Berikut adalah beberapa contoh-contoh teknik lukisan yang anda boleh aplikasi dalam folio. Ada banyak teknik melukis, contohnya teknik titik-titik, teknik garis silang atau ''çross-hatching'', guna warna air, teknik campuran dan sebagainya. Teknik-teknik melukis ini anda boleh rujuk dalam buku-buku rujukan seni dan internet.
Lukisan di bawah merupakan contoh-contoh lakaran yang dihasilkan oleh guru-guru seni dari Wilayah Persekutan. Lakaran ini adalah contoh untuk folio SPM tahun 2007 kalau cikgu tak salah.Terima kasih cikgu-cikgu...

Lakaran di atas memerlukan anda mahir mewarna. Cikgu selalu galakkan pelajar menekap gambar (hitamkan dahulu belakang kertas yang ada gambar yang akan bertindak sebagai carbon paper). Teknik menekap tidak semestinya digunakan oleh pelajar tidak mahir melukis; pelajar yang berbakat melukis juga boleh jimatkan masa melukis dengan cara ini. Anda tak perlu lagi asyik memadam kesalahan jika kadar banding lukisan anda tak betul.
Teknik mewarna untuk gambar di atas adalah teknik catan cat air. Guna banyak air semasa mewarna bahagian yang cerah. Tak perlu guna warna putih.