Pada 14 dan 15 April lalu, Persatuan Seni Kreatif sekolah cikgu telah mengadakan Lawatan Akademik ke Universiti Perguruan Sultan Idris bersempena Pameran Seni Visual STPM anjuran UPSI dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6AA, 5 Budi, 4 Fatanah dan Dedikasi serta 3 Fatanah telah mengikuti lawatan ini.
Persatuan Seni Kreatif berasa bangga kerana Tuan Pengetua Cemerlang bersama isteri sudi menyertai program lawatan ini. Ini membuktikan bahawa Seni Visual diiktiraf sebagai mata pelajaran yang sama pentingnya dengan subjek-subjek teras yang lain; di sekolah ini. Terima kasih Tuan Pengetua kerana sentiasa memberi sokongan kepada Seni Visual.
Perjalanan ke UPSI dari SMK Batu Kikir (Model Khas) memakan masa lebih kurang 4 jam perjalanan dengan bas. Itupun, kami memang berhenti makan dan solat di Perhentian Lebuhraya Rawang. Kami bermalam di Kolej Kediaman Aminuddin Baki dan terima kasih tidak terhingga kepada staf kolej yang begitu baik menerima kami sebagai tetamu.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan