Selasa, 10 September 2013

Contoh format kertas kerja terbaru 2013

Berikut adalah format kertas kerja terbaru yang dihasilkan pada 2013. Program pun dah berjalan dengan jayanya.

 Kertas Kerja Pesta Buku Batu Kikir by Noraida Ahmad

Isnin, 9 September 2013

Persiapan Pameran Seni Visual STPM 2013

As salam, 
Harapan cikgu semua calon STPM Seni Visual 2013 sedang bertungkus lumus menyiapkan lakaran akhir dan seterusnya karya akhir . Dalam masa menyiapkan portfolio seni, anda juga diberi tugasan membuat persiapan untuk berpameran. 

Di sini, cikgu mohon izin kepada pemilik-pemilik kertas kerja, contoh-contoh katalog pameran dan lain-lain yang mungkin berguna untuk para pelajar. Allah saja yang membalas jasa baik anda berkongsi ilmu pengetahuan dengan kami semua. 

Kepada para pelajar, paparan ini adalah contoh dan cadangan sahaja. Berbincang dengan guru pembimbing dari masa ke masa.

Cadangan Persediaan PAMERAN SENI VISUAL STPM 2013

Pertama -  Lantik Jawatankuasa kerja yang terdiri daripada calon-calon Seni Visual STPM 2013. Semua calon perlu terlibat. Berikut adalah contoh kertas kerja yang mengandungi perincian tugasan kepada semua AJK. Perincian tugasan ini penting supaya AJK faham bidang kuasa mereka dan tidak bertindan antara satu sama lain.
Berikut adalah cadangan jawatankuasa yang penting untuk Pameran (letakkan nama sebenar individu):

Penasihat
Pengetua Sekolah

Pengerusi
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam

Penyelaras
Guru Seni Visual

Pengerusi
Pelajar

Naib Pengerusi 
Pelajar

Setiausaha

Pen. Setiausaha

Bendahari

Pen. Bendahari
Jawatankuasa Kerja:

J/K Peralatan
J/K Persiapan Pameran
J/K Seranta (backdrop, banner)
J/K Katalog Pameran 
J/K Kebersihan 
J/K Dokumentasi
Jika melibatkan Majlis Perasmian, perlu ditambah
Pengerusi Majlis,
J/K Jamuan
J/K Sambutan
J/K Cenderahati
J/K Buku Program 


2. Contoh katalog Pameran