Isnin, 19 September 2011

Program Begholek Godang Seni Visual 2 Tahun 2011



Pada 1 November 2011, SMK Batu Kikir akan menganjurkan Program 'Begholek Godang' Seni Visual 2 selama SATU hari sahaja. "Begholek Godang" dalam bahasa Negeri Sembilan bermaksud Kenduri Besar atau Festival dalam bahasa omputeh.
Kepada sekolah-sekolah di luar Negeri Sembilan, jika berminat untuk hadir ke program ini; perlu mendapatkan kebenaran PPD masing-masing . Borang Permohonan Lawatan beserta senarai peserta rombongan perlu dihantar ke PPD 3 minggu sebelum tarikh kejadian. Jadi, bertindak sekarang!
Pelajar-pelajar dari IPT terutama bakal guru seni visual juga dialu-alukan tetapi cikgu tak pasti pula prosedurnya. Jemput ya.