Isnin, 5 April 2010

Kelebihan Kertas Seni Visual STPM

" Tikah,.. work awak ni tak mencapai tahap work yang dikehendaki. Awak padam semula lukisan ni dengan emulsion.. Lepas tu ambik kain batik lama mak awak, tampal atas plywood ni. Warna semula ikut corak batik tu. "
Masam saja Tikah. Berdesit pun tidak. Dua minggu dia tak bercakap dengan cikgu sebab cikgu kerap jugak reject lakaran dia yang tak semenggah tu. Bukan salah Tikah juga. Dia ambik Seni Visual bemula dengan zero seni. Bakat jauh sekali. Tetapi kerana tekad dan azam ingin menjejak kaki ke universiti, Tikah ambik juga Seni Visual STPM.

Cikgu biarkan saja Tikah.. yang penting kerja kursus dia siap. Tak bercakap tak apa. Jangan tak buat! Pelajar yang lain tu, walaupun tension, masih juga boleh bergurau senda. Menangis kat belakang cikgu lepas lakaran kena reject, memang ramai.

Berbalik pada cerita Tikah, sekarang ni dia dah tahun 3 agaknya di Universiti Malaysia Sabah. Bukan kursus seni..
Dua minggu ja dia tak bercakap dengan cikgu. Tapi kerja kursus dia siap dan keputusan STPM, Seni lulus. Cikgu tak ingat pulak pointer dia. Lepas dah hantar kerja kursus tu, dia dah ceria balik. Dapat tawaran U lagi la ceria..

Tikah tu salah seorag pelajar cikgu yang tidak berbakat seni tetapi mengambil Seni Visual STPM untuk cukupkan pointer untuk ke universiti.

Selama hampir 8 tahun cikgu mengajar Seni Visual STPM, belum ada lagi pelajar cikgu gagal Seni Visual. Kalau adapun, maaflah. Mungkin tahun pertama cikgu mengajar paper ni. Yang penting, ramai pelajar cikgu dapat masuk universiti dan buat ijazah dalam pelbagai bidang. Yang berbakat seni tu, ambil kursus senilah. Yang tak berbakat macam Tikah, belajar seni merupakan satu pengalaman yang menarik dalam hidup mereka selain daripada dapat membantu melepasi syarat umum ke universiti.

Pengalaman menghasilkan folio dan hasil karya seni dapat menjadikan seseorang pelajar itu lebih tabah, lebih kuat emosinya. Hal ini demikian kerana subjek Seni Visual digubal sukatannya sedemikian rupa bagi memenuhi aspek psikomotor, kognitif dan emosi para pelajar.

Kalau nak tahu macam mana bestnya belajar Seni, naiklah Tingkatan Enam dan ambil Seni Visual. Untuk pelajar di sekitar Kuala Pilah dan Jempol, cikgu mengajar di SMK batu Kikir (Model Khas) yang ada menyediakan kemudahan asrama. Bayaran makan RM1 sehari.

Macam yang cikgu selalu kata, kalau nak masuk 'U', biar la ambil ijazah terus. Jimat kos tak payah ambik diploma dulu sebab Diploma 3 tahun dengan STPM 1 tahun 6 bulan, setaraf je..

Bak kata Nabil, Lu Pikir la Sendiri!






1 ulasan:

anex berkata...

benar, cikgu. pengalaman membuat folio seni sangat bermanfaat. walaupun saya tak meneruskan pengajian dalam kursus seni di universiti, tetapi apabila membuat assignment subjek lain, saya dapat rasakan kesukaran dan kepayahan membuat folio seni di peringkat STPM mengajar saya erti sabar dan teliti dalam segala aspek.

loveseni. mengajar tentang hidup.