Khamis, 2 Mei 2013

Latihan Rendering



SIRI GALERI GURU

Nampak tak lelaki pakai baju biru yang sedang melihat lukisan tu? Haa.. Beliau adalah pemilik Cerdik Publication, sebuah syarikat penerbitan yang sedang top dengan buku-buku soalan peperiksaan awam. En Redza, merupakan pengerusi kepada MBBY (Malaysia Books of Board for Young people) dan juga IBBY (international) di mana 70 buah negara menjadi ahli kepada pertubuhan yang menjadi nadi penggerak penghasilan buku kanak-kanak dan remaja.

Kalau nak tahu lebih lanjut, tanya saja kepada Google tapi cikgu sebenarnya nak cerita mengenai hasil bengkel penulisan dan illustrasi buku yang cikgu sertai pada tahun 2011 dulu. Pada masa tu, En Redza telah dijemput untuk melihat hasil bengkel mana tahu yang beliau sangat suka dan berminat untuk menerbitkan buku-buku tersebut. Alhamdulillah, pada tahun ini, Siri Galeri Guru dengan rasminya telah diterbitkan dan akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 4 Mei.

Setinggi penghargaan kepada yang berusaha Pn Yati,  pelukis Yusof Gajah dan isteri Mama Zakiah, Pn Alimah Salam, En Ahmad Redza dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga terbitnya buku pertama cikgu. Harapan cikgu, lebih ramai yang berminat menjadi penulis buku kanak-kanak di Malaysia supaya rakyat Malaysia terasuh menjadi rakyat membaca sejak dari kecil lagi.

Salam, jumpa lagi






Lukisan Perekaan : Teknik Stensil

Dihasilkan oleh Masliha PU2 seni



Rabu, 1 Mei 2013

Self portrait




Lukisan Pengkaryaan : Teknik Crosshatching

Latihan lukisan ini dihasilkan oleh Mohd Mustopa  SMK Batu Kikir (Model Khas)