perahu Kertas, Dzulkifli Buyong
(iii) Sawah, Yeoh Jin Leng

(iv)  Musim Buah, Chuah Thean Teng
(i)   sumber ekonomi Negara (melombong
       bijih timah)
(ii)  pengalaman zaman kanak-kanak
(iii) menggambarkan suasana
       perkampungan petani
(iv) kekeluargaan dan kasih sayang

                                                `                                                                                          (8)


3 (a) Nyatakan tiga jenis logo dan jelaskan secara ringkas ciri-ciri logo tersebut.
  (i)   Logo huruf
   – berdasarkan bentuk huruf , samada menggunakan satu atau lebih daripada satu huruf
      yang digabungkan .   
   - mewakili sesuatu pertubuhan
  (ii)  Logo representasi
  - berdasarkan rupa objek pada alam sekeliling
  - bentuk asal dan gambar dipermudahkan melalui olahan garisan , rupa dan warna yang
    berkesan
  (iii) Logo simbol
  - menggunakan rupa mudah objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada kaitan
    dengannya
  - dapat menyamp[aikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa
  - tanda antarabangsa
                                                                                                                                          (6)
(b) Jelaskan secara ringkas unsure-unsur penting dalam rekaan sesebuah logo.
  (i)  warna – sesuai dan berkesan
  (ii) rupa                                                                                                                            (4)

4. (a) Selain penggunaan mesin pengimbas, nyatakan dua cara untuk mendapatkan imej.
   (i)  Clip Art
   (ii) On- Line Internet                                                                                                      (2)
    
(b)   Pilih empat perisian grafik dan berikan fungsi bagi setiap satu perisian.

Perisian
Fungsi
(i)   - Ilustrator
       - CorelDraw
       - FreeHand
(ii)  - Photoshop
       - CorelPaint
        - Xres
(iii)  - AutoCAD
        - 3D Studio MAX

(i)   merekabentuk dan melukis imej


(ii)  mengedit foto dan membentuk imej


(iii) rekabentuk 3D dan animasi




























Bahagian B ( Skema Jawapan)

7.
Perbezaan
Catan
M
Lukisan
M
1. Karya yang dihasilkan
    dengan menggunakan bahan
    basah seperti cat minyak, cat
    poster, cat tempera, cat  
    gouche, akrilik, fresco dan
    lain-lain.


[2 ½]
1. Karya yang dihasilkan
    dengan bahan kering seperti
    pensil, krayon, arang dan
    pastel.



[2½]
2. Bahan yang digunakan
    memerlukan bahantara,
    contohnya apabila
    pengkarya menggunakan cat
    air, bahantaranya ialah air.
    Sementara cat minyak pula
    menggunakan bahantara
    seperti turpentine dan
    minyak linsid.



[2½]
2. Bahan yang digunakan tidak
    memerlukan bahantara ,
    contohnya bahan seperti
    pensil digunakan terus ke
    atas permukaan kertas,
   kanvas dan sebagainya.



[2½]
3. Teknik catan idea seperti
(i) basah atas basah
(ii) basah atas kering
(iii) kering atas basah




[2½]
3. Dalam aspek teknik lukisan,
    mementingkan garisan,
    jalinan, lorekan,gosokan,
    titikan dan gurisan. Teknik
    lukisan cair bergantung
    kepada alat yang digunakan
    untuk mendapatkan rupa
    akhir. Karya ini seperti
    dakwat.




[2½]
4. Catan dapat dihasilkan pada
    permukaan kertas, kanvas,
    papan, dinding batu dan
    permukaan yang tidak rata.


[2½]
4. Lukisan dihasilkan pada
    permukaan yang terhad
    sahaja seperti kertas, papan
    dan  kanvas.


[2½]
5. Alat seperti berus dan pisau
    digunakan untuk
    mendapatkan kesan  berus
    atau kesan warna yang tebal
    dihasilkan dengan pisau.


[2½]

5. Pemadam digunakan untuk
    menghasilkan kesan lutsinar
    dan legap.


[2½]


8.            Bagi memastikan keberkesanan seni visual di Malaysia, beberapa organisasi
    penting harus memainkan peranan dalam perkembangan seni visual. Di anatara
    organisasi tersebut ialah :
a)      Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
      Institisi ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam perkembangan kraftangan di
      Malaysia. Melalui pusat latihan di beberapa buah negeri, telah melatih tenaga muda dalam bidang ini. Di samping itu melalui agensinya seperti INFOKRAF dan KARYANEKA telah dapat mengawal, membuat penyelidikan dan mempromosikan kraf ini untuk dimajukan dan terus dipelihara.                                                              [5]
b)      Muzium Negara
Institusi ini adalah sebagai badan yang menjaga badan-badan kraf tradisi di samping membuat penyelidikan terhadap sejarah dan perkembangan.                                       [5]
c)      Balai Seni Lukis Negara dan Negeri
Institusi ini adalah tempat mempamerkan barang kraf dan pernah membuat pertandingan agar perkembangan seni visual terus berkekalan.                                    [5]
d)     Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri melalui agensi-agensinya seperti Balai Seni Negeri, Muzium Negeri, Jawatankuasa Kemajuan Kampung.                                                                                [5]


e)      Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
(KPM) melalui agensi-agensinya seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Jabatan Pendidikan Negeri dan seluruh sekolah yang ada di Malaysia.                        [5]
f)       Institusi Pengajian Tinggi(IPT)
Melalui institusi tersebut bolehlah menawarkan bidang seni visual serta membuat aktiviti yang berkaitan dengan sumbangan seni di tanahair. Sekaligus melahirkan tenaga pengajar, mempersiapkan dan melatih pelajar kea lam pekerjaan professional.
g)      Kumpulan Seni Lukis
Menyatupadukan pelukis-pelukis Malaysia dan memperkembangkan bakat serta pengetahuan pelukis-pelukis Malaysia. Menaja dan mengadakan pameran untuk hasil karya pelukis Malaysia.                                                                                                [5]
  • Pilih 5 jawapan daripada di atas.

9 (a) Gaya catan karya Abdullah Arif,”Bumi Bahagia”
   - Gaya dan aliran dipengaruhi sikap dan konsep romantis Inggeris.                              [3]
   - Gaya catan lebih menyerlah pengaruh Eropah dari segi pendekatan 
     dan pandangan                                                                                                              [3]
   -  Teknik ‘wash’ ketara dalam karya serta gaya catan yang lebih rumit dan teliti.        [3]
   -  Kemahiran sapuan berus yang spontan dan terkawal                                                  [3]

   (b)  Hal benda dan mesej yang hendak disampaikan oleh pelukis
    -  menggambarkan alam semulajadi yang tenang dan aman damai                               [3]
    - kegiatan melombong bijih timah, merupakan sumber ekonomi pada ketika itu
       dan ia merupakan factor kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu.                          [4]     
    -  hasil bumi yang memberi kekayaan kepada Negara                                                   [3]
    -  imej dipaparkan dengan lebih jelas dan terkawal                                                       [3]
    - penggambaran perkara yang natural bersifat sentimental atas dorongan minat
       romantis terhadap yang indah dan permai                                                                  [3]
           


10. (a) Peranan dan fungsi
Tembikar tradisional
M
Tembikar dimensi baru
M
1. Digunakan sebagai
    keperluan atau kegunaan harian.

[2½]
1. Digunakan sebagai perhiasan, amat sedikit digunakan sebagai bahan keperluan.

[2½]
2. Sebagai bahan
    magis/ritual . Cth. Kaum Murut -tempat penyimpanan mayat


[2½]
2. Sebagai sumber pendapatan
    atau komersil yang menguntungkan -dieksport


[2½]
3.  Sebagai simbol kebesaran atau kekayaan
    bagi golongan bangsawan atau raja. Cth. golongan istana Maharaja China.


[2½]
3. Menarik minat pelancong/ meningkatkan mutu hasilan kraf tembikar Malaysia

[2½]

(b)  Proses penghasilan
Tembikar tradisional
M
Tembikar dimensi baru
M
1.Dihasilkan dengan menggunakan tenaga manusia (tangan)

[2½]
1.  Dihasilkan dengan menggunakan mesin.

[2½]
2. Proses pembakaran masih menggunakan teknik lama iaitu pembakaran tanur yang memakan masa yang lama dan berisiko pecah.



[2½]
2.  Proses pembakaran dengan oven/ ketuhar. Proses ini lebih cepat dan kurang berisiko daripada pecah.

[2½]
3. Menggunakan bahan daripada sumber alam semulajadi

[2½]
3. Menggunakan tanah yang diadun dengan pelbagai warna

[2½]

4. Proses pewarnaan masih terikat kepada warna asal tanah

[2½]
4. Warna yang digunakan tidak terhad. Menggunakan warna-warna komersil

[2½]

  • Pilih 2 perbezaan daripada jawapan di atas.

11. (a) Teknik penghasilan
       Karya Chuah Thean Teng
(i    Menggunakan canting untuk melilin dan berus untuk mewarnakan motif.                 [3]
(ii   Ternyata teknik penghasilan retak seribu telah digunakan untuk penghasilan
       karya                                                                                                                           [3]
       Karya Fatimah Chik
(i)   Menggunakan teknik blok untuk menghasilkan batik capan yang bertindih-tindih
       (overlapping)                                                                                                               [3]  
(ii)  Teknik yang digunakan lebih kepada teknik cetakan                                                  [3]

       (b) Hal benda                                                                                          
       Perbandingan Karya Chuah Thean Teng dan Fatimah Chik
 (i)   Kedua-duanya bersoalkan identiti warisan bangsa                                                    [2]
 (ii)  Namun hasil karya Chuah Thean Teng lebih menekankan nilai-nilai intipati
        kesenian tradisional Melayu                                                                                       [2]
 (iii) Sementara , hasil karya Fatimah Chik pula menyentuh motif-motif pribumi           [2]
 (iv)  Hal benda dalam karya Chuah Thean Teng jelas dan bersifat ‘dialog’,
        semenatara karya Fatimah Chik, hal bendanya tidak jelas dan bersifat ‘naratif’      [2]
                       
       (c) Unsur rekaan
(i)    Hasil rekaan karya oleh Chuah Thean Teng adalah jelas dan menggunakan bentuk
        manusia sebagai corak rekaan.                                                                                   [2]
(ii)   Hasil karya fatimah Chik pula lebih berunsurkan rekaan geometri                            [2]


(iii)  Kedua-dua karya menekankan kepada keseimbangan dari unsur simetri               [2]
(iv)  Penggunaan warna merah yang dominan sebagai warna garang dalam kedua-dua
       karya                                                                                                                           [2]

12. Idea boleh dihidupkan melalui rujukan dari pelbagai sumber :
(i)  homages – dorongan dari semangat menghargai tuan / pendewaan/ idola/ ikonologi.
      Cth. ‘Marilyn Monroe’, Andy Warhol
              ‘The Old King’,George Rounit                                                                            [5]
(ii) media massa – zaman IT , seni propaganda
      Cth. ‘Power I ‘, Zulkifli Yusoff (arca)                                                                        [5]
(iii) pemerhatian – persepsi dan ilusi alam benda .
      Cth. ‘Bunga-bunga Ros dan Al- Quran’, Zakaria Noor                                              [5]
(iv) persekitaran – alam semulajadi dan alam buatan
      Cth. ‘Coconut Plantation – Dawn’, Abdullah Arif                                                     [5]
(v) peristiwa – mitos, sejarah, semasa, eksotik.
      Cth. ‘Merdeka’, Syed Tajuddin                                                                                   [5]
(vi) Imaginasi – alam peribadi, idiosyncracy, mistik, eccentricity.
       Cth. ‘The Persistence of Memory’, Salvador Dali                                                      [5]
(vii) pengalaman – kesan sensitiviti terhadap apa yang dialaminya samada
       dari persekitaran diri mahupun alam sekeliling.
       Cth. ‘Penambang’, Hassan Mohd. Ghazali                                                                 [5]

* pilih 5 isi daripada jawapan di atas.
                                               







Kertas 2

Arahan ; Buat lukisan dengan menggunakan media kering atau media basah berasaskan ‘setting yang berikut ;

            Di sudut bilik rehat kelihatan meja dan kerusi rehat yang terdapat beberapa keperluan yang diletakkan di atas meja tersebut. Alatannya termasuklah satu set teko dan sepinggan kuih-muih tradisional. Di tepi meja sebelah kiri terdapat sebuah rak majalah yang kelihatan tidak tersusun rapi.

Anda dikehendaki menggunakan elemen lukisan, bahan media dan teknik yang sesuai untuk menimbulkan kesan perspektif, ruang dan pencahayaan.



















Kertas 4 (Skema Jawapan)

Jawab semua soalan.
1. (a)    Pengolahan mesej dalam konteks masyarakat di dalam lukisan tersebut bolehlah dilihat dari aspek tema yang menggambarkan satu aspek pertanian atau ekonomi orang-orang Melayu di Kelantan. Di samping iti ia juga menggambarkan nilai-nilai gotong-royong dan perpaduan di kalangan masyarakat kampung . Lukisan ini juga memaparkan konteks budaya terutama dari segi pakaian yang dipakai oleh ketiga-tiga orang wanita yang masih mengekalkan pakaian tradisi mereka iaitu kain sarung kebaya dan bertudung.                                                                [10]
  (b)(i) Ciri-ciri gaya penampilan dalam karya tersebut bolehlah dilihat dari aspek penghasilan karya dengan gaya realistik . Gambaran tiga figura perempuan yang memungut daun tembakau. Gambaran latar belakang yang dilukis dengan jelas, mempunyai hal benda seperti langit, bukit-bukau , pokok-pokok dan hasil pertanian.
     (ii)   Teknik yang digunakan oleh pelukis adalah teknik cat minyak. Buktinya dapat dilihat dari teknik sapuan berus dan pencahayaan pada ‘subject matter’. Nilai yang terdapat dalam karya ini ialah ianya menonjolkan imej kemelayuan yang bersifat kebangsaan.
     (iii) Pelukis berjaya menonjolkan imej dan perihal benda yang memaparkan kehidupan penduduk         kampung yang menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan utama. Di samping itu karya ini juga berjaya memperlihatkan nilai budaya dan perpaduan kaum, khususnya kaum Melayu.
                                                                                                                                         [10]

2.         Dari aspek dimensi tradisi , keris hanyalah sejenis senjata orang Melayu yang digunakan sepenuhnya dalam Kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Namun ia memainkan peranan yang penting dalam adapt-istiadat Melayu. Keris juga dianggap sebagai sebuah karya seni yang dianggap sebagai penghubung di antara pemerintah dengan yang diperintah. Sebagai contohnya dalam ‘Sejarah Melayu’ , peranan keris tidak sahaja digunakan untuk mempertahankan negara  dan maruah diri, malah ia sebagai satu simbolik hubungan dan kesetiaan hulubalang Melayu kepada rajanya. Penganugerahan keris ‘Taming Sari’ kepaha Hang Tuah sebagai lambing pengiktirafan raja kepada Laksamana Hang Tuah.                                                                               [15]

3.         Istilah tradisi berasal daripada perkataan Greek ‘Paradidomi’ atau Latin ‘Tradio’ yang bermaksud suatu pemindahan, penurunan akan sesuatu yang diterima. Dari sudut makna, ia membentuk paksi menegak akan kesopanan kepada ketuhanan dan prinsip intergratif. Menurut Nasr, tradisi bermaksud kebenaran atau prinsip –prinsip yang melebihi individu atau asal ketuhanan yang didedahkan oleh manusia menerusi pelbagai figura bayangan sebagai pesuruh nabi ‘avatars’ dan sebagainya.                                                                                                           [15]

4. (a)    Ulangan, imbangan dan keselanjaran digunakan dalam kesemua seni tampak sebagai kaedah peraturan, tetapi setiap bentuk seni memerlukan penggunaan kaedah peraturan yang agak berbeza sedikit. Seni catan boleh difahami sebagai satu peraturan bentuk-bentuk berwarna yang bersifat dua dimensi yangmendatar, atau ia boleh juga dianggap sebagai satu kaedah maya atau ilusi yang menggambarkan persamaan bagi bentuk dan ruang tiga dimensi pada permukaan dua dimensi. Tidak kira peraturan yang mana yang digunakan, nemun kedua-dua kaedah peraturan estetik itu boleh digunakan untuk menghasilkan gubahan yang bersatu.                                                                                                                [5]
(b)        Penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada awal abad ke-19 menyebabkan
            lahirnya Seni Lukis Moden Malaysia yang mengakibatkan penolakan dan selanjutnya meminggirkan kesenian tradisional Melayu. Terbentuk berdasarkan pandangan sekular dan materialistik , ia menganjurkan pelbagai falsafah sertateori seni yang jelas bertentangan dengan pegangan mistik – keagamaan kesenian tradisional Melayu. Sebagai suatu penjelmaan kepada humanisme Pasca Renaissance, Seni Moden melambangkan pemberontakan manusia terhadap tuhan, selanjutnya metafizik serta tradisi. Manusia telah melupakan tuhan daru dunia ini dan mempertaruhkan sains moden sertakuasa pemikiran manusia.
                     Kosmos manusia moden telah kehilangan apa jua bentuk kerohanian dan duniakeaslian yang nyata bersifat materialistic. Manusia moden jelas rasionalisme Descartes, hanyalah pati kepada jasad dan fikiran serta tidak mempunyai jiwa. Bagi Descartes, manusia hanyalah suatu system piskologi kepada pelbagai fungsi mekanis di mana tiada jiwa yang ditemui dan ia terisah dari alam semulajadi kerana keupayaan berfikirnya dalam ‘faculty- cogito ergo sum’.
                     Selain dari melemahkan rohani, seni lukis moden juga bersifat anti-sosial. Tidak seperti dalam masyarakat tradisional, seni tercipta bukan untuk memenuhi keperluan rohani dan jasmanimasyarakat, tetapi ‘menjadi’ media menyalurkan idea serta perasaan ‘idosinkretik’ pelukis. Konsep seni ‘untuk seni’ , menjadi rasional senui lukis moden dan bukannya ‘seni untuk masyarakat’. Kesan teori fomalis menyebabkan perhubungan seni dengan masyarakat menjadi renggang bila seni memperjuangkan status kebebasan, kuasa dan identiti sendiri.
                     Daya komunikasi ‘seni’ serta kemudahan untuk memahaminya lenyap apabila seni membataskan dirinya hanya dengan pemasalahan-pemasalahan formalistik, estetik dan nilai-nilai plastik sahaja, serta terpisah daripada keperluan social, material, budaya, rohani dan realiti masyarakat. Tidak disangkal lagi, bahawa imej diri, sikap dan gaya yang ditonjolkan oleh kebanyakan pelukis moden memaparkan pertentangan hubungan dengan masyarakat. Subur dengan nilai-nilai romantic, akan keunikan sendiri, mereka mengharapkan pelbagai gelaran seperti wira budaya, penentang masyarakat, genius dan ‘avant-garde’. Malahan gaya hidup mereka juga mencerminkan pendirian anti- establishment.                                                                  [20]




Gambar 1 untuk soalan 6

Anthony Lau
Rimba (1966)
Logam



Gambar 2 untuk soalan 9


Abdullah Arif
Bumi Bahagia (1962)
Cat Air











Gambar 3 untuk soalan 11


Chuah Thean Teng
Musim Buah (1967)
Lukisan Batik







Gambar 4 untuk soalan 11

Fatimah Chik
Nusantara
Batik


Tiada ulasan: