Rabu, 6 Mac 2013

Teknik melukis objek transparent

Cikgu cuba usahakan untuk upload video-video yang memaparkan teknik-teknik melukis yang berguna untuk calon-calon STPM. Melalui paparan video ini, anda dapat melihat langkah demi langkah penghasilan lukisan terutama teknik yang digunakan bagi objek yang berlainan.



sumber : youtube

KERJA KURSUS SPM 2013

Bengkel krsv 2013 from Noraida Radot

Slide share ini dihasilkan untuk Bengkel Kerja Kursus SPM Tahun 2013 Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan pada 16 Mac 2013 di PPD Jempol

Kritikan Seni Kertas 2 Lukisan.

Baru-baru ini, ada seorang pelajar sarjana (masters) berjumpa cikgu bagi membuat kajian terhadap blog cikgu untuk tesisnya. Daripada soalan-soalan yang ditanya tu, cikgu dapat idea nak wujudkan  Kritikan Seni untuk Kertas 2 Lukisan ni. Cikgu akan upload hasil lukisan pelajar cikgu supaya kalian semua boleh beri pendapat membina. Ini juga sebagai latihan untuk kamu semua mengaplikasi pengetahuan Kritikan Seni Visual yang dah dipelajari semasa di Penggal1.

Latihan Illustrasi Fesyen

Lukisan Illustrasi Fesyen termasuk di dalam sukatan pelajaran Seni Visual STPM bermaksud pelajar perlu mengetahui dan menguasai kemahiran menghasilkan illustrasi fesyen ini. Berikut adalah contoh-contoh illustrasi fesyen yang pelajar boleh tiru sebagai satu bentuk latihan.
Cikgu pilih illustrasi di bawah kerana memaparkan pakaian tradisional kita. Terima kasih kepada blog fcendvsyudesign, cikgupun tak tahu nak sebut nama blog ni tapi terima kasih kerana upload hasil-hasil lukisan  yang menarik di sini.

Kalau diperhatikan, terdapat beberapa ciri penting pada illustrasi fesyen iaitu figuranya tinggi-tinggi belaka. Kepala kecil manakala bahagian badan dipanjangkan terutama bahagaian kaki. Barulah vogue.. 
Kalau belum berlatih melukis figura, mulakan dari asas dahulu seperti di label ini > FIGURA MANUSIA.

Jangan malas-malas, Practice Makes Perfect! Setiap lampiran buat 10 kali ya!