Khamis, 13 Januari 2011

Perbincangan Soalan 1 - Keharmonian

1 Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Keharmonian”.

Definisi Harmoni
1. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni.
2. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah.

Hasil karya hendaklah menggunakan teknik hard edges

Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna


dengan menggabungkan rupa huruf

Catan di atas mengulang-ulang rupa huruf dan menggunakan warna sewarna lalu menimbulkan kesan harmoni di dalam karya.


dan rupa geometri.



Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).
Bagi yang memilih bentuk tiga dimensi (3D), teknik luakan boleh digunakan.






Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya
tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan
25 cm lebar.


Portfolio karya seni hendaklah mengandungi

• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema

Langkah 1:

dapatkan artikel-artikel dari suratkhabar yang menyokong pandangan anda mengenai sesuatu isu . Cth. sekarang ni ada banyak artikel mengenai isu novel INTERLOK . Gunting dan simpan. Di internet juga ada isu ini seperti http://kadirjasin.blogspot.com/. Print dan simpan. Artikel-artikel ini perlu dimasukkan ke dalam folio sebagai Sumber Maklumat.

Selalunya, aliran catan hard-edge ini tidak mempunyai maksud tersirat tertentu. Pelukis catan ini hanya menggunakan imej-imej geometri dan huruf dan 'bermain' dengan unsur seni dan prinsip rekaan . Cthnya, harmoni warna, kontra saiz, imbangan rupa, irama dan pergerakan dll, seperti contoh karya di atas.. Catan jenis ini mula terhasil reaksi daripada catan aliran abstract expressionist yang terhasil secara spontan seperti percikan warna dsbnya.

Jika anda hanya mahu menggunakan huruf-huruf tertentu dalam karya, juga dibolehkan. Jadi, langkah pertama anda sepatutnya mendapatkan jenis-jenis typografi yang terdapat di dalam komputer. Taip dan print sahaja.

Boleh juga guna cara ini: gunting iklan-iklan dari majalah atau suratkhabar, juga dapatkan dari internet' flyers' atau 'advertising ' . Lepas tu, ikut cara ini

1. sediakan satu 'view finder' atau tetingkap (seperti yang diguna untuk lukisan)
2. dapatkan gambar2 iklan, 'flyers' , 'packaging' dari majalah atau internet.
3. guna tetingkap untuk dapatkan komposisi yang menarik dari keratan iklan tersebut.
4. lukis atau tekap komposisi tersebut ke atas kertas lukisan sebagai kajian perkembangan idea.
Tapi kena la buat banyak-banyak, paling kurang 30 lakaran .

• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat

Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• keaslian
• kemasan


Rujukan:

2. http://www.minusspace.com/2009/06/frederick-hammersley-1919-2009-in-memoriam/

hammersley-inmemoriam

U.S., late 1950s - The term Hard-edge painting was coined in 1959 by art historian Jules Langsner to characterize the nonfigurative work of four artists from California in an exhibition called Four Abstract Classicists. The term then gained broader currency after British critic Lawrence Alloway used it to describe contemporary American geometric abstract painting featuring an “economy of form,” “fullness of color,” “neatness of surface,” and the non-relational, allover arrangement of forms on the canvas. This style of geometric abstraction refers back to the work of Josef Albers and Piet Mondrian. Artists associated with Hard-edge painting include Al Held, Ellsworth Kelly, Alexander Liberman, Brice Marden, Kenneth Noland, Ad Reinhardt, and Jack Youngerman.


Procedure:


Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna


9 ulasan:

Noraida Ahmad berkata...

leh kah?saya masih baru lg mengajar subjek ini kira masih kabur lagi tentang kajian ini.
2 hours ago · Mark as Irrelevant · Report · Delete Post

Noraida Radot
tak ada masalah.. lebih bagus sebab ada ciri-ciri tradisional . Cth anyaman, motif2nya bermotif geometri. Contoh di blog tu,pengaruh karya gaya orang2 Barat. Sepatutnya lah kita mengangkat motif2 tradisional kita ke dalam karya moden. Jangan lupa kajian rupa huruf juga kena ada tapi tak semestinya karya akhir tu dia jadi huruf juga... mungkin nmpk sipi2 atau ada unsur tindanan rupa hingga hilang rupa asal huruf...

terima kasih bagi idea.

boy berkata...

assalamualaikum........... bleh ka saya minta tolong dengan cikgu.tentang hard edge....... saya kurang faham tentang soalan ini boleh ka cikgu tolong,?

boy berkata...

hard edge..... harmoni....gabungan rupa geometri dan rua huruf......

nrs mix jufflin berkata...

kalaw kita orang nak buat soalan satu tema keharmonian tue senang juga ka tue..

nrs mix jufflin berkata...

cikgu saya kurang faham macam mana nak buat soalan keharmonian tu....boleh ajar saya ka cikgu...

wariepul "we" berkata...

salam cikcu noraida radot,
ny saye plajar dkt sklh permas yg cikgu dtg ary tu.. anak murid cikgu hidayah..sye buat ttg kraf tradisional.. tp hnye ambik batik,tenunan,ayaman dan ukiran kayu. sye kaji dn tukar kpd rupa geogmetri.. s'pnjg p'kembangan idea sye buat semue rupa hard edge tnpa m'gbungkan rupa huruf.. saye nk m'gmbrkan tu agak ssh di sini nmun blh kah sye m'gunakan rupa huruf tnpa di geometri kedlm p'kmbgkan idea dn diats kanvas nty??? blh kah saye m'ggunakan font yg berangkai dn sye m'buat p;gulangan pd font tersebut...

nrs mix jufflin berkata...

wah bukan senang nak buas soalan stu ni kan....tpi syukur la sya dapat buat jga...

nrs mix jufflin berkata...

rata-rata pelajar tingkatan 6 di SMK telupid ambil soalan 1 dan 3 je......bgus la semoga pelajar semua faham kehandak soalan tu..

Noraida Ahmad berkata...

semoga semua pelajar dapat A