Ahad, 9 Mei 2010

PERBINCANGAN KARYA AKHIR (SOALAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN NILAI KEMANUSIAAN)


Karya Akhir untuk Projek Penghasiloan KaryaSTPM mewakili 50% markah daripada markah keseluruhan Kertas 3 ini. Oleh itu, amat penting anda dapat manghasilkan karya yang menepati tema setiap soalan.

Untuk soalan 1 bertemakan Teknologi Digital dan Nilai Kemanusiaan, terdapat beberapa isu yang boleh dijelmakan di dalam karya. Melalui contoh2 karya di bawah (pengaruh karya), cikgu akan membincangkan isu yang cuba ditonjolkan oleh karya tersebut, dari sudut tema teknologi digital dan nilai kemanusiaan.

Karya 1

Karya 1 di atas memaparkan objek-objek berkaitan teknologi dan digital. Karya menggunakan pengaruh Pop Art dengan warna-warna ceria dan pelbagai. Bagaimanapun, untuk tema nilai kemanusiaan, sepatutnya ada juga imej-imej yang memaparkan nilai kemanusiaan. Saya nampak, soalan 1 akan jelas temanya pada karya di atas jika karya Andy Warhol dengan imej 'Marilyn Monroe'-nya diselang-seli dengan imej objek teknologi digital.



Karya 2 ini takda kena mengena nilai kemanusiaan, tapi lihatlah bagaimana sculptor guna bahan2 berteknologi dalam karya seperti peralatan mesin dan lain-lain.


Karya 3 juga guna objek tepakai dari mesin atau komputer untuk hasilkan kolaj.

Karya 4 ini barulah boleh dikatakan tema teknologi digital dan nilai kemanusiaan. Isu dibawa mungkin juga kesan dunia digital ke atas pemikiran manusia. Tapi dari sudut peperiksaan, saya rasa karya ini lemah kerana tidak dapat menunjukkan aspek penghasilan yang tinggi. Simple sangat!


Karya 5 di atas pula menggunakan sepenuhnya aplikasi komputer. Rujuk 'digital art' untuk dapatkan definisi aliran seni terbaru ini.

Karya di bawah merupakan contoh yang baik bagaimana pengkarya bereksperimen dengan media dan teknik. Beliau menggunakan disket komputer di atas papan lapis menggantikan kanvas.




Karya-karya Robert Raushenberg menggunakan teknik cetakan sutera saring (photo silkscreen) dalam memperkatakan isu-isu kemanusiaan. Sutera saring merupakan salah satu contoh medium berteknologi dalam menghasilkan karya. Kedua-dua karya di bawah dihasilkan oleh Robert Raushenberg.



Korang rajin-rajin la cari contoh-contoh karya dari internet dan boleh dijadikan lakaran idea. Jangan asyik ber'face book' saja berjam-jam!




1 ulasan:

zainiaman berkata...

ingatkan pelajar bahawa kaedah pengolahan karya perlu merujuk aliran pemikiran seni;contoh karya dan pengkarya, kenapa dan bagaimana sesuatu karya dihasilkan dan kenapa ia dihasilkan begitu rupa.kalau pelajar mengasaskan karya mereka dengan merujuk pop art; pelajar mestilah memiliki sejumlah pengetahuan mengenai aliran pemikiran pop art. Kalau cubisme pula pelajar mesti faham mengenai ciri-ciri karya cubism dan memilih contoh pelukis misalnya pablo picasso atau pelukis tempatan yang dipengaruhi oleh gaya tersebut. tk.