Rabu, 22 Mac 2017

PESTA BUKU JEMPOL KEMBALI LAGI!!!

Kini dikenali dengan nama PESTA BUKU DAN KARNIVAL KERJAYA JEMPOL JELEBU TAHUN 2017 Sudah pasti lebih pameran dan lebih aktiviti menanti anda!! Dapatkan buku-buku rujukan terbaharu keluaran Cerdik Publication dan jualan bahan bacaan lain dengan diskaun hebat dan harga murah terus daripada penerbit Telaga Biru, Institut Terjemahan Buku Nalaysia, Majalah Gila-Gila bersama kartunis dan banyak lagi!


Cer tengok Jadual Aktiviti. Aktiviti yang mana satu korang nak hadir? 
Kepada peminat Sastera, pada hari Sabtu ada Hari Apresiasi Puisi anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan . Personalia jemputan adalah Puan Mahaya Mohd Yassin yang akan membimbing remaja menghasilkan puisi berkualiti yang sesuai  untuk terbitan majalah .
Manakala di Pentas Utama pula, penyiar yang terkenal dahulu di corong radio, Noramin Mosy Mosyi akan membuat persembahan sambil membimbing audiens dengan ilmu-ilmu persembahan puisi.


Pertandingan Futsal pula menyediakan Hadiah Wang Tunai  Lumayan untuk pasukan terbaik hingga tempat ke-empat! Jangan lupa daftar pasukan anda di Kompleks Rakan Muda Jempol.



Seperti biasa, UNEH akan berkampung di Pesta Buku Jempol Jelebu . Saban tahun tak pernah jemu melayan karenah pelajar-pelajar. Jangan lupa buat temujanji dengan cikgu untuk booking masa bersama UNEH




Hari terakhir Pesta Buku, kita belanja konsert lah!
Jom ramai-ramai menonton persembahan 10 orang anak muda berbakat besar dalam bidang seni suara. Mereka sedang mengadakan road tour ke seluruh negara dan Jempol salah satu tempatnya!



JUMPA DI SANA!!!





Rabu, 25 Januari 2017