Jumaat, 17 Februari 2012

Soalan 2 2012 : Arca Awam

Di sini cikgu beri beberapa pautan yang mungkin dapat membantu para pelajar mengumpul maklumat mengenai soalan no 2 Kerja Kursus Seni Visual STPM

1. ARCA AWAM OLEH ROSLI ZAKARIA


2. PAUTAN SLIDE TAKLIMAT JURULATIH UTAMA SENI VISUAL STPM


3. RAMLAN ABDULLAH GALLERY

Kajian dalam bentuk lakaran dan lukisan sangat penting dalam penghasila arca justeru jgn abaikan.

 4. klik sini dan lihat bagaimana artis-artis menghsilkan kajian lakaran untuk arca mereka.




Berikut cikgu upload beberapa contoh arca awam yang nampak sesuai untuk tema keharmonian pelbagai kaum di malaysia. Pelajar kena kaitkan arca tersebut dengan objek sumber ilham masing-masing.

5. from sheet to seat

Rabu, 1 Februari 2012

Pengendalian Kerja Kursus Seni Visual STPM 2012

PERKARA MUSTAHAK UNTUK PEPERIKSAAN STPM 2012
SENI VISUAL KERTAS 3(970/3)-PROJEK PENGHASILAN KARYA
(sumber Laman Web Majlis Peperuksaan Malaysia)

Dimaklumkan bahawa bahan yang berikut boleh dimuat turun dan dicetak oleh guru Seni Visual daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 1 Februari 2012 (Rabu).
(a)  Projek Penghasilan Karya (Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual) STPM 2012 untuk edaran kepada calon sekolah kerajaan yang mengambil mata pelajaran Seni Visual(970) - 970/3 A1
(b)  Arahan Pengendalian Projek Penghasilan Karya Kepada Guru Seni Visual dan Pengetua.- 970/3 A2
(c)   Bahan Taklimat Kepada Jurulatih Utama Tentang Pengendalian Kerja Kursus Seni Visual STPM 2012.
Soalan 3 yang asal (watak Hang Tuah dan Hang Jebat) telah dimansuh dan digantikan dengan soalan yang baharu. Cikgu tak dapat buka laman web MPM tapi rakan Jurulatih Utama Seni Visual dari Perak ,Cikgu Akma (terima kasih) telah muat naik di facebook. Jadi, cikgu kongsi di sini untuk rujukan awal para pelajar. Apa-apapun, sila dapatkan soalan sebenar dari MPM

SOALAN 3 (BAHARU)
Hasilkan sebuah komik kepahlawanan bertajuk “Pembalasan”. Karya anda hendaklah menitikberatkan disiplin rekabentuk sebuah komik.

Arahan soalan:
Ukuran komik hendaklah bersaiz 29.5 cm tinggi dan 21 cm lebar yang mengandungi lapan muka surat.
Hasil rekaan hendaklah menunjukkan sebuah komik dalam bentuk sebuah buku berdasarkan tajuk (boleh binding dengan menggunakan comb).

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi aspek yang berikut:
-permasalahan
-kajian dan lakaran watak
-kajian latarbelakang, belon dialog dan petak komik
-skrip dan lakaran papan cerita berdasarkan kotak komik
-lakaran komik sebenar
-senarai peralatan yang digunakan
-rujukan dan sumber maklumat
-gambar langkah-langkah proses semasa berkarya

Hasil karya
Hasil rekaan hendaklah menunjukkan sebuah komik dalam bentuk sebuah buku berdasarkan tajuk.

Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek yang berikut:
-kemahiran penggunaan bahan dan teknik
-disiplin reka bentuk komik dan aplikasi bahasa seni visual
-keaslian
-kualiti persembahan
-kemasan

Kajian portfolio
Mengenal Pasti Permasalahan:
-Penceritaan berkaitan dengan tajuk pembalasan
-Gambaran watak yang sesuai berdasarkan skrip
-Rekabentuk komik – Kulit dan rekaletak dalam komik

Skrip:
Menyediakan sebuah skrip berdasarkan tema.

Lakaran:
-Lakaran watak – pemilihan watak-watak
-Kajian visual latarbelakang, belon dialog dan petak komik melalui lakaran.
-Pemilihan Media danTeknik:
-Pemilihan alat dan bahan
-Teknik lukisan untuk komik.
-Persembahan dalam bentuk buku.